Anifah tempelak Hishammuddin, mengaku salah sajalah, jangan tegakkan benang yang basah

 

Anifah tempelak Hishammuddin, mengaku salah sajalah, jangan tegakkan benang yang basah


Bekas menteri luar negeri Anifah Aman menasihatkan supaya penyandangnya Hishammuddin Hussein mengakui ‘kesalahannya’ dengan memanggil ‘abang’ terhadap China, dan bukannya memburukkan lagi keadaan dengan mempertahankan tindakannya itu.

“Hishammuddin telah mempertahankan tindakannya dengan mengatakan ‘ungkapan yang saya gunakan tidak merujuk hubungan dua hala’ tapi ‘menghormati bahawa Wang Yi lebih tua, dan menteri luar negeri yang lebih senior (berbanding dirinya), justeru secara peribadi (dia) ‘abang’ kepada saya.’

“Oleh itu, komen saya hanyalah: Hishammuddin telah melakukan ‘kesalahan diplomatik’.

“Ungkapan yang digunakan bukan saja tidak sesuai tetapi jelas telah meletakkan Wang Yi dalam posisi yang sukar dan memalukan.

“Bahasa tubuh Wang Yi mengatakan segalanya, dan dia dengan cepat mengucapkan ungkapan ‘kita adik-beradik’,” kata Anifah dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebagai diplomat tertinggi Malaysia, Hishammuddin harus lebih berhati-hati dan bijak dalam pemilihan penggunaan kata-katanya.

“Bagaimanapun, seperti kata bidalan, diplomasi adalah garis pertahanan yang pertama. Daripada berdebat dan cuba pertahankan pilihan kata-kata yang salah, Hishammuddin sepatutnya terima hakikat bahawa dia telah lakukan ‘kesalahan diplomatik’.

“Melakukan ‘kesilapan diplomatik sudah cukup salah’ tetapi untuk mempertikaikan dan pertahankan kesilapan diplomatik itu jelas menunjukkan sikap sebenar seseorang itu,” kata Anifah.

Terdahulu, Presiden PKR Anwar Ibrahim turut mengkritik ungkapan Hishamuddin yang mengatakan bahawa ia mengheret Malaysia 25 tahun ke belakang dalam soal dasar luar dengan China, serta menjejaskan usaha pegawai Wisma Putra selama ini.

“Pemerintah hari ini secara tidak langsung telah memberi mesej yang jelas pada dunia luar bahawa Malaysia bukan lagi negara yang berkecuali.

“Percubaan Menteri Luar untuk menutup kekeliruan yang timbul menampakkan kabinet Perikatan Nasional (PN) mempunyai pemahaman yang lemah terkait diplomasi, strategi, politik Asean dan juga China,” katanya sambil menggesa Hishammuddin meminta maaf kepada rakyat dan menarik semula ungkapan itu. 




Terkini! Pegawai Khas MB Kedah dari UMNO letak jawatan serta merta

 


Terkini! Pegawai Khas MB Kedah dari UMNO letak jawatan serta merta


Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Ahad selepas seminggu ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 tular.

Mohd Fadzil yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kedah berkata, tindakan itu dibuat untuk menjaga hubungan baik Muafakat Nasional (MN) di Kedah selain enggan isu itu berpanjangan.

Katanya, beliau yakin MN di Kedah masih kuat dan oleh sebab itu beliau nekad mengambil keputusan berkenaan kerana sayangkan MN

“Saya letak jawatan kerana sayangkan MN. Saya tidak mahu isu ini ibarat ‘presiden kes’ MN di Kedah dan memperlihatkan seperti MN Kedah ini rapuh dan sedang bergaduh,” katanya ketika sidang akhbar di Hotel Seri Malaysia di sini pada Ahad.

Pada 28 Mac lalu, Mohd Fadzil yang berucap sebagai perwakilan Pemuda UMNO didakwa mewujudkan persepsi bahawa pegawai khas daripada UMNO dibuli, dikutuk dan dipertikai oleh pegawai-pegawai khas lain di pejabat Menteri Besar Kedah.

Beliau mendakwa, ia susulan langkah politik diambil UMNO khususnya dalam isu i-Sinar dan moratorium.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menafikan wujud pilih kasih dalam layanan terhadap pegawai di pejabat Menteri Besar Kedah seperti didakwa.

Sementara itu, Mohd Fadzil memohon supaya tidak ada mana-mana pihak cuba mempolitikkan isu berkenaan demi kecintaan kepada semangat MN.

“Saya tidak menyimpan marah atau dendam kepada sesiapa. Saya juga sangat berbesar hati sekiranya Menteri Besar (Muhammad Sanusi) berhasrat untuk bertemu dengan saya selepas ini kerana sejak isu ini tular kami masih belum besemuka,” katanya.

Menjelaskan mengenai inti pati ucapannya ketika PAU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 29 Mac lalu, Mohd Fadzil berkata, beliau berkata benar.

“Saya ingin menegaskan bahawa penceritaan yang dibawa tersebut adalah benar, bukan rekaan bagi menambah perisa ucapan semata-mata.

“Insiden kritik mengkritik tersebut telah beberapa kali berlaku dengan melibatkan beberapa isu berbangkit; antaranya i-Sinar, moratorium dan sebagainya.

“Biasanya saya menerima kritikan itu dengan terbuka dan memberi penjelasan bagi mana-mana isu berkenaan. Saya tidak mengambil serius pun kritikan berkenaan kerana bersikap ‘agree to disagree’,” katanya. 




PERPADUAN APA JIKA RAKAN SENDIRI DITINGGALKAN?



Beliau juga berharap rakan politik UMNO dalam Muafakat Nasional berfikir sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional yang asli. “Politik benci dan politik perpecahan hanyalah membawa kehancuran ... Kita akan terus berusaha,” kata Zahid, tanpa memperincikan siapa yang dimaksudkannya..

EDISI KHAS MINGGUAN 016 | GEMPAR!!! MUHYIDDIN DICABAR PENGUNDI 18?




MENARIK DALAM EDISI KHAS 016
1. LOMPAT PARTI, PERKOSA DEMOKRASI 2. NAJIB TEMPELAK JKOM DAN PERDANA MENTERI 3. MUHYIDDIN, SPR BAKAL DIHERET KE MAHKAMAH



EDISI KHAS MINGGUAN 015 | GEMPAR!!! WUJUD DUA KOLAM DALAM UMNO?





MENARIK DALAM EDISI KHAS 015
1. ZAHID CABAR MENTERI UMNO DALAM PN LETAK JAWATAN 2. UMNO TERUS BERDRAMA – 14 MENTERI KEKAL 3. UNDI 18, ADA SESUATU YANG TIDAK KENA



PH 'JAHANAM' KALI KEDUA JIKA TERUS KERJASAMA DENGAN TUN M…

 


Faiz Zainudin

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim Otai Reformis berkata, PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7 kerana banyak janji yang tidak ditunaikan.

PETALING JAYA: Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim menyokong penuh pendirian terbaharu ketua pembangkang itu untuk memfokus kepada pilihan raya umum akan datang berbanding rancangan mengambil alih pentadbiran negara dengan sokongan Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Bendahari Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, langkah itu sewajarnya menjadi tumpuan ketua pembangkang bagi memperkuat Pakatan Harapan (PH) memandangkan pilihan raya umum ke-15 boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Adalah wajar PH memberi fokus kepada kerja persiapan PRU-15 yang mungkin berlaku pada bila bila masa,” katanya kepada FMT.

Beliau juga memberi “peringatan” kepada PH supaya tidak bekerjasama dengan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak gabungan pembangkang itu “jahanam” kali kedua setelah hilang kuasa selepas 22 bulan memerintah.

“PH tidak boleh bergabung sekali lagi dengan Dr Mahathir yang telah kehilangan kredibiliti sebagai seorang pemimpin politik. Jika tidak, PH akan dijahanamkan sekali lagi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor mewakili DAP.

Seorang lagi penyokong tegar Anwar, Abdul Razak Ismail senada dengan Ronnie dengan berkata, sebarang bentuk kerjasama dengan Mahathir perlu dielak, selain menambah bahawa PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai perdana menteri ke-7 kerana banyak janji yang tidak dapat ditunaikan.

“Sebenarnya PKR-PH melakukan ‘kesalahan besar’ apabila bersetuju Dr Mahathir menyertai PH dan seterusnya mengangkat beliau sebagai perdana menteri ke-7 tempoh hari.

“Bukan saja PH gagal menunaikan janji manifestonya seperti menghapuskan PTPTN, kamera kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menutup kilang Lynas.

“Malah pendedahan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini menyebut bahawa Mahathir sebenarnya tidak mahu tol dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, tidak boleh “diterima akal” sekiranya PH masih mahu mengekalkan kerjasama dengan kumpulan Mahathir.

Razak yang juga setiausaha Otai Reformis turut mengingatkan PH supaya tidak bekerjasama dengan pemimpin Umno yang disifatkan cuba “bermain dua kolam” dengan menyokong Anwar dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Sikap ‘talam dua muka’ Umno terserlah apabila tiada seorang pun Ahli Parlimennya menolak Belanjawan 2021 pada persidangan Parlimen tahun lepas sedangkan kita diberitahu tidak kurang 10 orang Ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar.

“Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perhimpinam agung parti itu minggu lalu juga dengan lantang menyebut, No Anwar, No DAP dan No PPBM’.

“Ini sewajarnya menjadi isyarat jelas supaya PKR-PH segera menamatkan sebarang rundingan ‘di sebalik tabir’ beberapa orang pimpinan PKR dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.

Katanya, kenyataan terbaharu Anwar bahawa PH akan memfokus kepada persiapan PRU berbanding mengumpul Ahli Parlimen membentuk kerajaan baharu juga memberi kelegaan kepada penyokong dan akar umbi.

Beliau menggesa pucuk pimpinan PH, khususnya PKR supaya membersihkan parti daripada pemimpin yang mesra dan masih menyokong bekas timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

“Ramai penyokong setia Anwar berpandangan pemimpin ‘proksi Azmin’ yang kekal dalam parti akan memporakperandakan PKR sekiranya mereka terpilih sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

“Ramai menjangka akan berlakunya agenda ‘lompat parti’ seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

 

'HADI PUN TAHU PENGUNDI 18 TAHUN TIDAK SUKAKAN DIA'

 

May be an image of one or more people, people standing and outdoors


Bekas Naib Presiden AMANAH, Senator Datuk Husam Musa berpendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahu Pas bukan menjadi pilihan utama golongan muda berusia 18 tahun.

Bekas Exco kerajaan negeri Kelantan itu berkata, hal itulah yang mendorong Presiden Pas berkenaan memberi alasan mengaitkan kematangan individu berhubung pelaksanaan mengundi pada usia 18 tahun (Undi 18).

“Majoriti negara Islam terima pengundi 18 tahun. Malaysia dah lulus undang-undang (Undi 18), tiba-tiba nak undur balik.

“Jadi kita rasa ada harapan untuk ambil balik kerajaan kerana Haji Hadi pun tahu budak-budak tidak sukakan dia,” kata Husam dalam Dialog Isu-Isu Rakyat & Hal Ehwal Semasa di Rumah Rehat, Temerloh petang tadi.

Sebelum ini, Hadi berkata, undi bukan hanya bergantung kepada usia semata-mata, sebaliknya kematangan rakyat untuk memilih kerajaan juga penting.

Dalih Ahli Parlimen Marang itu ketika menyokong tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan Undi 18, ada yang sudah berusia 40 tahun tetapi tidak matang lagi.

“Dalam Islam ada sebut (mengenai) tahun kematangan, ia boleh berlaku di usia 16 tahun, 18 tahun, boleh juga berlaku 25 tahun.

“Ada orang (sudah berusia) 40 tahun, tetapi tak matang lagi,” kata Hadi selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila pada 26 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Husam berkata, Pas yang kini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai tempoh dua tahun setengah untuk mematangkan individu berusia 18 tahun dengan proses pilihan raya.

“Semasa usul ini dibawa ke Parlimen, Pas menyokong dengan syarat mesti ada pendidikan untuk matang.

“Sekarang ini Pas dalam kerajaan. Kalau tidak matang juga, salah siapa? Pilihan raya lagi dua tahun setengah lagi.

“Boleh matangkan pengundi 18 tahun melalui pendidikan dalam tempoh dua tahun setengah ini.

“Buatlah pendidikan sekarang (untuk matangkan pengundi 18 tahun). Tengok sama ada matang atau tidak. Kenapa tolak awal-awal?,” bidasnya lagi. - Arif Atan

 

VIDEO : MATC PAYA BESAR - UCAPAN KETUA CABANG WFAUZDIN NS

Catat CGPA 3.91, pelajar ini buktikan kejayaan tidak mengenal darjat

 


