Terkini! Perisian MySejahtera milik syarikat Singapura?, dedah portal

 Terkini! Perisian MySejahtera milik syarikat Singapura?, dedah portal


Sebuah portal hari ini melaporkan syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera sebenarnya sebuah syarikat yang berdaftar dan berpengkalan di Singapura.

Portal codeblue.galencentre.org mendedahkan pemegang saham tunggal semasa syarikat Entomo Malaysia Sdn Bhd – yang memiliki perisian yang digunakan secara sah untuk membangunkan aplikasi MySejahtera Covid-19 – ialah sebuah syarikat di Singapura, Entomo Pte Ltd.

Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menunjukkan bahawa Entomo Pte Ltd memiliki 300,004 saham dalam Entomo Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai KPISoft Malaysia Sdn Bhd, yang telah menerbitkan modal saham sebanyak RM300,004.

Rekod SSM mengenai butiran pemegang saham Entomo Malaysia menyenaraikan Entomo Pte Ltd, pemegang saham tunggal, sebagai “foreign”, dengan alamat berpangkalan di Singapura.

Menurut carian Pihak Berkuasa Perakaunan dan Kawal Selia Korporat Singapura (ACRA) semalam, Entomo Pte Ltd mempunyai empat orang pengarah warga Malaysia Raveenderen Ramamoothie; warga Singapura Tan Seng Hong dan Finian Tan; dan warga India Naveen Pralhad Deshpande.

Raveenderen juga merupakan ketua pegawai eksekutif Entomo Pte Ltd, berdasarkan rekod ACRA.

Menurut laman web Entomo, Finian Tan ialah pengerusi, manakala Naveen ialah pengasas bersama dan ketua pegawai operasi.

Entomo Pte Ltd mempunyai modal berbayar sebanyak SG$10.2 juta dan kira-kira AS$26 juta.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata dalam satu kenyataan pada 1 Julai 2020 bahawa “KPISoft” diasaskan oleh dua rakyat Malaysia – Anuar Rozhan dan Raveenderen Ramamoothie – yang juga “pemegang saham terbesar syarikat setakat ini” ketika itu.

NSC juga berkata KPISoft ialah syarikat berstatus MSC tempatan yang ditubuhkan pada 2010.

Bagaimanapun, rekod SSM menunjukkan KPISoft Malaysia Sdn Bhd, yang menukar namanya kepada Entomo Malaysia Sdn Bhd pada 20 Mei 2020, telah diperbadankan pada 21 Jun 2005.

Rekod SSM mengenai butiran pemegang saham Entomo Malaysia juga menunjukkan tiada perubahan pegangan saham sejak 31 Januari 2017, apabila syarikat itu mendaftarkan dokumennya pada tarikh perubahan pegangan saham yang diserah simpan dengan SSM.

Ini menunjukkan bahawa syarikat Singapura Entomo Pte Ltd telah menjadi pemegang saham tunggal Entomo Malaysia sejak sekurang-kurangnya 2017.

Hansard mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen pada 8 Mac tahun ini menunjukkan kekeliruan mengenai nama sebenar KPISoft Malaysia Sdn Bhd dan MySJ Sdn Bhd, sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF). pada mesyuarat itu pada mulanya merujuk kepada bekas syarikat itu sebagai KPISoft Sdn Bhd.


JOM KITA JUAL APA YANG PATUT. - ZUNAR

 

Dulu walauncai selalu tohmah katanya PH jual aset negara. Nak salahkan Guan Eng dan kerajaan PH masa itu. Sekarang kita nampak depan mata siapa yang jual selain banyak syarikat yang lingkup. Kartunis Zunar menggambarkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini , tidak nampak pun kemajuan selain kisah 1MDB yang tak ada kesudahan, syarikat  yang mengalami billion ringgit tetapi CEO menjadi jutawan, dan kelentong Najib dengan idea bodo beliau supaya membailout segala kerugian yang dialami kerajaan kini.Namun ternyata, keadaan ekonomi, pelaburan yang kecundang dan hutang negara menggunung. Peluang pekerjaan makin sempit dan indeks rasuah naik mencanak.Perebutan para pengkhianat politik yang masih mencatur tanpa mempedulikan keadaan dalam negara yang tunggang langgang.


MySejahtera dah kena jual?

Oleh siapa?

