Skandal 1MDB: PM tak tolak kemungkinan saman Goldman Sachs


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak Malaysia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) Goldman Sachs.


Pendirian itu dinyatakan Anwar dalam satu temu bual dengan CNBC yang disiarkan pada Isnin sebagai mengulas pembabitan syarikat berpengkalan di New York itu dalam skandal rasuah berbilion dolar membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


"Saya tidak menolak kemungkinan pelaksanaan prosiding semula menerusi tindakan undang-undang," katanya dipetik.


Sebelum ini, Goldman Sachs mencapai penyelesaian dengan Malaysia pada 2020 selepas bersetuju membayar AS$2.5 bilion (RM11.6 bilion) dalam bentuk tunai dan jaminan pemulangan aset berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.5 bilion), manakala kerajaan menggugurkan semua pertuduhan jenayah terhadap Goldman.


Bagaimanapun awal tahun ini, Anwar yang ketika itu baru beberapa bulan dilantik sebagai Perdana Menteri menyatakan bahawa Malaysia sedang meneliti semula perjanjian penyelesaian itu kerana jumlah yang dipersetujui terlalu kecil.


Sementara itu, Anwar dalam temu bual sama turut menyatakan pilihan lain yang bakal diambil, ia termasuk rundingan semula dengan bank berkenaan.


Pihak berkuasa Malaysia dan AS menganggarkan kira-kira AS$4.5 bilion (RM20.9 bilion) dicuri daripada 1MDB antara 2009 hingga 2014, dalam komplot yang membabitkan pihak tertinggi dalam kerajaan dan pengurusan bank di Malaysia dan beberapa negara lain.


Menurut Jabatan Keadilan AS, Goldman membantu 1MDB meraih AS$6.5 bilion (RM30.2 bilion) menerusi dua tawaran bon, dengan bank itu memperoleh bayaran AS$600 juta (RM2.8 bilion).


Menerusi perjanjian penyelesaian pada 2020, Goldman turut perlu membuat bayaran interim berjumlah AS$250 juta (RM1.16 bilion) jika kerajaan Malaysia tidak menerima aset dan hasil bernilai sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.3 bilion) menjelang Ogos 2022, kata bank itu sebelum ini.

PH-BN Rantau Panjang buat laporan polis terhadap Nassuruddin


 Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional kawasan Rantau Panjang membuat laporan polis ke Datuk Mohd Nassuruddin Daud susulan kenyataan beliau yang melabelkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Kota Lama sebagai pihak yang menentang perjuangan Islam.



Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Rantau Panjang, Mohd Ridzuan Muhamad berkata, tindakan itu diambil susulan pihaknya melihat kenyataan Menteri Besar yang baharu dilantik itu berbaur hasutan yang boleh menimbulkan rasa perselisihan dalam kalangan umat Islam di negara ini.



Tambah Mohd Ridzuan, kenyataan dibuat Nassuruddin semasa menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di Kota Bharu itu juga boleh menjurus ke arah fahaman takfiri dalam kalangan umat Islam di negara ini.



"Saya percaya kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat Islam bukan sahaja di Kelantan tetapi seluruh Malaysia.



"Sebab itu kami yang mewakili PH dan Naib Ketua UMNO Rantau Panjang, Anuar Mohamed mewakili BN hadir membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan lanjut," katanya dipetik selepas laporan polis dibuat di IPD Pasir Mas pada Isnin.



Nassuruddin yang juga ADUN Meranti sebelum ini dibidas kerana melabelkan kemenangan gabungan BN dan PH di Galas serta Kota Lama sebagai melawan perjuangan Islam.



Ucapannya itu kemudian tular sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet di laman sosial.



Susulan itu ADUN Galas Mohd Syahbuddin Hasyim dan ADUN Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim mahu Nassuruddin membuat permohonan maaf termasuk kepada pengundi di kawasan dimenangi mereka.



