Hakim ikut telunjuk pendakwa raya – Anwar





Hakim Zabidin mengikut telunjuk dan terikat dengan hujah pendakwa raya, tegas Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa’ walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.

Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

“Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua ‘rencah’ pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini,” kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.

Ratusan penyokong Anwar membanjiri perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

“Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama,” kata Sankara.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

“Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan,” kata Sankara.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Ustaz Azhar Idrus pun dah mula tegur Pas