#MySejahteraApp #MySejahtera




PENSYARAH BELETER SEBAB PELAJAR TAK BELI KOMPUTER

 

Aku tak salahkan pensyarah ni. Betul . kerana dia pernah susah. Anak Melayu sanggup bergaya beli motosikal  dari keperluan asas belajar. Aku pernah berada di kawasan pedalaman. Anak hantar belajar di kolej swasta kerana tak dapat masuk Universiti awam. Mak bapak susah kat kampung. Menoreh. Tapi bapak tadi cerita pada aku anak nak motosikal. Aku yang makan gaji pun tak mampu nak belikan motosikal pada hal anak aku di universiti awam.


Aku bukan kedekut. Tapi memang aku takut anak aku naik motosikal dan silap silap berlumba , atau macam macam boleh berlaku. Aku tahu sebab aku pun belajar di Universiti. Baik..berbalik kepada pakcik  tadi. Anak minta motosikal dan bulan bulan sudah tentulah perbelanjaan bertambah. Mak ayah dikampung sanggup buat apa sahaja..pagi jaga kedai..petang jaga kedai..kedai barang dan kedai makan. Mak pula ada kebolehan memasak. Jadi buatlah masakan untuk kakitangan kerajaan di kawasan pedalaman dan orang kampung yang nak membeli.

Anak pula kerjanya minta duit. Satu hari anak kemalangan. Pulak...itu yang paling aku takut , kalau anak aku ada motosikal. Jadinya habis motosikal tadi. Alkisahnya wal hasil balik asal. Hilang lah motosikal. 


Aku ada cakap pada pak cik tadi. Aku kata "saya tak mampu nak belikan motosikal pada anak saya". Sebabnya takut apa yang berlaku seperti cerita tadi. lagi pula memang aku tak mampu. Alhamdulillah , anak aku dah bekerja dan kini dah memiliki kenderaan sendiri. 


KISAH INI.


Manusia sombong! Bongkak dan takabur wahai profesor doa orang yang dizalimi ni ALLAH makbul jangan sampai kiffarah kena ke kamu wahai manusia yang Hina

😡
0:00 / 1:45
Ni Prof mana ni? Hina Sangat ke Golongan B40 ni?
Wah sedap mulut je prof? Bongkak sangat sampai nak hina B40?
Kalau ye pun marah, jangan sampai menghina.
At least budak ni walaupun hanya phone takda laptop, dia tetap nak join online class.
Prof? Bijak Akademik tak semestinya bijak segalanya.
Kau kaya? Kaya Harta tak semestinya kaya Hati Budi.
Memalukan profession professor dan professor lain.
Maju sistem Pendidikan Kita, kan?
Nak marah budak tu, tu satu hal.
Pegi hina B40 apasal?

KENYATAAN MEDIA

 

Kenyataan Media

29 Mac 2022

Menteri Kesihatan kata, “Bila saya mengambilalih KKM, saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan”.

Kenyataannya itu juga bermaksud bahawa kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan. Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawalselia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera tanpa sebarang perjanjian.

Sehingga saat ini persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera dan datanya terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya.

Menurut laporan, KPISoft/Entomo adalah 100% milik sebuah entiti Singapura iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ini membimbangkan tatkala kerajaan Malaysia telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan CSR untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia.

Saya juga terkejut bahawa Majlis Keselamatan Negara pada bulan April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut.

Dari menjelaskan persoalan-persoalan ini, kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn. Bhd. kontrak secara runding terus untuk aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan gagal untuk menjawab soalan saya tentang tender terbuka dalam hal ini, dan ini membawa maksud terdapat aspek yang tersembunyi dari pengetahuan umum tentang MySejahtera.

Tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang telah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh entiti asing ini. Menteri bertanggungjawab dan kabinet boleh saja menafikannya, namun sekiranya mengambilkira bahawa tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari bulan April 2020, rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka dan berasa bimbang.

Rakyat Malaysia mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? Mekanisme apa yang digunapakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka? Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalahguna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan di-diskriminasi?

Saya kini menggesa sebuah siasatan yang komprehensif oleh Parlimen dimulakan bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera bagi memaknai konsep ketelusan dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

 

MAHIADDIN MAHU KEMBALI JADI PM, ADAKAH TINDAKAN MENARIK SOKONGAN AKAN BERLAKU DALAM WAKTU TERDEKAT INI?