Pada Ahad, Pemuda UMNO Kelantan turut membuat laporan terhadap Nassuruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu susulan kenyataan keterlaluan tersebut.

 

GROUP HINA SULTAN DAN RAJA MELAYU

 

Mohd Affendi Abas.


Lagi penghinaan kepada SPB YDP Agong dikesan didalam group whatsapp! Diharap tindakan tegas segera diambil oleh #pdrm #skmm & pihak #istananegara atas penghinaan ini.




PESANAN BUAT RAKYAT DARI SULTAN JOHOR. BAKAP YDPA 2024


 

ANWAR SANTAI KETIKA DITEMURAMAH


 

MAIN MAIN DENGAN HUKUM HAKAM AGAMA. PUNYA LA BODO.


 

DEEP STATE


 

ULASAN PRN: POLITIK IDEA PERPADUAN VS POLITIK INDOKTRINASI PAS-PN



1. Ceramah PH kupas berkaitan tatakelola, idea pembangunan, inisiatif ekonomi Madani, nokhtahkan kemiskinan, menarik pelaburan asing dan idea cipta peluang pekerjaan.


2. Contohnya Mendengar ceramah Rafizi atau ucapannya di forum antarabangsa  jadikan kita lebih bijak isu ekonomi, pembangunan dan pentadbiran.


3. Serangan PH juga berkaitan tatakelola dalam isu Kecurian Nadir Bumi berasaskan dokumen, laporan rasmi dan fakta. Bukan maki peribadi dan mencerca bentuk badan Sanusi.


4. Ceramah PN pula maki peribadi PMX, "DAP DAP DAP", "Islam semakin terancam", Tebok Atap. 100% sentimen.


5. Mendengar ceramah Sanusi jadikan kita lebih pandai mencarut, hina orang, semakin benci saudara sendiri, takut dan busuk hati, ucapan fitnah tanpa fakta dan hanya spekulasi. Versi Islam PAS.


6. Hasilnya Sanusi dan Nassuruddin diangkat menjadi MB. Dua-dua punyai mulut hampir sama. Maki, cerca, herdik. Pernah dengar ulasan idea ekonomi dan pembangunan yang hebat dari ucapan mereka? Tak ada!


7. Bahkan pernah Sanusi dan Rafizi duduk sepentas, boleh dinilai betapa jauhnya idea dan pemahaman mereka ulas berkaitan pembangunan Airport Kargo dari sudut impak ekonomi dan kewangan negara.


8. Begitu juga debat Syahir dan Rafizi. Ruang keluar di kaca TV disediakan oleh Kerajaan Perpaduan jadi medan ceramah politik kampung walhal YB Bachok itu dianggap teknokrat dan pakar ekonomi terbaik dalam PN. Nama samaran pun Syahirnomic. Idea terawang-awangan dan tiada solusi yang praktikel.


9. Maka untuk 5 tahun akan datang, tidak peliklah jika negeri ditadbir PAS ketinggalan kerana tahap pemikiran pemimpin PAS.


10. Lebih menakutkan, inilah idola yang diagkat oleh PAS-PN untuk jadi sumber inspirasi anak-anak generasi muda mereka. Kasar, bengis, marah-marah, intelek rendah.


Ahmad Mursi



BOIKOT

 

Gino Marvela.


Ok, nak cakap sikit berkenaan isu boikot kedai Kelantan atau apa2 jua sewaktu dengannya.


Bagi kami, malas nak layan isu sebegini. Tapi iyalah, dah bertahun di kafirkan...di yahudikan...di lgbt kan...di Dap kan, sedangkan kebanyakan rakyat Kelantan merantau di negeri orang cari rezeki. Di maki saban hari menerusi tiktok, whatsapp & sosial media yg lain.


Kalau sedemikian perangainya, siapa yg buleh tahan. Hari2 di kapirkan bangsa Melayu lain yg tak sealiran dgn parti lebai. Apabila menteri besar Kedah datang Selangor, di perlekehkan pula institusi di raja ikut sedap hati hingga sultan Selangor sendiri murka.


