BERIKUTAN PERSETUJUAN PERBINCANGAN KONSESUS AKAN DATANG, TARIKH PENYERAHAN JAWATAN PERLU DITETAPKAN.



Semalam, Tun Mahathir menyatakan kesediaannya agar isu peralihan kuasa dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
Ini adalah kali pertama beliau sedia berbuat demikian sejak memegang jawatan Perdana Menteri kira-kira 17 bulan yang lalu.
Sebelum ini, di sebalik pendiriannya sering berubah-ubah berhubung tempoh beliau memegang jawatan Perdana Menteri – mula-mula dua tahun, kemudian dua setengah tahun, seterusnya tiga tahun dan pernah juga mengatakan sehingga ekonomi pulih – beliau tidak pernah sekali pun menyatakan kesediaan agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden.
Sesungguhnya, pendirian terbaru Tun Mahathir ini agak menarik untuk diperhatikan sama ada ia benar-benar menunjukkan keikhlasannya untuk menyerahkan jawatan Perdana Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim atau ini merupakan satu lagi helah politiknya untuk berkuasa dengan lebih lama.
Lebih menarik, sehari selepas menyatakan kesediaan agar isu peralihan itu dibincangkan, beliau juga bercakap tentang kuasa sebenar Majlis Presiden PH itu.
Kata Tun Mahathir, sokongan pembangkang terhadapnya agar terus memegang kuasa sehingga habis penggal hanyalah pandangan mereka, sedangkan yang berkuasa menentukan kedudukannya ialah Majlis Presiden.
“Itu cuma pendapat mereka, yang akan menentukan kedudukan saya sebagai Perdana Menteri ialah Majlis Presiden PH. Kita (Majlis Presiden PH) yang akan putuskan.
“Kalau dulu Majlis Presiden yang cadang saya jadi Perdana Menteri sebelum PRU14, dia ada hak nak suruh saya duduk lama atau bila sampai masanya,” kata Tun Mahathir lagi.
Dengan kesediaan dan adanya sikap terbuka Tun Mahathir itu, adalah penting untuk Majlis Presiden PH mengambil peluang ini untuk membuat suatu keputusan yang muktamad berhubung tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.
Tidak kira bila tarikh peralihan kuasa itu hendak dilakukan, tarikhnya mesti ada dan tidak boleh lagi tergantung begitu saja.
Dalam hal ini, hendaklah disedari bahawa bergolaknya PH selama ini adalah kerana ketidaktentuan berhubung tempoh dan bila peralihan kuasa itu sepatutnya dilakukan.
Menginjak hampir dua tahun menerajui kerajaan, soal peralihan kuasa ini mesti sudah ada ketetapan tarikhnya kerana tidak mahu lagi beberapa pihak, terutamanya UMNO dan Pas, dengan mudah terus menjadi penghasut dan batu api untuk memecah-belahkan PH.
PH mesti ada pendirian dan kesatuan hati yang jelas dalam hal ini kerana Tun Mahathir sudah berada dalam usia bonus sekarang.
Menetapkan tarikh peralihan kuasa bukan bererti menolak Tun Mahathir begitu saja, tetapi itulah satu-satunya pilihan untuk masa depan PH sendiri.
Apabila sudah ada tarikh peralihan kuasa, soal kekaburan dan ketidaktentuan tidak berbangkit lagi.
Tun Mahathir, jika ada tempoh masa tiga atau empat bulan lagi sebagai Perdana Menteri sebelum diambil alih oleh Anwar, beliau boleh menumpukan masanya yang berbaki itu untuk menyelesaikan beberapa urusannya yang masih tidak selesai.
Anwar pula, apabila sudah ada tarikh untuk mengambil alih kuasa, bolehlah mula bersiap sedia dan merangka dasar-dasar yang patut untuk mengukuhkan lagi PH dan juga negara.
Yang penting, PH akan kelihatan lebih berpadu dan ada hala tuju yang jelas untuk masa depannya, sementara pembangkang tiada ruang lagi untuk mengambil apa-apa kesempatan dengan tujuan mengeruhkan lagi keadaan.
Kesimpulannya, mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang, mahu tidak mahu, mesti membincangkan soal peralihan kuasa dan menetapkan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Jika tidak, PH akan terus bergolak dan berada dalam ketidak-tentuan untuk tempoh yang lebih masa dan mungkin menutup sama sekali peluangnya untuk mengekalkan kuasa dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 28/10/2019)


LANGKAH HISHAMMUDDIN GONCANG UMNO?

CALON PH TANJUNG PIAI



Tawaran Terbaik Utk Pengundi2 PRK Tanjong Piai..
Seorg Calun Yg Memiliki Pakej Yang Serba Lengkap..
Anak Tempatan..
Melayu Islam..
Profesional..
Arkitek..
Pengarah Pusat Tahfiz,Quran dan Bahasa Arab..
Pengerusi Surau..
IMAM Masjid Al Muttaqin.