 Setelah kalah dalam dua PRN iaitu Melaka dan Johor, Mahiaddin Md Yasin nampaknya mula menyesal melepaskan jawatan Perdana Menteri yang sempat dipegangnya selama 18 bulan sebelum ini.

Kini baru beliau sedar, sebab utama PN kalah dalam dua PRN tersebut ialah kerana tindakannya meletakkan jawatan Perdana Menteri yang mana jawatan itu kini diambil alih oleh UMNO melalui Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob.

Politik negara kita secara umumnya masih terkepung dengan politik naungan dan parti yang memiliki kuasa sebagai Perdana Menteri lebih berpotensi menjadi pilihan pengundi kerana rakyat masih mengharapkan bantuan serta pertolongan dalam kehidupan mereka.

Jika Mahiaddin masih memegang jawatan Perdana Menteri, bukan saja agak mustahil untuk BN menang dengan majoriti dua pertiga di Melaka dan Johor, malah keputusannya mungkin mengulangi seperti kejayaan dalam PRN Sabah yang lalu.

Tetapi, segala-galanya kini sudah berlalu dan apa yang Mahiaddin nampak sekarang tanpa jawatan Perdana Menteri dalam tangannya, PN juga bakal menerima nasib buruk dalam PRU15 akan datang.

Menyedari hal itu dan tidak mahu melihat Bersatu dan PN menerima nasib buruk dalam PRU15 akan datang, Mahiaddin kini dilaporkan mula berusaha untuk kembali jadi Perdana Menteri semula.

Meskipun dalam beberapa kenyataannya sebelum ini, Mahiaddin beberapa kali membayangkan tidak mustahil PN mampu berkuasa semula, namun umum lebih memahami difahami hasrat tersebut ingin dicapainya melalui PRU15 nanti.

Rupa-rupanya, hasrat untuk kembali sebagai Perdana Menteri itu tidak saja ingin dicapainya melalui kemenangan PN dalam PRU15 akan datang, malah beliau kini difahamkan sudah mula bergerak untuk kembali sebagai ketua kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan.

Dalam langkah yang dianggap mengejutkan, Mahiaddin difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan tersebut, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu difahamkan Mahiaddin telah berterus-terang bahawa beliau ingin kembali sebagai Perdana Menteri dan meminta Tun Mahathir menyokongnya bagi sama-sama memastikan UMNO dan BN tidak berjaya memenangi PRU15.

Tun Mahathir dikatakan agak terkejut dan hairan dengan hasrat Mahiaddin itu kerana beliau menyangka permintaan untuk bertemu dengannya sekadar untuk menziarahinya berikutan baru pulih daripada rawatan jantung di IJN atau untuk membincangkan bagaimana parti-parti blok pembangkang boleh bersatu padu melawan BN.

Langsung tak terfikir oleh Tun Mahathir, kedatangan Mahiaddin itu adalah untuk menyampaikan hasrat hatinya kembali jadi Perdana Menteri.

Agaknya kerana terkejut dan kehairanan dengan hasrat Mahiaddin itu, Tun Mahathir diberitakan hanya mendengar saja Ahli Parlimen Pagoh itu bercakap tanpa memberi sebarang komen atau respon, apa lagi ungkapan yang memperlihatkan sokongan atau komitmen.

Iyalah…siapa tak terkejut dan hairan kerana Mahiaddin sebelum ini bukan saja mengenepikan Tun Mahathir, malah memecatnya daripada Bersatu, tapi kini seperti seseorang yang tidak pernah berdosa, datang menyuakan mukanya dan meminta sokongan daripada Pengerusi Pejuang itu untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Agaknya Mahiaddin terlupa dengan siapa beliau meminta sokongan itu kerana Tun Mahathir juga, kalau peluang terbuka serta kesihatannya masih ada, pasti ingin jadi Perdana Menteri lagi untuk kali yang ketiga.

Kepada beberapa sahabat dan kenalan yang mengunjunginya baru-baru ini, Tun Mahathir tidak menyembunyikan mengenai kedatangan Mahiaddin dan tujuan bertemu dengannya itu.

Cuma, sebagaimana kita hairan dengan hasrat Mahiaddin itu kerana beliau adalah Perdana Menteri yang gagal dan bagaimana boleh ada perasaan mahu kembali semula, Tun Mahathir tentu saja lebih berasa hairan lagi.

Yang pasti, dengan hasrat Mahiaddin yang mula diluahkannya itu, malah sudah bercakap dengan Tun Mahathir mengenainya, adalah jelas beliau kini mahu merampas semula jawatan Perdana Menteri daripada Ismail Sabri Yaakob yang diberi laluan olehnya sendiri sebelum ini.

Dengan siapakah lagi Mahiaddin turut bercakap, meluahkan hasrat hati dan berbincang mengenai keinginannya itu?

Apakah beliau turut telah bertemu pemimpin-pemimpin PH dan Anwar Ibrahim?

Dengan perkembangan ini, adakah ia bermakna tindakan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri oleh Mahiaddin dan PN akan berlaku dalam waktu terdekat ini? – ShahbudinHusin 29/03/2022.



Ladang hutan: 70,000 hektar ditebang di Pahang, hanya 5% ditanam semula - Lee Chean Chung




 

Ladang hutan merupakan konsep perladangan yang agak popular sejak dua dekad lalu.

Rakyat diberi gambaran hutan simpan yang ditebang akan diganti dengan tanaman lain yang menghampiri ciri ciri hutan asal seperti pokok getah atau pokok batai (Falcataria muluccana, Paraserianthes falcataria).

Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chean Chung (PH - Semambu) konsep ladang hutan itu hakikatnya menyebabkan malapetaka kemusnahan hutan terutama di Pahang dan Kelantan.

Katanya, ladang hutan membenarkan pembalakan 'tebang dan bersih' dilaksanakan sehingga menghilangkan kesemua spesis kayu di kawasan yang diluluskan.

"Dari tahun 2012 hingga 2020, Kerajaan Negeri Pahang telah pun meluluskan 73,360 hektar hutan simpanan untuk ditebang dan dijadikan ladang hutan. Ladang hutan ini kebiasaannya akan dibersihkan melalui kaedah cuci mangkuk (clear felling)

"Bagaimanapun di Pahang, daripada 73,000 hektar ladang hutan yang diluluskan, hanya 3,971 hektar ataupun 5% yang ditanam semula. Baki 70,000 hektar hutan yang dibersihkan, pokoknya ditebang, sekarang menjadi terbiar," katanya.

Chean Chung berkata demikian ketika mengulas titah Pemangku Raja Pahang mengumumkan bahawa kawasan hutan simpan kekal telah ditambah lebih 7,000 hektar menjadikan jumlahnya kira-kira 1.6 juta hektar hutan simpanan kekal (HSK) di Pahang, dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri, pagi tadi.

Namun, kata beliau, bukan semua HSK adalah hutan rimba ataupun hutan dara seperti dianggap rakyat. Daripada 1.6 juta hektar HSK, hanya 646,000 hektar diwartakan sebagai hutan perlindungan.

Manakala pembalak di ladang hutan, kata Bendahari Agung KEADILAN itu, lebih berminat mengeluarkan hasil kayu sebaliknya hanya 5% sahaja ladang yang ditanam semula.

"Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Abdul Karim Abu Samah mengesahkan projek ladang hutan sering digunakan sebagai alasan untuk menghalalkan pembalakan cuci mangkuk. Lebih-lebih lagi sehingga hari ini, projek ladang hutan ini telah mengakibatkan keluasan hutan yang amat besar musnah, tetapi tidak nampak hasil komersil. Apakah komen kerajaan?

"Isu ini serius. Persoalannya, mengapakah perkara-perkara yang jelas memperlekehkan integriti Kerajaan Negeri ini boleh berlaku?" katanya.

Beliau juga menyeru kepada anggota dewan supaya sedar kelangsungan hidup manusia kerana wujudnya flora dan fauna.

Tambahnya, manusia akan mati sekiranya ekosistem persekitaran hilang. Namun sekiranya manusia pupus bumi akan menjadi lebih seimbang dan hijau.

"Mengapakah selepas 70,000 hektar hutan ditebang dan dimusnahkan di Pahang, pengusaha yang tidak menanam semula hutan ini dilepas dan dibebaskan?

"Biarpun apa alasan yang diberi, korporat-korporat tidak beretika ini adalah pembunuh flora dan fauna yang sepatutnya dipelihara mengikut Titah Pemangku Raja, dan juga pembunuh masa depan anak-anak kita apabila krisis perubahan iklim menjadi lebih parah.

"Apakah tindakan kerajaan terhadap mereka? Saya syorkan supaya projek ladang hutan dihentikan segera, jalanlan siasatan yang menyeluruh dan bentangkan kertas putih di dewan yang mulia ini. Kertas putih juga harus menyiasat hubungan pembukaan ladang hutan dengan banjir yang semakin teruk di Pahang.

"Untuk pengusaha yang tidak beretika, saya mengesyorkan agar kita gubal undang undang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pembunuh hutan ini," katanya lagi.

 

Syarikat Singapura kendalikan MySejahtera: Lakukan siasatan menyeluruh - Anwar


 

Kontroversi mengenai pengendalian aplikasi MySejahtera yang memantau pergerakan rakyat Malaysia bagi mengesan kontak Covid 19 semakin memanas.

Terbaharu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertanyakan mengenai tidak wujudkan perjanjian bertulis di antara kerajaan Malaysia dan syarikat berkenaan pada peringkat awal pengoperasiannya.

"Menteri Kesihatan kata, “Bila saya mengambilalih KKM, saya buat keputusan untuk pastikan bahawa pengurusan aplikasi MySejahtera dibawa ke KKM sebab saya dapati bahawa selama tempoh pandemik, tiada kontrak antara pihak KPISoft dengan kerajaan”.

"Kenyataan itu juga bermaksud kontrak rundingan dengan KPISoft/Entomo, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi MySejahtera hanya bermula saat beliau menjawat jawatan tersebut pada bulan Ogos 2021, iaitu 16 bulan setelah aplikasi MySejahtera diluncurkan.

"Maksudnya selama 16 bulan kerajaan bersama dengan KPISoft/Entomo mengawalselia penggunaan dan data aplikasi MySejahtera (selama itu) tanpa sebarang perjanjian," katanya dalam satu kenyataan.

Ketiadaan perjanjian itu, kata Anwar merupakan sesuatu yang serius dan menimbulkan dakwaan boleh berlakunya penyalahgunaan data maklumat peribadi di dalam MySejahtera.

Begitu juga, kata Ahli Parlimen Port Dickson tersebut, persoalan tentang pemilikan aplikasi MySejahtera yang terus kabur meski ada cubaan dari pihak menteri untuk menjelaskannya.

Memburukkan keadaan, KPISoft/Entomo pula adalah 100% syarikat milik Singapura iaitu Entomo Pte Ltd berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Ini membimbangkan tatkala kerajaan telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan CSR, untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat Malaysia.

"Saya juga terkejut Majlis Keselamatan Negara pada bulan April 2020 telah membenarkan entiti asing untuk membangun dan mengurus aplikasi yang sangat penting kepada kepentingan keselamatan negara, yang tidak hanya punya akses kepada maklumat kesihatan dan peribadi tanpa perjanjian yang bertulis, tapi mempunyai pemilikan ke atas kerahsiaan dan data aplikasi tersebut.

"Dari menjelaskan persoalan-persoalan ini, kabinet kini sedang mempertimbangkan untuk menganugerahkan MySJ Sdn. Bhd. kontrak secara runding terus untuk aplikasi MySejahtera.

"Menteri Kesihatan gagal untuk menjawab soalan saya tentang tender terbuka dalam hal ini, dan ini membawa maksud terdapat aspek yang tersembunyi dari pengetahuan umum tentang MySejahtera," katanya.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu, tidak mungkin rakyat akan tahu data apa yang telah disimpan dan bagaimana ia digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu oleh entiti asing

Apatah lagi, kata Anwar, tidak ada sebarang perjanjian yang telus bermula dari April 2020 dan rakyat Malaysia wajar untuk mempunyai syak wasangka serta berasa bimbang.

"Rakyat mahu tahu di manakah data itu disimpan? Apakah ia disimpan di dalam persekitaran yang selamat dengan akses yang terhad? Mekanisme apa yang digunapakai bagi mengelakkan pihak ketiga dari mengakses dan mencuri data mereka?

"Apa jenis perlindungan yang rakyat ada bagi mengelakkan data itu disalahguna yang akan mengakibatkan mereka dianiaya, ditipu dan di-diskriminasi?" tanyanya

Justeru, Anwar menggesa sebuah siasatan yang komprehensif dijalankan oleh Parlimen bagi mengenalpasti segala perihal melibatkan MySejahtera.

"Siasatan ini bagi memaknai konsep ketelusan dengan maksud kerahsiaan data peribadi dilindungi dari watak-watak yang tamak, yang hanya mahu mencari keuntungan dari data peribadi rakyat Malaysia," katanya lagi.

 

MYSEJAHTERA – JUMLAH YANG AKAN DIBAYAR KERAJAAN BAWAH RM300 JUTA – KJ

 

Jumlah yang akan dibayar kerajaan akan jauh lebih rendah berbanding RM338.6 juga untuk lesen aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, kerajaan kini masih berunding dengan MySJ Sdn Bhd berhubung terma perjanjian lesen MySejahtera tetap memberi jaminan harganya “jauh lebih rendah” daripada RM338.6 juta.

“Saya boleh beritahu yang jumlah yang sedang kami runding dengan MySJ adalah lebih rendah daripada RM300 juta. Jauh lebih rendah.

“Kes mahkamah antara Entomo dan MySJ adalah sesuatu yang perlu diselesaikan oleh mereka, tiada kaitan dengan kerajaan.

“Jumlah yang mereka (MySJ) persetujui dengan Entomo (sebelum ini KPISoft Sdn Bhd) tiada kaitan dengan rundingan kerajaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.

Khairy berkata kerajaan masih tidak membuat pembayaran kepada mana-mana syarikat swasta ini.

Katanya, tiada kontrak antara kerajaan dengan Entomo ketika dia mula menjadi menteri kesihatan kerana syarikat itu menawarkan untuk membangunkan dan menyelia perkhidmatan aplikasi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Justeru, Khairy berkata dia memutuskan untuk mengadakan persetujuan menerusi kontrak secara formal dengan pembangun aplikasi itu, untuk menghalang sebarang caj di masa depan jika kerajaan ingin menambah lebih banya modul di dalamnya.

Namun kerajaan kemudian dimaklumkan Entomo telah menjual lesen aplikasi MySejahtera peada MySJ Sdn Bhd.

Maka, kerajaan kini dalam rundingan berkenaan aplikasi MySejahtera, kata Khairy lagi.

“Sekarant kerajaan dalam peringkat perbincangan dengan MySJ untuk langkah ke hadapan, penyelenggaraan platform itu.

“Kalau mereka tak setuju untuk MySejahtera dimiliki kerajaan, kecuali untuk platform tertentu yang memerlukan kod sumber, maka kita tidak akan teruskan perjanjian. Jadi sebab itu saya kata kita masih dalam perundingan,” katanya lagi.

Dia menegaskan rundingan hanya untuk perisian sebagai perkhidmatan (software as a service, SaaS) aplikasi itu. SaaS adalah perlesenan perisian dan model penyampaian di mana perisian dilesenkan secara langganan dengan hos berpusat di internet.

Khairy menegaskan data peribadi dalam aplikasi itu sentiasan dimiliki dan dijaga kerajaan, terutama di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara menerusi perjanjian kerahsiaan dengan syarikat terlibat.

Syarikat tersebut hanya dilibatkan untuk menyelenggara perkhidmatan MySejahtera, katanya lagi.

“Data selamat sebab data ini semuanya dikawal selia oleh KKM. Kita tak beri kebenaran kepada mana-mana pihak.

“Data ini tidak dikongsi kepada pihak swasta. Semuanya hanya digunakan untuk tujuan kesihatan awam oleh KKM saja,” katanya.

Sebaik rundingan kontrak antara kerajaan dan MySJ selesai, Khairy memberi jaminan orang ramai akan dimaklumkan berkenaannya.

Jika rundingan tidak mencapai kata sepakat, dia berkata ada kemungkinan vendor lain akan dipilih kerana data yang terbabit masih di bawah kawalan kerajaan.

Terdahulu, dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Entomo bersetuju untuk memindahkan harta intelek dan lesen perisian MySejahtera kepada MySJ menerusi perjanjian berjumlah RM338.6 juta yang akan terpakai sehingga akhir 2025.

Ia mencetuskan kebimbangan berkenaan penjualan aplikasi itu kepada sektor swasta yang menurut sesetengah pihak akan membawa kepada ancaman keselamatan negara dan pencabulan terhadap maklumat peribadi warga.

Khairy semalam menjelaskan keputusan kerajaan untuk melantik sebuah syarikat untuk menguruskan aplikasi MySejahtera tidak bermaksud aplikasi itu dijual dan data yang dikumpul adalah selamat.