Isteri kpd Syahmi produser filem yg berasal dr Kelantan menegur kerajaan negeri ekoran masalah air yg teruk. Penyokong ketuanan lebai kelarah mula  boikot filem rakyat Kelantan sendiri. 


Kalau sedemikian jadinya, siapa yg buleh tahan. Perangai berpuak-puak, hanya dialah saja yg Islam. Bangsa Melayu yg lain di label sbg kapir harbi, kapir dap...dah bertahun labelan di beri, akhirnya telah mula bibit-bibit penentangan.


Kedai makanan Kelantan di boikot, boikot bengkel kereta, barang jualan org Kelantan, sykt produk kosmetik sprt Mamadil pun di boikot...dan banyak lagi.


Bila di boikot, kelam kabut nak tukaq nama kedai makan...merayu & merintih kata cukup2lah berpolitik kpd pihak lawan. Tapi perangai sendiri melabel & mengkapirkan bangsa Melayu lain sampai tak ingat dunia, tidak pula nak merenung kesalahan masing2.


Sesekali fikir...ada bagus juga jadi situasi mcm ni. Biar ada kesedaran sikit. 


Isu boikot tu, terpulang hak masing2. Duit pun sendiri2. Kepada puak parti lebai kelarah pula, dah kalian bermain dgn sentimen...mereka lawan dgn boikot faktor ekonomi, hadaplah sendiri. 


Sekarang pun dh kedengaran majikan2 sekitar Selangor-KL-Perak-Melaka-Penang-Johor mula boikot utk tidak ambil pekerja dr negeri Kelantan.


Benar, tak semua yg sokong parti lebai tu. Ada juga yg menyokong parti lawan. 


Tapi, di sebabkan keceluparan mulut lebai mengkafirkan sesuka hati ibarat dia saja yg masuk syurga, solat pun 2 imam...maka, di khuatiri sentimen penolakan rakyat yg berasal dr Kelantan itu semakin kuat. Dek kerana mulut yg binasa, rosak susu sebelanga. Yg tidak tahu apa2 pun terpalit sekali 


Kalau di amati, sbg pengajaran...bagus jika penolakan itu berlaku. Baru sedar dr koma yg kita hidup di Malaysia ini perlu bersatu & berbilang bangsa.


Ini tidak, set lebai yg mulut celaka dapat syurga belaka. Hat lawan, hari2 di kapirkan. 


Situasi ini tak bagus sebenarnya, tapi padanlah muka! 😑



KHAS BUAT PH/BN

 

Saravanan.


Information ni Khas buat Penyokong PH BN dimana kerajaan negeri membuktikan tatakelola dan pembangunan yg effisyen…


Buat Walaun x guna pun data dibawa and pasal x ada daya pemikiran selain fitnah






LEBAI KENA LAGI


 Lebai kalah agi guys... Fitnah mmg budaya pas ke??





PEMBERI MAKLUMAT BARANGAN LARI CUKAI AKAN DAPAT 10% DARI NILAI RAMPASAN




Betapa seriusnya kerajaan Malaysia Madani di dalam membenteras rasuah dan penyeludupan.  Terbaru, Timbalan Menteri Kewangan, Mat Maslan mengumumkan bahawa sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat tepat kepada kerajaan/pihak berkuasa tentang penyeludupan seperti rokok,  minuman keras atau kereta (RMK).  


Ini bererti, sekiranya nilai rampasan itu bernilai sejuta ringgit, pemberi maklumat akan diberi saguhati sejumlah RM 100K.    Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan secara serius oleh kerajaan sebelum ini.  Malaysia Madani di bawah PMX benar2 ingin melihat negara ini bersih dari amalan rasuah, penyelewengan dan penyeludupan.  


