LAPORAN POLIS TERHADAP MOHD HASSAN

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyumImej mungkin mengandungi: 12 orang, orang duduk dan luaran

Kenyataan Media
9 April 2019
Laporan Polis Bagi Menyerahkan Bukti Baru Pengakuan Mohammad Hasan
Satu laporan polis dibuat bagi menyerahkan bukti baru pengakuan Datuk Seri Utama Mohammad bin Hasan (Tokmat) mengenai pindahan wang bernilai RM10 juta ke London melalui pengurup wang Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd, yang dilakukannya pada tahun 2008.
Satu video pengakuan yang berdurasi 58 saat dimuatkan dalam sebuah pendrive diserahkan kepada pihak polis agar satu siasatan baru boleh dilakukan.
Perkara ini wajar dibangkitkan dan disiasat semula memandangkan Tokmat telah membuat pengakuan di hadapan pihak media pada 7 April jam 12 tengahari di Rantau, bahawa wang sebanyak RM10 juta ialah wang peribadinya yang telah dipindahkan melalui pengurup wang untuk membeli pangsapuri di London.
Kami difahamkan bahawa pemindahan wang tersebut telah tidak diisytiharkan kepada bank negara sebelum ianya dipindahkan melalui pengurup wang.
Kami juga akan membuat satu lagi laporan SPRM dalam masa terdekat bagi menggesa fail siasatan terdahulu dibuka semula kerana terdapat terdapat bukti baru melalui pengakuan Tokmat sendiri dan kami merasakan bahawa terdapat pelbagai keraguan munasabah dalam siasatan terdahulu yang dibuat di bawah era pemerintahan Barisan Nasional.
Tahun 2008 menyaksikan hanya syarikat pengurup wang Salamath Ali Money Changer sahaja yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman lesen perniagaan ditarik. Manakala pemilik wang yang mengarahkan transaksi tersebut untuk membeli apartment mewah beliau di London tidak didakwa.
Jika Peguam Negara ketika itu mendapati pihak pengurup wang bersalah, bagaimana pula dengan Tokmat yang merupakan pemilik wang tersebut? Adakah kerana Tokmat sebagai Menteri Besar dan pimpinan kanan Umno ketika itu, dia dilepaskan begitu sahaja?
Turut menjadi persoalan ialah, bagaimana Tokmat yang baru beberapa tahun menjadi Menteri Besar mempunyai kemampuan untuk membeli apartment mewah di London secara tunai dengan nilai RM10 juta? Ia satu nilai yang besar biarpun untuk seorang Menteri Besar.
Jika mampu beli rumah ‘cash’ bernilai RM10 Juta, berapa pula jumlah kekayaan sebenar yang dikumpul Tokmat sepanjang 4 tahun pertama menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan?
Keraguan-keraguan ini membuatkan kami terpanggil untuk membuat laporan polis pada hari ini, berdasarkan bukti-bukti terbaru bagi mendedahkan pembohongan dan tanggapan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan sepanjang Tokmat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Yusof Tapar
Ketua Penerangan
KEADILAN N.Sembilan



No comments: