PERMINTAAN UNTUK DRON TENTERA BUATAN TURKI MENINGKAT MENDADAK SETELAH KEMENANGAN AZERBAIJAN DI NAGORNO-KARABAKH.

 


JAMZURI ARDANI


Sekitar 10 bulan yang lepas kita dikejutkan dengan kejayaan Azerbaijan mengambil semula wilayah Nagorno-Karabakh yang dikuasai oleh pejuang Armenia.

Setelah begitu lama, tentera Azerbaijan sering dikalahkan oleh Armenia tetapi kali ini ternyata kekuatan tentera Armenia di Nagorno-Karabakh yang menggunkan teknologi Rusia dengan mudah dikalahkan oleh Azerbaijan. Bagaimana ianya terjadi?

Jawapannya ialah teknologi dron milik Turki.

Azerbaijan tidak mendedahkan berapa banyak dron milik tentera negara itu yang dibeli dari Turki, tetapi mengakui bahawa kemenangan mereka ke atas Armenia bergantung banyak dengan bantuan dron tersebut.

Presiden Azerbaijan menyebut bahawa hanya dengan menggunakan dron yang dibeli dari Turki sahaja, pasukan tentera Azerbaijan berjaya memusnahkan peralatan ketenteraan Armenia bernilai USD1 billion.

Turki mula membangunkan sendiri teknologi ketenteraan berasaskan dron sejak beberapa tahun lepas dan ianya banyak membantu negara tersebut dalam beberapa operasi ketenteraan di dalam dan luar negara. Bagaimanapun, kejayaan Azerbaijan menguasai semula wilayah Nagorno-Karabakh adalah testimoni terbaik berkenaan teknologi kenteraan dron Turki.

Dron buatan Turki bukan sahaja berkesan, tetapi jauh lebih murah berbanding pesaingnya yang setara. Harga dron Bayraktar TB2 hanya sekitar USD 1 juta sebuah berbanding dron serupa buatan AS yang berharga USD20 juta sebuah.

Dron ini boleh membuat kerja-kerja risikan, melaksanakan operasi taktikal, dan operasi memusnahkan sasaran musuh. Ia boleh membawa peluru berpandu yang memusnahkan sasaran dengan ketepatan yang tinggi.

Selepas kemenangan Azerbaijan, Turki mula menerima tempahan dan permintaan yang meningkat terhadap dron ketenteraan buatannya. Antara pelanggan barunya ialah Ukraine, Poland, dan Albania.

 

APA PUNYA KERAJAAN.NAK BAGI PERCUMA PUN TAK MAHU.ATAU NAK BAGI KRONI KAYA KOT


 HAMZAH RIE NA


Punyalah tak ada achievement kerajaan sekarang ini sehinggakan Khairy turunkan harga home test kit ke RM19 pun disambut secara besaran. Harga itu untuk B40 yang ada ramai anak masih terlalu mahal.

Sedangkan Singapore telah mula berikannya SECARA PERCUMA kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan terhadap pada rakyatnya.

Bukannya mcm #KerajaanGagal skrg ni menekan rakyat mengaut untung dikenakan harga ketika rakyat sedang susah.

Jangankan nak bagi percuma 'test kid' tu, janji nak bagi 1 juta topeng muka pun GAGAL !!.. Sampai skrg pon gagal nak ditunaikan.

SR


May be an image of 2 people and text that says "SINGAPURA Dituduh Kerajaan Cina Komunis MALAYSIA THESTRAITSTIMES Kerajaan Melayu PAS-UMNO NASIONAL ST News Night: Free Covid-19 self-test kits for all households Harga runcit maksimum kit ujian kendiri COVID-19 ditetapkan RM19.90 Noor Atiqah Sulaiman September 8:12am Ûhnews@b my ST SR suara rakyot PUBLISHED AUG2 2021, SGT Kit ujian kendiri COVID-19 diberi percuma Kit ujian kendiri COVID-19 dikenakan harga!!"

TAK KAN LAH SEKEPING GAMBAR PUN TAK ADA...PEMBOHONG

 May be an image of 2 people and text that says "Abdul Rani Kulup Fans @KulupFans Ayah nak tanya .PAS kalau bagi bantuan beras pada penduduk pon kadang tepek gambar.Takkan Takkan jumpa 10 duta timur tengah takda sekeping pon gambar.Raky pon nak tengok juga Translate Tweet BERITA Hadi: Saya sudah bertemu 10 duta Timur Tengah"

ISMAIL SABRI TERBUKTI TIDAK LEBIH BAIK DARIPADA MAHIADDIN, UMNO LEBIH MUDAH KENA ‘TAPAU’

 

Hari ini adalah hari yang ke-17 Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.

Malangnya, sehingga hari ini tiada sebarang perkara baru yang berjaya ditampilkan dalam kerajaan pimpinannya, malah dengan barisan kabinet kitar semula daripada lantikan Perdana Menteri gagal sebelumnya, Mahiaddin Md Yasin, kerajaan yang ada sekarang dirasakan sama saja seperti kerajaan PN dahulu.

Tidak saja hampir 100 peratus anggota kabinet kerajaan PN dikekalkan, malah jumlah dan nama kementerian juga tidak ada yang berbeza.

Yang berbeza, cuma ditukar-tukar kementerian saja.

Paling ketara, mereka yang dilantik memegang jawatan menteri kanan juga adalah orang yang sama seperti dalam kerajaan PN sebelum ini.

Jika ketika Mahiaddin yang juga Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri, mungkinlah boleh difahami mengapa sampai dua pemimpin Bersatu diberikan jawatan menteri kanan, tetapi tidak bolehkah UMNO pula yang mengambil alih dua jawatan menteri kanan setelah parti itu melalui Ismail Sabri berjaya merampas kerusi Perdana Menteri?

Lagi pun apalah sangat istimewanya Radzi Jidin untuk terus dikekalkan jawatan menteri kanan sedangkan bertanding dalam PRU14 lalu pun kalah dengan teruk di Ketereh, selain beliau adalah menteri yang paling banyak dirungutkan ibu bapa dan guru-guru kerana gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan di Kementerian Pendidikan.

Begitu juga dengan Azmin Ali, dengan mengekalkannya sebagai menteri kanan lagi, apakah Ismail Sabri sebagai salah seorang pemimpin kanan UMNO sedang meraikan dengan istimewa mereka yang khianat dan melompat parti?

Lebih parah lagi hakikat kerajaan yang ada sekarang adalah kesinambungan kerajaan PN apabila Mahiaddin sendiri dilantik oleh Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara atau PN.

Kalau ketika Mahiaddin jadi Perdana Menteri, jawatan Pengerusi MPN itu dipegang olehnya, kini setelah jawatan Perdana Menteri beralih kepada Ismail Sabri pun jawatan Pengerusi MPN masih dipegang oleh Mahiaddin.

Kalau pun Ismail Sabri tidak mahu jawatan itu, tidak bolehkah dipilih individu daripada UMNO sendiri yang ada rekod cemerlang dalam menjalankan tugas untuk menggalas tugas sebagai Pengerusi MPN?

Kenapa mesti diberi kepada Mahiaddin yang gagal dan dicemuh dalam menangani Covid19, sehingga Parlimen yang tiada dengan wabak pun sanggup didaruratkannya?

Ternampak di sini kebergantungan kepada Mahiaddin atau sekurang-kurangnya perasaan ingin terus memberi nyawa kepada Bersatu masih kuat ada dalam jiwa Ismail Sabri.

Sebab itu, tidak menghairankan, bukan saja penerimaan rakyat masih negatif terhadap Ismail Sabri, malah dalam UMNO sendiri, rungutan yang kedengaran terhadap kerajaan tidak berkurangan berbanding ketika kepimpinan Mahiaddin sebelum ini.

Berikutan tidak ternampak ada pembaharuan yang ditampil Ismail Sabri, ramai dalam UMNO masih kabur dengan kemampuan parti itu untuk menang dengan lebih selesa dalam PRU15 akan datang, walaupun setelah jawatan Perdana Menteri berada dalam dakapan.

Kebolehan Ismail Sabri yang sekadar mampu meneruskan kegagalan kerajaan PN sebelum ini, mahu tidak mahu, akan mengakibatkan beban kegagalan itu ditanggung oleh UMNO sepenuhnya berbanding ketika jawatan Perdana Menteri dipegang oleh Mahiaddin.

Selain tiada pembaharuan, Ismail Sabri juga bermula dengan buruk sebagai Perdana Menteri serta tidak menampakkan beliau lebih baik daripada Mahiaddin apabila menjemput kawan-kawan Ahli Parlimen daripada UMNO menaiki jet eksekutif milik kerajaan bersamanya dalam lawatan ke Kedah pada hari pertama beliau mula masuk pejabat dan dalam lawatan pertamanya juga sebagai Perdana Menteri.

Jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Perdana Menteri dan semua Perdana Menteri faham kedudukan itu, sebab itu ada Perdana Menteri sebelum ini tidak membenarkan anaknya sendiri naik jet tersebut bersamanya.

Pegawai kepada seorang Perdana Menteri yang lain pula pernah menolak permintaan seorang Ketua UMNO Bahagian yang kebetulan ada urusan di ibukota untuk menumpang jet eksekutif berkenaan ketika Perdana Menteri dalam perjalanan pulang daripada lawatan di sebuah negeri.

Realitinya begitulah cara bekas Perdana Menteri sebelum ini menjaga intergiti dan harta kerajaan, sebaliknya Ismail Sabri seperti menjadikan jet eksekutif itu sebagai barang permainan untuk ditunjuk-tunjuk dan dikongsi dengan kawan-kawan.

Tiada pembaharuan, bermula dengan buruk, mewarisi kegagalan kerajaan PN dan memindahkan beban kegagalan kerajaan yang dulunya ditanggung Bersatu kepada UMNO, dengan fakta tersebut setakat ini, jalan menang memang belum kelihatan lagi buat BN.

Kata seorang pemimpin UMNO – kalau begini gaya Ismail Sabri di hari-hari seterusnya sebagai Perdana Menteri, alamatnya kena “tapaulah” BN dalam PRU15 nanti. – 


ShahbudinHusin 06/09/2021.

Panas! Ini dua sebab Ismail Sabri takut hadapi undi percaya

 


Panas! Ini dua sebab Ismail Sabri takut hadapi undi percaya


Dua kesimpulan dapat dibuat jika Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob enggan mengadakan undi percaya di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa perdana menteri kesembilan, Ismail Sabri Yaakob tidak perlu mengadakan undi percaya di Parlimen bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

“Namun dengan pelantikan kabinet yang mengekalkan sebahagian besar watak-watak yang gagal (termasuk perlantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara) sebelum ini dan keengganan melakukan undi percaya – boleh disimpulkan ada dua kemungkinan.

“Pertama, Ismail Sabri tidak yakin sokongan BN, Perikatan Nasional (PN) dan GPS untuknya di dalam Parlimen.

“Kedua, Ismail Sabri langsung tidak mahu mempertimbangkan sebarang penambahbaikan yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada 4 Sep, Idrus berkata pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong telah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu kepada undi percaya di Dewan Rakyat.

Dia berhujah undi percaya perdana menteri boleh menjejaskan kuasa Seri Paduka.

“Sekiranya pelantikan perdana menteri yang baru masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” kata Idrus pada satu kenyataan, sebelum ini.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata undi percaya bukan perkara luar biasa bahkan perdana menteri ketiga dan kelima pernah melaluinya di Dewan Rakyat.

Menurutnya, perdana menteri ketiga, Hussein Onn dan perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini juga telah mengadakan undi percaya di Parlimen dan ini bukan perkara yang luar biasa.

Katanya, PH telah menyatakan kesediaan memberikan komitmen untuk tidak menyulitkan proses undi percaya bagi pentadbiran Ismail Sabri dengan syarat beliau melaksanakan agenda penambahbaikan dan dasar-dasar yang bersifat pro-rakyat.

“Sekalipun tidak diadakan undi percaya, Ismail Sabri akan berhadapan undi ucapan titah Tuanku dan Belanjawan yang dilihat sebagai menyamai undi percaya juga.

“Ismail sepatutnya mengambil peluang di awal pentadbirannya, membuka lembaran baru untuk bina kepercayaan dan keyakinan di kalangan semua pihak, sebagaimana dibuat di dalam pertemuan dengan PH, bukan dengan meneruskan tindakan Muhyiddin membelakangkan Parlimen,” katanya lagi.

Sumber | MK


[[LIVE]] 5.9.2021 Peguam Negara derhaka titah YDPA! Sebab sebenar Ismail...

SIRI AKHIR KERAJAAN AFGANISTAN

 


NORMAN RADZUAN

Siri akhir ini saya akn bercerita mengenai masa depan Afghanistan dibawah pimpinan Taliban. Amerika dikhabarkan telah membeku aset Afghanistan, jadi mampukah Taliban utk membangunkan atau menguruskan sebuah negara dlm keadaan aset dibekukan? Menurut IMF rizab kasar aset Afganistan yg dibekukan di Bank Pusat berjumlah RM39 billion.

Sebelum kita lanjutkan, ada yg bertanya kenapa Amerika menawan Afghanistan. Adakah hanya kerana hak asasi wanita diperjuangkan?Tentu bukan, tahukah anda Afghanistan kaya dgn sumber alam seperti tembaga, batu bara, merkuri, emas dan byk lagi yg dianggar bernilai RM 4 trillion.

Selain daripada itu kedudukan negara ini yg strategi bersempadanan dgn negara seperti China, India, Pakistan, Iran, Tajikistan, Uzbekistan dan Turkmenistan.

Berbalik isu pembekuan aset Afghanistan. Jadi apa masa depan Afghanistan? China, Russia dan Pakistan dikhabarkan telah menghulurkan tangan utk membantu membangunkan ekonomi Afghanistan.

Cuma saya agak steptikal dgn komitmen China. Perlu kita tahu China memang dikenali bijak mengambil peluang apatah lagi melihat kekayaan sumber alam negara ini mampu memberi pulangan yg baik kpd pelaburan mereka. Presiden Russia pula, Putin dikhabarkan serius utk menarik Afghanistan bergabung dlm blok perdagangannya yg dinamakan Eurasian Economic Union.

Apa yg kita harapkan pemimpin Taliban 2.0 perlu berhati hati. Kita bimbang keluar mulut buaya masuk mulut harimau melalui penjajahan ekonomi. Langkah segera China dan Russia utk mengambil hati Taliban dgn mengekalkan pejabat kedutaan mereka. Malah kerajaan China mengarahkan rakyat mereka di Afghanistan berpakaian secara Islamik.

Bijak..bangsa Cina bab berniaga sukar ditandingi. Teringat saya seorang rakan di KL berbangsa Cina yg mempunyai rangkaian perniagaan di Indonesia. Dia bercerita mengenai peristiwa ala 13 Mei yg berlaku di Indonesia.

Ketika rusuhan Mei 1998 di Jakarta kedainya antara terselamat dari dipecah atau dibakar. Dia memberitahu rahsianya ketika itu di pintu kedainya dia meletakkan ayat2 suci Al Quran...lucu dan bijak strategi perniagaannya.

Bagaimana dgn pendekatan dasar luar negara terhadap Taliban 2.0? Jika kerajaan Afghanistan dpt dibentuk semula, sebaiknya kita menjalinkan hubungan diplomatik dgn negara tersebut kerana byk peluang pelaburan yg boleh diambil dan diterokai di sana.

Negara kita tersepit dgn persepsi yg dilakukan media barat selain hubungan diplomatik negara kita dgn negara barat. Sebab itu kita dilihat mengambil jalan berkecuali terhadap isu Afghanistan.

Ini kerana imej Taliban sudah teruk dimanipulasi atas kesilapan Taliban 1.0 dan juga propaganda barat. Hingga org Melayu jika marah harga mahal menyebut 'harga mcm Yahudi' dan jika marahkan AJK Masjid mereka akn menyebut 'perangai macam TalibanDescription: 😂'

Sebenarnya imej Islam bukan sahaja teruk kerana agenda propaganda barat tetapi ditambah sikap umat Islam sendiri. Kita ambil contoh umat Melayu di negara kita. Ada yg kononnya berjuang utk agama tetapi kerjanya mengkafirkan sesama Islam. Malah berperanan melahirkan perasan benci kpd kaum lain.

Sebab itu puak ini juga dipanggil ‘perangai mcm Taliban 1.0’. Ekstrimis dan membawa Islam cara sempit. Mereka hanya obses memandang agama sebagai hukum hakam yg ketat berbanding sebagai panduan kehidupan.

Kita jgn sibuk bicara soal polisi Islam apabila kita masih bertelagah siapa yg boleh dijemput ke majlis Iftar. Ada sebab masjid dinamakan rumah Allah dan bukannya rumah manusia. Ini kerana pintunya terbuka utk sesiapa termasuklah pendosa seperti kita. Ia sesuai dgn ajaran agama ini iaitu Islam rahmat utk semua.

Umat Melayu di negara kita membawa Islam cara pemikiran yg sempit. Malay first, Muslim second. Jgn kita hanya berpihak kpd sebangsa dan seagama sahaja tetapi membisu apabila hak golongan lain kita tidak memperdulikan mereka. Islam mesti adil kpd semua kaum. Sebab itu kaum lain di negara kita tidak berminat dgn Islam.

Undang2 Islam sepatutnya tidak dilihat dari segi undang2 sahaja sebaliknya fokus kpd nasihat dan petunjuk kpd manusia. Dlm erti kata lain syariah itu bukanlah bersifat kuasa tetapi pembimbing manusia. Contoh solat lima waktu satu kewajipan tetapi bukan tugas kita menghukum kpd mereka yg enggan berbuat demikian.

Di barat Ulama dan org Islam di sana membawa Islam dgn akhlak dan keterbukaan. Disebabkan itu di barat walaupun propaganda utk melahirkan persepsi negatif terhadap Islam kuat dimainkan oleh media massa tetapi sejak 30 tahun lalu kemasukkan umat Islam di Eropah dan Amerika meningkat 300%.

Ia jauh berbeza dgn negara kita yg kononnya sebuah negara Islam. Ini kerana seperti saya sebutkan di atas, umat Islam di negara kita telah membuatkan kaum2 lain merasakan Islam ini tidak adil, perkauman dan ekstrim. Kita jgn ulangi ideologi ekstrimis Taliban 1.0.

Jerman adalah negara yg paling ramai penduduknya memeluk agama Islam di Eropah. Ada mengatakan lebih 5 juta umat Islam di negara tersebut. Ia diikuti France dan Britain. Di Britain juga begitu byk gereja telah bertukar menjadi masjid.

Kita kena rajin membaca, duduk dgn cerdik pandai walaupun kita tidak pandai, berfikir dan travel. Bak kata org Melayu jgn duduk di bawah tempurung. Barat kata Taliban militan kita pun percaya bulat2. Pemimpin kata Cina Dap akn kristiankan Malaysia kita percaya bulat2.

Org Melayu ini sejarah negara sendiri pun dia keliru dan byk tak tahu sb dia malas berfikir dan ambil tahu. Kalau tak percaya cuba secara spontan tanya mereka nama negeri2 Melayu tidak Bersekutu, negeri2 Melayu Bersekutu dan negeri2 Selat...confirm mereka samada tak tahu atau tidak pasti.

Jadi jgn hairan jika mereka keliru bagaimana utk membawa agama Islam, mereka keliru isu politik luar negara dan mereka keliru apabila diperbodohkan pemimpin Melayu yg kononnya berjuang utk bangsa dan agama.

Saya sgt mengingati hadis ini. Sabda Baginda di akhir zaman, “Akn tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu org berbohong dianggap jujur. Org jujur dianggap bohong. Org amanah dianggap pengkhianat.” Jelas ia berlaku di depan mata kita skg. Cuma org Melayu tak mahu berfikir utk melihat pembohongan pemimpin2 Melayu ini.

Akhir kata penulisan 3 siri mengenai Taliban 2.0 ini adalah pandangan peribadi saya. Anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju dgnnya. Wasallam dan terima kasih sudi membaca.

 

MCA UCAP TAHNIAH KEPADA PIMPINAN PKC

AHMAD SHAHRIL SHAHRIL

Cehh....aku ingat DAP yg ucap tahniah tu,silap ni mesti walaun2 tak caya punya la yelah kan MCA kan kawan kita.

 May be an image of 2 people and text that says "Samudera.my Ulang Tahun Parti Komunis China Ke-100: MCA Ucap Tahniah CA ucap ahniah 100 tah nenubuhanPartiKomunia Parti Komunis© M Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini KUALA LUMPUR, 3 Julai 2021- Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng baru-baru ini mengucapkan tahniah kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti itu, lapor ismaweb."

HAI...BANYAK LENA NAMPAK ?

 

Lebai ni baru bangun tido ke? Selama 18 bulan dulu, kerajaan kambing dengan keldai ke? Bukankah waktu itu, gandingan abah cow dan Ismail sabri? Kerajaan itu gagal. Tiba2 lebai ni beritahu, skrg ini gandingan Ismail dgn abah cow pula boleh pulihkan negara?

2 X 5 tidak sama jawapan dengan 5 X 2 ?

Camne lebai mcm ni boleh kekal lagi jadi duta khas? Habis dah ke yg cerdik2 sikit dlm parti lebai?


W. FAUDZIN

 May be an image of 1 person and text that says "MH DAILY Gandingan Ismail dan Muhyiddin mampu pulihkan negara- Hadi September 5, 2021 5:20 pm"

APA YANG DIDEDAHKAN DR MAZLEE MALEK TELAH DIDEDAHKAN OLEH DSAI 23 TAHUN DULU

 


KAK IDA ABDULLAH


Apa yg didedahkan Dr Mazlee Malik telah didedahkan oleh DS Anwar Ibrahim 23 tahun lalu. Pendedahan yang telah menyebabkan beliau dipecat dan dikenali sebagai peliwat. Jika Dr Mazlee enggan resign cerita liwat akan berdendang lagi. Tun Musa juga pernah berkata, jika beliau enggan resign dari jawatan TPM pelbagai tuduhan telah disediakan untuknya, tidak mustahil dia dikenali peliwat juga.

Betapa mudahnya minda rakyat Malaysia diliwat berkali2 puluhan tahun oleh seorang manusia yang kononnya
hebat
. Ya
hebat
,
hebat
merembat! Seorang manusia yang
hebat
lagi jahat menyebabkan sistem negara rosak dan memastikan hanya para keparat terus berkuasa.
Rakyat Malaysia jika mengharapkan sebuah perubahan dari kerajaan sampai matilah tidak mungkin merasakan. Minda rakyat yang diliwat dengan pelbagai fitnah perlu dibersihkan dengan mengisi dengan kebenaran. Bukan tiada pemimpin jujur yang ingin memulihkan negara TETAPI mereka dihalang oleh para keparat yang
hebat
membeli kuasa! Siapa dapat menghentikan rasuah kuasa ini, jika bukan saya dan anda?
Pemimpin-pemimpin yang mahu lakukan perubahan dan memulihkan negara akan terus dihalang oleh perasuah yang memiliki kuasa. Apabila negara pulih yang untung rakyat dan merempatlah segala keparat. Namun semua ini hanyalah suatu mimpi tidak mungkin menjadi realiti apabila rakyat membenar minda mereka diliwat dengan pembohongan para keparat kerana senantiasa merasa mereka
hebat
! Sedangkan kekayaan mereka adalah kerana derita anda! Bila mahu sedar? Atau anda juga pilih jalan pintas mengutamakan ketamakkan dari kejujuran?
Ahli politik jujur beramanah akan terus terpinggir tanpa diberi peluang untuk mentadbir kerana perasuah dapat dan dibenar membeli maruah rakyat! Pilihan ditangan anda. Pilih semula perasuah setiap kali pilihanraya ATAU bingkas bangun dan ubah menyelamatkan negara anda. Sebelum negara ini rakyatnya diurus dengan senjata dan dipaksa, anda dan saya masih bebas menentukan kerajaan apa yang mentadbir negara. Pilih kerajaan bangsa ATAU pilih kerajaan bersih untuk semua? Anda tentukan benar atau salah, pahala atau dosa. Pilihan ditangan anda menentukan kerajaan baik atau jahat kerana hasilnya adalah dari pilihan anda. Ia setiap 5 tahun bukan 5 hari, OLEH ITU JANGAN SESEKALI PERSIA-SIAKANNYA!
Dosa Mahathir selama puluhan tahun terhadap negara adalah kerana rakyat membenarkan dia menjadi
hebat
walau berbohong. Berhentilah demi nasib generasi masa depan, kelak mereka pasti menyumpah pilihan salah kita yang menyusahkan hidup mereka. Mereka sudah mula merasainya.
3

PEGUAM NEGARA TUNJUK JALAN YANG SALAH KEPADA PERDANA MENTERI?

 

Bagi yang peka dan bukan pekak, mereka tentu sedar bahawa asal usul tentang perlunya undi percaya dibentangkan di Parlimen untuk mengabsahkan Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Mahiaddin Md Yasin adalah datang daripada Yang Dipertuan Agong sendiri.

Agong bertitah berkenaan perkara tersebut pada 18 Ogos lalu, dua hari setelah Mahiaddin mengutus surat perletakan jawatannya dan ketika baginda dalam proses melantik Perdana Menteri yang baru.

Dalam titah yang disampaikan melalui kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, baginda bertitah, Perdana Menteri yang dilantik menerusi surat akuan atau SD daripada Ahli-Ahli Parlimen hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Menurut baginda, langkah tersebut bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

“Surat akuan 220 Ahli Parlimen hanya bertujuan membantu Agong membuat keputusan melantik seorang Ahli Parlimen yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” kata kenyataan Istana Negara itu seterusnya.

Berdasarkan titah tersebut yang mudah difahami, tidak harus ada mana-mana berlagak lebih daripada Raja dengan berhujah kononnya tidak perlu lagi undi percaya dibentangkan di Parlimen setelah Perdana Menteri dilantik oleh Agong.

Hakikatnya, Agong sendiri yang mahukan perlantikan Perdana Menteri oleh baginda itu diabsahkan di Parlimen agar tidak timbul pertikaian yang berterusan mengenai kesahihannya.

Dengan yang demikian, kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun yang menyebut tiada keperluan lagi usul undi percaya dibentangkan di Parlimen setelah perlantikan Perdana Menteri dibuat oleh Agong adalah tidak relevan sama sekali.

Kenyataan beliau bukan saja menunjukkan sikap derhakanya sekali lagi terhadap Agong setelah dalam era Mahiaddin sebelum ini beliau mempertikai kuasa baginda dalam memanggil sidang Parlimen, malah menunjukkan keghairahannya mahu mengampu Ismail Sabri.

Mungkin cubaan mengampu itu agar dirinya terus dikekalkan lagi sebagai Peguam Negara, tetapi ia dalam masa yang sama adalah tindakan merbahaya kepada masa depan Ismail Sabri sendiri.

Jika Ismail Sabri terperangkap dan setuju dengan pendapatnya itu, ia pasti akan mendedahkan beliau kepada penderhakaan yang sama kepada Agong, selain sengaja mengundang kecaman ramai.

Sebagai anak kelahiran Pahang, tentulah buruk benar rupanya jika Ismail Sabri turut derhaka kepada Agong yang juga merupakan Sultan Negeri Pahang.

Lantaran itu, Ismail Sabri tidak perlu sama sekali melayan pandangan Idrus itu kerana beliau lebih perlu menunjukkan kesetiaan kepada Raja berbanding sesiapa yang lain.

Untuk kebaikan masa depannya juga, adalah lebih baik Ismail Sabri mencari calon Peguam Negara yang baru berikutan Idrus telah cuba menunjukkan jalan yang salah kepadanya dari segi kesetiaan kepada Raja dan keperluan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri diabsahkan di Parlimen sebagai sebahagian daripada proses demokrasi yang jelas Agong sendiri lebih memahaminya.

Tidak dapat tidak, oleh kerana keperluan usul percaya itu adalah titah Agong, Ismail Sabri mesti melaksanakannya dan tidak sesekali cuba lari daripadanya.

Ismail Sabri harus belajar daripada apa yang dilalui Mahiaddin di mana tindakan cuba lari daripada menguji keabsahannya di Parlimen itulah yang akhirnya menjatuhkannya.

Hadapilah dengan keberanian ujian keabsahan melalui usul percaya di Parlimen agar kemudiannya tiada apa-apa lagi yang dapat menggugat kedudukannya – 


ShahbudinHusin 05/09/2021.



Panas! AIA dan Great Eastern pendokong tegar syarikat arak dan judi

 Panas! AIA dan Great Eastern pendokong tegar syarikat arak dan judi


Melihat kepada 6 syarikat tidak patuh Shariah di Bursa Malaysia dan pemilikan saham terbesarnya, terdapat dua syarikat insuran yang nampaknya menjadi pelabur tegar mereka iaitu AIA dan Great Eastern Life Assurance.  LIHAT perincian jumlah pegangan saham syarikat terbabit dan nama syarikat arak, judi dan rokok di gambar di bawah.

Justeru, bagi mana-mana ejen Insuran beragama Islam, diharap dapat memahami tahap serius yang berlapis-lapis ini. Insuran konvensional itu sendiri diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga tidak boleh diiktiraf pampasan yang diterima darinya, demikian fatwanya. Namun tahap pengharaman menjadi lebih kuat lagi apabila ia menyokong kuat aktiviti judi, arak dan rokok di dalam negara.

Perlu difahami, ini TIDAK meliputi syarikat TAKAFUL di bawah syarikat induk terbabit kerana ia adalah dua entiti berbeza dan diurus secara berasingan dan ‘risk fund’ Takaful juga dipantau oleh penasihat Shariah bagi Takaful terbabit. Takaful dan insuran dua produk yang berbeza.

Namun kerana itu, ejen Takaful adalah DILARANG menjual kedua-dua produk Insuran dan Takaful tersebut secara sekaligus, mesti hanya Takaful sahaja.

Majlis fatwa juga dengan jelas mengharamkan mana-mana orang Islam mempromosikan insuran konvensional.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Politik Perkauman VS Politik Pengkelasan

MENGAPA PILIH DEMOKRASI?


“Sebahagian daripada mereka juga lupa dan gagal menyedari bahawa mereka juga bertanggungjawab menyebarluaskan nilai-nilai tinggi di arena politik dan pemerintahan. Itulah, bagi saya “raison d’etre” penglibatan seseorang dalam politik. “Justeru, langkah pertama bagi melakukan hal tersebut adalah dengan tidak mengkrompomi prinsip-prinsip politik yang tidak wajar dikompromikan,” tegasnya.

WAJIB DENGAR !! BERSATU UMPAMA ULAR BERBISA DALAM KELAMBU



Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengulangi tindakan PM terdahulu Mahiaddin Yassin apabila melantik menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai, di saat ekonomi negara yang tidak menentu akibat Covid-19. Tindakan Ismail Sabri dan UMNO mengkhianati Mahiaddin dan parti Bersatu pastinya akan dibalas oleh mereka. Malah tindakan PM mengekalkan tiga duta khas perdana menteri termasuk Presiden Pas, Hadi Awang juga dipersoalkan kerana tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara pada ketika ini.

PEMIMPIN MENIPU, TIADA KEWIBAWAAN



Kita kena fikirkan bagaimana untuk memajukan Malaysia ke arah lebih baik, membanteras rasuah, pecah amanah, menolak golongan menipu dalam banyak perkara, mengurangkan penindasan kepada fakir miskin serta mengelak orang kaya terus kaya dan miskin terus miskin,” kata Mohd Izhar. Beliau juga menasihati pemimpin, tidak kira Kerajaan mahu pun pembangkang supaya menjauhi sifat mementingkan diri, berbohong, berselindung demi menjaga periuk nasi ataupun parti.

DIA BAB MELAWAN NO 1.Usul Undi Percaya: Menteri agama ‘melawan’ titah Agong

 

Usul Undi Percaya: Menteri agama ‘melawan’ titah Agong




Naib Presiden PAS Idris Ahmad berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melakukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen.

Idris berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik perdana menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sepatutnya tidak perlu ada usul undi percaya, itu pendirian saya,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun memaklumkan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri dan kerajaan yang telah dibentuk mengikut lunas undang-undang.

Idrus dilaporkan berkata langkah mengabsahkan pelantikan perdana menteri adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Idrus, nama bakal Perdana Menteri daripada kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara menerusi surat akuan pada 18 Ogos lepas.

Susulan itu, Seri Paduka telah berkenan menerima menghadap seramai 114 Ahli Dewan Rakyat pada 19 Ogos untuk mengesahkan kepercayaan mereka kepada Ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan iaitu Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera.

Pada 21 Ogos lepas, Perdana Menteri yang baharu telah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan serta sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka menurut kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.

Panas! Kedudukan kerajaan Negeri Sembilan goyah, MB hilang kepercayaan September 6, 2021

 Panas! Kedudukan kerajaan Negeri Sembilan goyah, MB hilang kepercayaan


Kepimpinan tinggi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mereka terdiri daripada empat Ketua Cabang PKR iaitu Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah; tiga Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang (Rembau, Rasah dan Port Dickson); dua Timbalan Ketua Cabang PKR (Seremban dan Rembau); Ketua Wanita PKR Negeri, Amni Idris; Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri, Rusnani Saring; Setiausaha Penerangan PKR Negeri, Madon Mislan; Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar; Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah, Datuk Yek Diew Ching dan Mantan Ketua Jurulatih Jentera Pilihan Raya Negeri (JPRN), Mdd Nordin Ismail.

Menurut Ketua Penerangan PKR Negeri, Yusuf Tapar, rombakan segera perlu dilakukan dalam MPN, bagi memastikan parti itu kekal relevan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan secara bersama pada Ahad, Pengerusi MPN tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) untuk terus kekal memerintah.

Dakwa mereka, pengerusi tidak melakukan sebarang penyusunan dan koordinasi yang berkesan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang perlu diberi tumpuan dan keutamaan.

“Selaku Pengerusi MPN, beliau gagal dalam memimpin dan memperkasakan cabang serta ahli parti, sehingga menyebabkan hilangnya keyakinan ahli serta penggerak parti di akar umbi.

“Pengerusi MPN gagal mengurus dan menyelesaikan masalah cabang dengan memberikan solusi terbaik, sehingga beberapa keputusan tidak mengikut perlembagaan parti.

“Beliau juga tidak membuat perancangan bersifat holisitik terhadap perkembangan parti, tiada tindakan atau program pengukuhan dan pemantapan pengurusan parti di peringkat MPN serta cabang, selain tiada sebarang program dalam menyantuni ahli-ahli parti di peringkat cabang dan ranting,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa membaca memorandum menolak kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Cabang Rasah, Datuk Ismail Ahmad; Timbalan Ketua Cabang Rembau Datuk Dr S Streram; Ketua Wanita PKR Negeri Amni dan Ketua Cabang Jelebu, Yuz Mazmi Ahmad Yusuf.

Dalam kenyataan itu juga, mereka mendakwa Pengerusi MPN tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menjadikan parti ini dominan dalam kerajaan negeri.

“Kekecewaan ahli dan hilang kepercayaan ini telah menyebabkan cabang (Parlimen/DUN) gagal membentuk jentera pilihan raya untuk melaksanakan gerak kerja kerana mereka tidak berminat membantu parti.

“Maka, kami percaya jika keadaan ini berterusan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan akan berisiko besar dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Bagaimana pun, penerangan PKR Negeri Sembilan tetap komited dan teguh berdiri menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Tambahnya, memorandum menolak kepimpinan Pengerusi MPN Negeri Sembilan ini telah ditandatangani oleh Ketua-Ketua Cabang terlibat dan sayap parti serta AJK tertinggi MPN untuk diserahkan kepada presiden parti dalam masa terdekat.