Ridauddin Daud
Catat CGPA 3.91, pelajar ini buktikan kejayaan tidak mengenal darjat
Hidup mungkin tidak semewah orang lain namun ia bukan penghalang buat anak muda ini mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan di universiti. - Astro AWANI
PETALING JAYA: Hidupnya mungkin tidak mewah namun dia tidak mudah mengalah. Tekadnya tidak pernah rebah, hatinya berterusan tabah.
Impiannya, mahu lihat nasib keluarga berubah, mahu bawa semuanya berhijrah, mencari kehidupan lebih bahagia dan indah.
Bertunjangkan ilmu, dia harap semuanya akan dipermudah.
Umurnya baru 21 tahun namun tangungjawab kepada keluarga sudah terserlah dalam jiwa anak muda yang tinggal di PPR Lembah Subang, Petaling Jaya ini.
Umurnya masih muda namun sudah memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab untuk keluarganya.
Umurnya masih muda namun sudah memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab untuk keluarganya.
Kini menyambung pengajian dalam Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Afig Iskandar Adrel perlu membahagikan masa sebaik-baiknya.
Lazimnya, pada sebelah siang dia membantu ibunya menghantar makanan dan bekerja sambilan. Malam pula, bersengkang mata mengulang kaji pelajaran. Begitulah rutinnya saban hari.
Namun, itu tidak menghalangnya mendapat keputusan cemerlang CGPA 3.91 baru-baru ini. Khabar itu lantas menaikkan semangatnya untuk terus berjaya, dan berharap dapat menyediakan kehidupan lebih baik buat keluarganya kelak.
“Kalau boleh, kalau dimurahkan rezeki, saya nak cubalah dapatkan rumah teres bagi mereka selesa. Buat masa habis ijazah, dua tahun, saya nak beri mereka selesa semua, barulah ke arah kahwin semua itulah.
“Janji dapat keluarkan mereka daripada sini. Dari dulu di sini, ada masalah parking, masalah sampah, gaduh kaum, lif rosak, air tiada,” katanya kepada Astro AWANI.
Siang bekerja, malam pula belajar, bukan mudah buatnya. Namun dia yang mesra disapa Afig itu mengakui sudah terbiasa.
Bila tiba harinya, beginilah rutin Afig, siang membantu ibu dan bekerja sambilan, malam pula mengulang kaji pelajaran.
Bila tiba harinya, beginilah rutin Afig, siang membantu ibu dan bekerja sambilan, malam pula mengulang kaji pelajaran.
Walaupun penat, dia biarkan sahaja dan tidak 'melayannya' kerana dia ada impian tersendiri yang mahu dilaksana.
“Untuk tolong mama semua ini. Tidaklah berat bagi saya sebab dari kecil dulu, mama dah bagi duit semua, sampai tuisyen semua... jadi saya tak fikir sangat fasal kerja.
“Bila dah mula kerja, ada juga rasa penat bekerja. Setiap minggu saya kena update jadual pada penyelia, hari apa kerja, hari apa yang tidak kerja.
“Ada satu minggu itu, dia tak kisah saya masuk pukul berapa, janji kerja. Habis kerja pun tak kisah tapi bila dah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) semua, kena ikut jadual,” ujarnya.
Kasih sayang ibu
Bagi ibunya, Salbiah Yahya Basra, sejak dari anak-anaknya kecil dia selalu memastikan kasih sayang dan pendidikan diberikan sebaiknya. Tidak langsung berkira walaupun mereka bukan orang berada.
Salbiah mengakui banyak kali dia menangis namun bukan kerana Afig 'buat hal', tapi kerana dia anak yang baik, sentiasa mengutamakan keluarga.
“Pasal tuisyen, kalau buku, kalau di sekolah apa yang cikgu nak, saya tak pernah abaikan.
"Tak beli barang kemas pun tidak mengapa, yang penting untuk anak. Barang kemas boleh beli bila-bila. Ilmu ini tidak boleh dipandang ringan. Alhamdulillah saya menangis bukan kerana dia buat hal,” katanya.
Briged Negaraku mengangkatnya sebagai Ikon Briged Negaraku kerana memberi inspirasi kepada orang lain.
Briged Negaraku mengangkatnya sebagai Ikon Briged Negaraku kerana memberi inspirasi kepada orang lain.
Bukan mudah untuk berjaya, banyak yang perlu dikorbankan namun bagi Afig, dia akan buktikan bahawa dia boleh berjaya.
“Along janji akan buktikan walaupun kita duduk di kawasan kurang berkemampuan, PPR Lembah Subang, saya nak buktikan dekat semua orang lagi-lagi kepada kawan, kepada kawan Mama dan Papa, kita walaupun ini (kurang berkemampuan), kita boleh berjaya juga,” ujarnya.
Kecekalan, ketabahan anak muda itu membuatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Briged Negaraku mengangkatnya sebagai Ikon Briged Negaraku kerana memberi inspirasi kepada orang lain.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, motivasi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !

NEGARA MAJU BUANG SAMPAH..NEGARA MISKIN KUTIP SAMPAH..BOLA ADA MENTERI PUN ALAHAI....

 

Hamzah Rie Na


Zaman PH kita hantar balik setiap kontena sisa plastik.


Mai kerajaan PN ni depa terima balik dan jadikan negara kita ini tempat pelupusan sampah negara maju.


Inilah akibat bagi PAS jadi Menteri Alam Sekitar..


Jahanam & rosak negara..!!


Inilah Allah SWT tunjukkan kepada rakyat Malaysia kecelakaan yang menimpa negara apabila orang bodoh dilantik jadi menteri.


SR





((KECOH+GEMPAR)) DATO KAMAL & LOKMAN ADAM BELASAH MUHYIDDIN GUNA NAMA SA...

RAKYAT MANA GEMBIRA DENGAN KERJA TEBUK ATAP?



“Apakah kita rasa cahaya dihujung terowong yang dilihat cerah, maka lampu di tangan perlu dibuang. Apakah bila hujan berhenti, maka payung perlu dicampakkan.” “Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang. Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang.”





Mat Sabu: UMNO Mereka Kerajaan, Tetapi Macam Pembangkang, Nak Jadi Pemba...

BANGUNKAN 6 BILLION..JUAL 273 JUTA..

 

Hamzah Rie Na

Silterra Malaysia merupakan satu-satunya syarikat pengeluar semikonduktor terbesar milik negara..


Khazanah habiskan hampir RM6 billion utk bangunkan SilTerra..


Tapi datang PN diketuai ABAHcow dan Jemin Ali, dijualnya SilTerra pada syarikat milik Komunis China pada harga RM273 juta shj..


Tepuk Tangan..!!!

👏👏👏


Ada walaun & lebai PAS bising menyalak bila PN jual aset negara pada Komunis China..


SR






SELAMAT ulangtahun Parti Keadilan



4.4.1999 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh dimana Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan dan kemudian,berikutan pergaubungan dengan Partai Rakyat Malaysia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seperti yang ada pada hari ini.

 

Timeline:-

Kronologi KEADILAN


2 September 1998

Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.


3 September 1998

Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO serta jawatanjawatan

politiknya.


12 September 1998

Deklarasi Permatang Pauh. REFORMASI secara rasmi. Era pertama bermula.


20 September 1998

Perhimpunan terbesar di dalam sejarah Malaysia di Dataran Merdeka dan Masjid

Negara. Anwar Ibrahim kemudiannya ditahan di bawah ISA apabila pihak polis

menyerbu rumahnya di Bukit Damansara.


27 September 1998

GERAK ditubuhkan.


29 September 1998

Anwar Ibrahim muncul dengan mata lebam apabila dibawa ke Mahkamah buat kali

pertama sejak ditahan di bawah ISA.


Oktober 1998

Perhimpunan dan demonstrasi mingguan di sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman


10 Disember 1998

ADIL ditubuhkan dengan diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


4 April 1999

Parti Keadilan Nasional (PKN) dilancarkan. Singkatan KeADILan digunakan.


14 April 1999

Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah.

Istilah BLACK 14 muncul.


Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional


Kenyataan Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional


Jawatankuasa Penaja ADIL

8 Jalan Setiamurni 1

50490 Kuala Lumpur

 

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)     

    

Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam pergerakan     

reformasi dan ADIL telah  memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional.  Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi, di Hotel Renaissance     

(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.    

 

Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.


KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.

 

 Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail

30 March 1999


Nota kaki


Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.


Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin Yunus.

Satu perkara yang tidak diketahui adalah ide nama KEADILAN timbul selepas menunaikan solat sunat tarawih. 5 nama dikemukakan untuk dipilih oleh Anwar Ibrahim.

1.  Parti Keadilan

2.  Parti Keadilan Rakyat

3.  Partu Keadilan Nasional

4.  Parti Keadilan Negara

5.  Parti Keadilan Kebangsaan


Akhirnya Anwar Ibrahim memilih Parti Keadilan Nasional.  Beberapa pilihan logo juga telah dikemukakan. Antaranya logo menggunakan lambang Matahari. Tapi akhirnya Anwar memilih logo mata yang ada sekarang.




Anwar Ibrahim: Komen 'Abang Besar' Menteri Luar Yang Lalu Telah Memberi ...



KENYATAAN MEDIA - 4 April 2021 Kerajaan Perikatan Nasional tampaknya telah tersalah langkah dalam banyak hal penting negara, dan kadarnya terus memuncak naik. Tanpa pengimbangan dari institusi Parlimen dan sikap kebertanggungjawaban pada badan eksekutif, keadaan nampaknya akan terus parah, dan terbaru membawa marabahaya pada kedaulatan negara. Komen 'abang besar' Menteri Luar pada hari Jumaat yang lalu telah memberi kesan yang bukan kecil pada kebijakan luar negara terkait hubungan Malaysia dan Republik Rakyat China. Pemerintah hari ini secara tidak langsung telah memberi mesej yang jelas pada dunia luar bahawa Malaysia bukan lagi negara yang berkecuali. Percubaan Menteri Luar untuk menutup kekeliruan yang timbul menampakkan kabinet PN ini mempunyai pemahaman yang lemah terkait diplomasi, strategi, politik Asean dan juga China. Dunia tahu bahawa kerajaan hari ini tidak ada keabsahan demokratik untuk memerintah. Negara-negara sekutu mahupun seteru, baik para diplomat atau pun pemuka-pemuka korporat, mungkin sedang mencuba menggunakan kelemahan pemerintah hari ini sebagai kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dalam keterlibatan mereka dengan Malaysia. Hal ini mampu memberi kesan yang mendalam pada kedudukan diplomatik Malaysia, ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Sistem demokratik di Malaysia menggunapakai sistem Westminster. Justeru, Perdana Menteri yang telah hilang majoriti harus segera berundur dan serahkan sepenuhnya pada proses Perlembagaan. Sebaliknya, Perdana Menteri hari ini telah menyalahguna Pengisytiharan Darurat, dan dalam masa yang sama terus merencana untuk berpaut pada kuasa. Melihatkan keadaan PN yang terumbang ambing hari ini, kita bimbang segala keputusan yang dibuat hanya untuk terus menjamin kelangsungan kuasa, dan ia berpotensi akan mengorbankan kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara. ANWAR IBRAHIM




TERUK BETOI MELAWAK KULI NI

 May be an image of 2 people and text that says "Politician Buat Kelakar Apa Hari Ini? Group post by Rayme Rahman 18h *Anwar akan bangkrupkan negara dalam masa 3 hari jika dia PM- asamboi.nthtp/asamboi.ne/awarakan bangkupa-a -pm-ku-li/ i ASAMBOI.NET Anwar akan bangkrupkan negara dalam masa 3 hari jika dia PM- Ku Li- asamboi.net"

IMMIGRESEN PATUT BATALKAN KERAKYATAN HISHAMUDDIN HUSSEIN

 

ULASAN | Bila Hisham terlajak cakap

malaysiakini.com
ULASAN | Bila Hisham terlajak cakap
KATA MP | Ingatlah bidalan Melayu, "kerana pulut santan binasa."


Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Walaupun kita dimerdekakan oleh British, tapi tak pernah dalam dasar politik mahupun kenegaraan kita menganggap kita ini kecil atau adik kepada mana-mana negara besar terutamanya sekali dari British.

Kita adalah setara dengan negara lain dari segi kedaulatan. Kita tidak memandang negara lain sebagai ketua kita... tak kisah lah negara kuat atau negara lemah... negara kaya atau negara miskin.

Malaysia tanah berdaulat... tanah tumpah darah orang Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Dayak, Murut, Kadazan, Dusun, Orang Ulu, Penan, Senoi, Semai, Jakun, Negrito dan apa sahaja puak yang ada yang lahir dan berkerakyatan Malaysia...

Jadi... pada kita tindakan yang dibuat oleh Menteri Luar Malaysia iaitu Hishamuddin Hussein yang menggelar Negara China sebagai "Abang Besar" adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini adalah sesuatu yang menghina kedaulatan (sovereign) Malaysia.

Kalau mengikut undang-undang, tindakan Hishamuddin Hussein ini adalah satu kesalahan besar yang dikira penderhakaan. Ianya serupa dengan mengisytiharkan perang dengan YDP Agong. Kesalahan sebegini sama ada boleh menyebabkan status kerakyatan Hishamuddin Hussein boleh dibatalkan atau dikenakan hukuman mati mandatori.

Ianya satu kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

Aku selaku rakyat menuntut satu kebertanggungjawaban dari Hishamuddin Hussein untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh warganegara dan juga meletakkan jawatannya sertamerta. Aku nasihatkan Jabatan Imigresen untuk menggantung kerakyatan Hishamuddin Hussein jika tidak membatalkannya.

Menghina kedaulatan (sovereign) negara secara jelas hukumannya adalah berat.

 

GESAAN SEGERAKAN PEMILIHAN – UNTUK UMNO BENAR2 KEMBALI BERKUASA ATAU SUPAYA PARTI MUDAH DIGADAI KEPADA MAHIADDIN?


Berikutan gesaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin agar pemilihan UMNO tahun ini disegerakan dan diadakan sebelum PRU15, ramai yang terikut ghairah menambah garam dan gula bagi memeriahkan lagi saranan tersebut.

Lebih-lebih lagi, KJ yang tewas dalam pemilihan 2018 lalu, turut mengocak hati dan perasaan mereka yang anti Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dengan kata-kata – UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

Terutama Annuar Musa yang dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung BN, beliau paling awal memberi respon dengan mengatakan pemilihan harus diadakan pada Jun tahun ini juga.

Ini kerana, kata Menteri Wilayah Persekutuan itu, Jun ini cukup tiga tahun tempohnya selepas pemilihan yang lalu diadakan pada Jun 2018.

Logik dan wajarkah gesaan menyegerakan pemilihan UMNO?

Kecuali jika ini memperlihatkan KJ tidak sabar untuk bertanding sekali lagi sebagai Presiden UMNO,sebetulnya agak pelik dengan gesaan tersebut, selain kerana beliau hanya melontarkannya sebaik saja kPAU2020 memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan ketetapan Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan keluar daripada kerajaan PN menjelang 1 Ogos, alasannya bahawa parti memerlukan pemimpin yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat juga ternampak tidak berfakta.

Bagaimana untuk mengatakan Zahid Hamidi yang menang jawatan Presiden UMNO dengan 99 undi bahagian-bahagian menewaskan KJ sendiri yang mendapat 61 undi dan Ku Li 30 undi, sebagai tidak mempunyai mandat yang jelas?

Dengan hakikat bahawa jika undi KJ dan Ku Li dicampurkan pun tidak mampu mengatasi undi Zahid Hamidi, tidakkah ini bermakna mandat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam menerajui UMNO tersangat jelas?

Di samping itu, dengan calon UMNO berjaya memenangi banyak PRK sebelum ini, bukankah ia menunjukkan kepimpinan UMNO sedia ada telah mendapat sokongan rakyat?

Isyarat bagaimana lagi yang KJ mahukan?

Berkenaan kenyataan Annuar, memang benar pemilihan UMNO yang lepas diadakan pada Jun 2018 dan sepatutnya Jun 2021 ini diadakan pemilihan yang berikutnya.

Tetapi, berikutan pandemik Covid19, PAU2020 telah tertangguh sehingga ia baru saja diadakan pada 27 dan 28 Mac 2021 yang lalu.

Dalam hal ini, bagaimana untuk mengadakan PAU2021 beserta pemilihan pucuk pimpinan pada Jun, sedangkan PAU2020 baru saja berakhir?

Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar tentunya arif bahawa sebelum pemilihan di peringkat pusat, pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian mesti diadakan terlebih dahulu.

Oleh kerana sekarang sudah bulan April dan tidak lama lagi umat Islam menyambut puasa dan kemudian Hari Raya Aidil Fitri, bagaimana untuk menyelesaikan pemilihan cawangan dan bahagian dalam tempoh tidak sampai dua bulan, serentak dengan puasa dan raya, bagi membolehkan pemilihan diadakan pada Jun?

Untuk itu, oleh kerana tempoh yang munasabah untuk cawangan mengadakan persidangan tahunan ialah dirasakan sekitar Jun dan Julai, seterusnya mesyuarat perwakilan bahagian pada September atau Oktober, maka tarikh yang logik untuk PAU2021 ialah sama ada November atau Disember tahun ini.

Walaupun UMNO ada peruntukan untuk menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan, namun oleh kerana Zahid Hamidi sendiri pernah berjanji tidak akan berbuat demikian, mahu tidak mahu, pemilihan hampir pasti akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2021 ini.

Cuma, bersabar dan bertenanglah sikit.

Sedemikian, jika PRU15 diadakan sebelum sekitar Ogos sebaik UMNO membuat ketetapan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, ia hampir pasti akan dihadapi oleh barisan kepimpinan UMNO yang sedia ada.

Zahid Hamidi bukan saja akan mengetuai UMNO dan BN menghadapi PRU15, malah beliau jugalah nanti yang akan menandatangani watikah calon, termasuk kepada KJ dan Annuar.

Yang menjadi persoalan besar, mengapa KJ dan Annuar begitu ghairah mahu pemilihan UMNO disegerakan dan mesti diadakan pada Jun?

Adakah ia untuk memastikan UMNO ada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU15 yang kononnya lebih diterima rakyat dan barisan kepimpinan baru yang dimaksudkan itu ialah mereka daripada kalangan kluster menteri semuanya?

Jika kluster menteri yang akan menerajui UMNO, apakah UMNO akan kekal dengan keputusan putus hubungan sedia ada dengan Bersatu sebagaimana itulah kehendak akar umbi yang diluluskan melalui usul bahagian-bahagian sebelum ini?

Atau akhirnya dengan kepimpinan baru, masa depan UMNO lebih mudah digadai kepada Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin bagi membolehkannya kekal lagi sebagai Perdana Menteri?

Selepas itu, apa agaknya nasib UMNO? 

(Shahbudindotcom 04/04/2021)






SAKAN GELAKKAN ORANG YA-MUDARAT KECIL KA BESAR NIH....

 


ROZY RAZID


Kalau PKR ada Afdlin & Altimet, jangan lupa PPBM ada King!! King Koko (bukan nama sebenar)

**galak betul dia ketawakan orang ek.. Hakak nak tanya, abang kat belakang tu tengok ape bang?? PAS team ada nak komen islamic tak?? Mudharat kecil ke beso kalo macam ni?? #hakaktanyaje

 




NAMA LAIN ...NAMA IC LAIN...MACAM MACAM KISAH KALAU TIDAK SAH...

 

Jika berdasarkan keputusan mahkamah hari ini.. cuti NZ Shantara adalah TAK SAH kerana diluluskan dgn nama palsu atau "nama glamor" Muhyiddin Yassin bukannya Mahiaddin Md Yasin...!!!

Bagaimana pula semasa ABAHcow angkat sumpah jadi PM depan YDP Agong tempohari?..Guna Muhyiddin Yassin atau Mahiaddin Md Yasin??!

SR

 May be an image of text that says "Terbukti di mahkamah, nama sebenar ABAHcow adalah Mahiaddin Md Yasin bukannya Muhyiddin Yassin 2. Untuk makluman YAB Tan Sri, saya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berhasrat untuk memohon cuti rehat selama hari berkerja daripada Disember 2020 hingga Mac 2021 membolehkan saya melawat keluarga yang berada Auckland, New Zealand. Pemohonan cuti selama 55 hari berkerja seperti AMPIRAN A. Begehya petklué Hunhrelee TANS Aras Blok 2020 411/Faks: HAMANT MAWA SR suara akyat a 'Muhyiddin' ADAKAH CUTI SHANTARA SAH YANG DITANDATANGANI 'NAMA GLAMOR' MUHYIDDIN DENGAN NAMA YANG SALAH?"

BERCELARU SUNGGUH BILA KUASA DAH SEMAKIN TERHAKIS

 


Panas! Hadi akhirnya dedah Zahid dah sign setuju jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

Panas! Hadi akhirnya dedah Zahid dah sign setuju jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyoal mengenai undangan penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN).

“Tahun lepas Bersatu dijemput menyertai MN. Kita bincang mendalam jemputan ini dan akhirnya kita bersetuju menerima jemputan tersebut. Bukan kita minta masuk. Kita dijemput masuk.

“Bila kita dah balas surat dan nyatakan persetujuan, tidak ada respon rasmi mengenai status selanjutnya. Saya sendiri tertanya-tanya apa status jemputan itu sekarang,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Pada 21 Ogos tahun lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keputusan menjemput Bersatu itu dicapai berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dari kedua-dua parti utama MN, Umno dan PAS.

Menurut Wan Saiful, selepas diundang menyertai MN, Bersatu telah menyatakan persetujuan tetapi perkara berkenaan tergantung setakat itu.

“Kita tak tolak dan tak pernah tolak agenda penyatuan. Janganlah tuduh kita tolak pula. Sekarang kita tumpukan tenaga dan masa kita untuk perkukuh Perikatan Nasional.

“MN itu satu cerita lah. Tapi kita sekarang tumpu PN dan perkasakan PN,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Zahid membuat kenyataan tersirat, dipercayai merujuk kepada PAS supaya tidak mengulangi kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Semangat 46 dengan memilih sekutu yang salah dalam pilihan raya kelak.

“Kerana gabungan politik (APU) dibentuk tidak jujur dan genuine (ikhlas),” kata Zahid pada 1 April.

Hal ini selepas Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

PAS bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama PN menjelang PRU.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan Zahid bahawa jemputan Bersatu menyertai Muafakat Nasional sudah dipersetujui partinya dan Umno.

“Kita dah bersetuju, sudah tandatangani. Saya sign, Zahid Hamidi sign jemput (Bersatu pimpinan) Muhyiddin (Yassin) ke dalam Muafakat Nasional.

 

“Itu yang perlu dilaksanakan. Kita dah tandatangani. Saya boleh tunjuk surat itu,” jelasnya.

Abdul Hadi juga berkata partinya telah bekerjasama dengan banyak gabungan politik.

“Siapa kerjasama dengan kita, terus. Yang tidak kerjasama dengan kita sama ada dah mati atau pun dah berkecai atau pun dah terkulai. Tak perlu saya sebut namalah.

“Baca sejarahlah. Tahun 1950an PAS kerjasama dengan Parti Negara, Parti Negara di mana sekarang? PAS ada lagi.

“Kerjasama dengan Barisan Sosialis (1960an). PAS ada lagi, Barisan Sosialis di mana sekarang?

“Kerjasama dengan Barisan Nasional (1970an). PAS ada lagi, BN di mana sekarang. Kerjasama dengan Semangat 46, PAS ada lagi,” kata Hadi. 


Bongkar! Tajuddin kumpul tandatangan jatuhkan Zahid Hamidi

 Bongkar! Tajuddin kumpul tandatangan jatuhkan Zahid Hamidi


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa melakukan gerakan menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Memetik laporan Malaysiakini, dakwaan itu dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan tindakan Tajuddin itu dibuat sejak tahun lalu.

Tajuddin dilapor menggerakkan usaha mengumpul tandatangan lebih 80 ketua UMNO bahagian bagi menolak kepimpinan Ahmad Zahid.

“Tajuddin ni, dia pernah buat gerakan ambil tandatangan ketua bahagian untuk jatuhkan presiden (Ahmad Zahid).
“Dia kumpul tandatangan bermula tahun lepas sebelum dilantik jadi pengarah pilihan raya (UMNO). Lebih 80 bahagian tandatangan dia kumpul untuk jatuhkan presiden,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Tajuddin dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya UMNO pada 4 November tahun lalu.

Turut membuat dakwaan sama adalah seorang Ahli MT UMNO yang tidak didedahkan namanya oleh Malaysiakini.

“Dia (Tajuddin) panggil ketua-ketua bahagian, kumpul di rumah dia untuk tandatangan SD (akuan berkanun untuk menolak Zahid),” katanya sebagai memetik laporan tersebut.

MT UMNO itu mendakwa pertemuan Tajuddin bersama ketua-ketua bahagian UMNO itu dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, lantaran rasa tidak puas hati beliau tidak diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia sekali gus memberi tanggapan bahawa Ahmad Zahid merupakan seorang presiden yang lemah.

UMNO kini dilapor berdepan krisis dalaman susulan terdapat pertikaian berhubung kerjasama politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) seiring menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



KAH..KAH..KAH Pelik! Polis pula kena tunggu Neelofa untuk siasat

 Pelik! Polis pula kena tunggu Neelofa untuk siasat


Kertas siasatan membabitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, hampir siap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis perlu mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berikutan itu, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya Rozana Mumtaz sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Selasa lalu..