Tidak pelik jika ada segelintir pegawai atau kakitangan awam yang kaki rasuah tidak menyokong PMX kerana mereka telah kehilangan rezeki haram mereka di bawah kerajaan Malaysia Madani.  Bagi rakyat pula, mereka patut bersyukur mempunyai kerajaan seperti sekarang kerana tanpa rasuah atau ketirisan, negara ini akan diberkati Allah dan rakyat akan mendapat nikmatnya.  


WFAUZDIN NS



ABANG BESAR TEGUR DAN PERISA BARU


Mohd Mukhlis


Fahmi Reza.



 

SAHUT CABARAN INI


Nikki Akira.


 Kita terima cabaran ni. Orang negeri sembilan sila jalankan tugas anda.




[bongkar] LARI DARI PERJUANGAN ATAU MAHU LARI! PENDEDAHAN PANAS DARI LOK...

JAKIM SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH



“Tujuannya adalah jelas untuk berhadapan dalam gelanggang pergelutan fikrah dan penyebaran ide Islam yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin. Namun terhenti dengan langkah Sheraton. Semua perancangan telah tersedia rapi sampai ke akar umbi dengan bajet 2020 diperuntukkan sekitar 10 juta untuk tujuan memperkenalkan Rahmatan Lil Alamin kepada rakyat,” katanya. Beliau melihat Malaysia Madani yang dilancarkan pada tahun ini adalah medan yang sangat subur untuk berpencak menggagaskan naratif Islam.






[sultan selangor] “Jangan ingat sudah popular boleh perlekeh sesiapa” PE...



"Ingatlah - jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas. "Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai," titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah demikian pada majlis mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor dan anggota exco kerajaan negeri di Istana Alam Shah, Kelang hari ini.



[fitnah] MB KELANTAN BAKAL KALAH SAMAN! MARI DENGAR PENCERAHAN PADU BRO ...



Menteri Besar kelantan Mohd Nassuruddin Daud tampil menjelaskan ucapannya selepas dua Adun pembangkang di negeri itu menuntut permohonan maaf daripadanya atau berdepan tindakan di mahkamah. "Saya sebut perjuangan Islam, saya tak sebut lawan Islam. Boleh semak, ucapan itu jelas dan nyata. Islam dan perjuangan Islam itu lain. "Dua benda yang berbeza, jadi jangan pusing mengatakan saya menyebut mereka menentang Islam, tidak. “Lain dua benda yang berbeza, perjuangan Islam yang saya sebut, boleh dengar elok-elok sebab saya bercakap bahasa Melayu Kelantan yang boleh difahami," katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada 73 mangsa ribut di Kota Bharu, hari ini.



PENGAJARAN UNTUK PENIAGA.

 


BOIKOT KEDAI WALAUN & UNTIT DITERUSKAN. Meskipun peluang untuk terkena kedai Penyokong PHBN itu saya anggap tipis, tapi bagi  mengelakkan COLLATERAL DAMAGE kepada  Penyokong PHBN sila DECLARE seperti cadangan Mohd Asri Bakar. Rakan-rakan penyokong PH boleh sama-rakan bantu buat semakan. InsyaAllah.


- Zus Din 

19082023

#SOSMApas



SANUSI 8 SAMSURI 5- YB BACOK GUANE ???

 



Sanusi pegang 8 portfolio? Humangai. Apasal tak dia bolot semua je? Ni kalau Syahir tengok dia nak spin macamana? Sanusi ni tak fikir member la.


Lupa. Parti Ana Suci. Kalau dia buat, serta merta la jadi boleh. Kalau tanya dalil, berdedai ayat Quran dia boleh keluarkan. Kalau tang dia semua betul.


Tapi kalau orang lain, auto salah. Berderai juga ayat Quran dia guna buat pusing fakta. Begitulah tingkah lebai auta. Apa nak pelik. Lebai PAS. Guane boh?

 

Raja Gelap 


.

TUUU DIAAA AIHHH...


 Ibrahim Mat Isa


Orang tak mau pi masuk kedai depa pun nak report polis. Bodo punya tauke kedai hanyut!




DARUL SANUSI M NOOR





 Menteri Besar Kedah SanusiMNor berbincang dengan EXCO Perancang Negeri Sanusi 

MNor dan EXCO Pelan Pembangunan Kedah 2035 SanusiMNor, selepas dapat persetujuan daripada EXCO Hal Ehwal Tanah SanusiMNor dan EXCO Hasil Bumi SanusiMNor, 

untuk mendapat kelulusan daripada EXCO Kewangan SanusiMNor melalui EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Negeri SanusiMNor.


Sementara itu, EXCO Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri SanusiMNor dan EXCO Kerjasama Luar SanusiMNor akan memudahcarakan urusan mereka.


Sekian dri KEDAH D.A



NI SEKOQ LAGI....BIASA LA KALAU TAK FITNAH


 

BANJAR KENA CEKUP


 

BELANJA TAK CUKUP. KESIAN JUGA GANU.


 

NETIZEN BAGI LOGO MERDEKA PN "FAIL' . BUAT DULU FIKIR KEMUDIAN.....PAS..PAS.,


 

HAAAA...7 SEBAB MELAYU TERANCAM- JADI NYA KERAJAAN INI NAK TOLONG SIAPA..MELATU BAWAHAN YANG SEBELUM INI TIDAK DILAKUKAN.


 

TAK YAH ALEH LA DIN COPONG ....HANG KATA BUAT BUAT LUPA...JANGAN KOYAK KALAU KENA SAMAN


 

TAKKAN LA KEDAH DARUL SAMPAH KOT....NAK IKUT JUGA BELAH PANTAI TIMOR SANA..


 

Pemimpin Sejahtera Untuk Keunggulan Holistik IPT

 



Oleh: Mohamad Shafiq Sahruddin



ULASAN: Apabila membayangkan pemimpin dan pengurus, minda seseorang sering kali mengaitkan imej individu duduk di kerusi kulit, mengeluarkan arahan dari pejabat berhawa dingin. Manakala sesetengah orang mungkin membayangkan diktator berwibawa, yang lain membayangkan individu dihormati yang telah meninggalkan kesan dalam sejarah. Walau bagaimanapun, penting untuk mengenali bahawa kepemimpinan melampaui stereotaip ini.



Kepemimpinan yang berkesan adalah menggaulkan diri dalam perincian operasi sambil mengurus sumber manusia dengan mahir.



Selain itu, seorang pemimpin harus tetap bersambung dengan dinamik dalaman dan persekitaran luar organisasinya. Dalam bidang kepemimpinan perubatan, perspektif Marc R. Summerville begitu menonjol - mendefinisikan pemimpin sebagai seseorang yang meningkatkan kehidupan orang lain.



Dalam spektrum interpretasi kepemimpinan ini, pendekatan Summerville adalah amat mendalam. Di tengah-tengah konsep kepemimpinan yang dominan berkisar pada kecekapan operasi, hakikat sebenar kepemimpinan - keupayaan untuk mencipta impak yang bermakna - sering terlepas pandang.



Kepimpinan institusi pendidikan tinggi



Dalam konteks institusi pendidikan tinggi, kebenaran ini tidak boleh menjadi lebih jelas. Mempercayai tanggungjawab membentuk masa depan sebuah negara kepada segelintir individu bukanlah perkara yang kecil. Pemimpin dalam institusi-institusi ini menggalas tugas bukan sahaja untuk membimbing dan membangunkan generasi seterusnya, tetapi juga untuk membimbing pendidik dan kakitangan pentadbiran yang memainkan peranan penting dalam memberikan impak tersebut.



Kemahiran yang diperlukan oleh pemimpin-pemimpin seperti ini jauh melampaui imaginasi konvensional - kecemerlangan pendidikan, kepandaian pengurusan, komunikasi yang berkesan, kesedaran kritis, dan banyak lagi kualiti-kualiti lain yang jarang diberi perhatian oleh ramai.



Oleh itu, institusi pendidikan tinggi tidak boleh hanya mematuhi ideologi kepemimpinan yang dijalankan oleh korporat mainstream jika mereka ingin memenuhi keperluan yang berkembang dalam negara.



Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang mesra dikenali sebagai UIA di kalangan rakyat Malaysia, slogan yang memikat telah muncul dalam beberapa tahun terakhir: "Pendidikan Berinsan". Konsep ini membela agar pendidikan melampaui penguasaan pengetahuan dan prospek kerjaya. Sebaliknya, pendidikan mengubah pelajar menjadi individu manusia yang berfikir dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Falsafah ini mendapat perhatian, terutamanya setelah wabak pandemik yang mengganggu kehidupan di seluruh dunia.



Nilai nilai sejahtera



Selaras dengan wawasan ini, universiti telah memperkenalkan Kerangka Akademik Sejahtera (KAS), pendekatan transformasi terhadap pendidikan yang merangkumi perspektif holistik. KAS memerlukan semua ahli universiti untuk bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada komuniti yang dilayani.



Ini adalah ciri kepemimpinan yang berkesan - keupayaan seorang pemimpin untuk menanamkan komitmen bersama di kalangan pasukannya ke arah matlamat yang bermakna yang melampaui lingkungan terdekat. Inilah hakikat Sejahtera.



Dalam artikel New Straits Times bertajuk "Model Insan Sejahtera" bertarikh 29 Oktober 2022, Prof. Tan Sri Dr Dzulkifli Abd Razak, Rektor UIAM, mengungkapkan bagaimana seseorang boleh merangkumi nilai-nilai Sejahtera. Beliau mengemukakan contoh Fadli Salleh, seorang guru sekolah yang dengan berani membela rakan-rakannya dan pelajar-pelajarnya.



Prof. Razak menekankan bahawa individu Sejahtera tidak terikat oleh deskripsi kerja tetapi berusaha untuk kebaikan semua. Fadli, seorang guru secara profesional, melampaui jangkaan konvensional peranannya. Beliau mengutarakan kebimbangan tentang beg sekolah yang berat, perkara yang kelihatan remeh tetapi penting. Keluwesan dan kesungguhan Fadli adalah contoh semangat Sejahtera, menekankan kepentingan menangani aspek yang kelihatan kecil tetapi memberi sumbangan kepada kesejahteraan holistik.



Tidak hanya mengurus organisasi



Apabila merenungkan pendidikan tinggi, keperluan akan individu yang diinspirasikan oleh Sejahtera menjadi jelas. Pemimpin-pemimpin tidak hanya perlu mengurus struktur organisasi dan protokol pentadbiran tetapi juga memupuk modal insan dalam lapisan-lapisan ini. Mengabaikan kesejahteraan dan pertumbuhan kakitangan boleh mengancam masa depan institusi lebih daripada sebarang cabaran luaran. Mengamalkan budaya penjagaan dan penghargaan terhadap pekerja adalah sangat penting.



Mengiktiraf nilai mereka, melibatkan mereka dalam pembuatan keputusan, dan menawarkan pampasan yang adil adalah langkah-langkah penting. Pandangan dan kebijaksanaan yang potensial yang mereka bawa adalah tidak ternilai. Dengan pemimpin-pemimpin yang diilhamkan oleh Sejahtera di kepimpinan, institusi pendidikan tinggi dapat berkembang ke puncak-puncak baru.



Mari kita merayakan pemimpin-pemimpin yang melampaui keterlaksaan, dan digerakkan oleh kebimbangan yang tulus terhadap pembangunan holistik. Inilah kepada masa depan yang lebih cerah bagi pendidikan tinggi - masa depan yang menghidupkan semula semangat Sejahtera, membawa era perubahan positif yang mendalam.



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan anggota Biro Pendidikan Keadilan Malaysia , Penganalisis Global Asia Consulting Sdn Bhd juga Lulusan Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)