SATU NEGARA SUSAH, ZAHID HANYA MINTA MAAF KEPADA PAS?



Di Terengganu dlm himpunan perpaduan ummah, Zahid Hamidi akhirnya mengaku lebih 60 tahun partinya byk buat salah kpd rakyat dan kemuncaknya parti kuno tersebut hilang kuasa pada PRU14 yg lalu.  Maka, dgn rasa sebak Zahid minta maaf kpd Pas.  

Hahaha...dia ingat parti dia dulu perintah negara ini hanya org2 Pas sahaja jadi mangsa atau rakyat malaysia itu orang2 Pas?  Minta maaf kpd Pas sahaja?  

Kamu rosakkan negara ini dgn segala bentuk penyelewengan dan skandal serta buat hutang berbilion ringgit, semua rakyat susah, sepatutnya jika ikhlas kamu kena mohon maaf dengan seluruh rakyat, bukannya kpd pak-pak lebai yg sekali satu pinggan pelahab makan tu.  Itu tandanya kamu tidak ikhlas, hanya utk ambil hati orang2 Pas agar lupakan kesalahan besar kamu.  Pmimpin Pas tentunya dengan mudah maafkan kamu sbb mereka pun dapat faedah dari apa yg kamu lakukan dulu.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk melupakannya.

WFAUZDIN NS

UNTUK UMAT ISLAM SEJAHTERA, PAS ATAU DAP PATUT DIHARAMKAN?



Pas baru-baru ini menggesa kerajaan agar mengharamkan DAP kerana menganggap parti itu merbahaya kepada negara.
Beberapa persoalan segera bermain-main di kepala sebaik saja gesaan itu terpapar di dada-dada media.
Pertama, Pas adalah parti pembangkang dan DAP merupakan parti yang membentuk serta menguasai kerajaan PH sekarang ini.
Tidakkah pelik bila parti pembangkang menggesa kerajaan mengharamkan sebuah parti yang sedang berada dalam kerajaan?
Siapa mahu dengar gesaan dan hujah Pas mengenai logik DAP patut diharamkan itu?
Sedarkah Pas akan hakikat tersebut atau mentang-mentang sekarang parti itu menyokong setengah mati agar Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri hingga tamat penggal, maka parti itu merasakan cakapnya mesti didengari oleh Perdana Menteri?
Antara DAP bersama lain-lain parti dalam PH yang telah meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding Pas yang hanya sekarang membodek Tun Mahathir, sedangkan sebelum ini mengata Pengerusi PH itu macam-macam seperti sudah tua, patut berada di atas sejadah, nyanyuk dan sekadar layak jadi doktor di klinik 1Malaysia, agaknya cakap siapakah yang lebih Tun Mahathir dengari?
Kedua, bagaimana rupa wajah sebenar Pas bila ditakdirkan mereka ada kuasa nanti?
Adakah dengan gesaan mengharamkan DAP itu, bukan saja DAP, tetapi semua parti yang tidak sebulu drngannya, akan diharamkannya begitu saja bila ia ada ditaddirkan ada kuasa?
Kalau semasa jadi pembangkang pun ghairah nak mengharamkan parti lain, bayangkan bila ada kuasa dalam tangan?
Jangan-jangan semua parti akan diharamkan begitu saja, hanya parti mereka saja yang boleh terus wujud dan menjadi “raja”?
Ketiga, antara DAP dan Pas, mana yang lebih bahaya?
Siapakah yang lebih mengancam dan membawa bahaya kepada umat Islam dengan pendirian yang berbeza mengenai banyak perkara, tetapi menggunakan nama agama untuk mewajarkannya?
Parti manakah yang lebih banyak membawa kekeliruan, menanam kebencian dan permusuhan seperti melabel kafir kepada sesama muslim hanya kerana perbezaan politik?
Tidakkah Pas lupa semasa berkawan dengan DAP dulu, pujian melangit pernah diberikan kepada parti tersebut dan digambarkan bekerjasama dengannya adalah sesuatu yang dibenarkan oleh agama?
Ketika itu, UMNO dimusuhi, dianggap assabiyah dan kafir, tetapi setelah berpeluk cium dengan UMNO, parti itu tiba-tiba jadi wangi dan suci, manakala semua salah dalam negara adalah DAP belaka.
Berdasarkan banyak contoh dan kejadian di depan mata, siapakah yang lebih bahaya sebenarnya?
Untuk memberi keamanan dan mengelakkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam yang merupakan penduduk majoriti negara, DAP atau Pas yang sepatutnya tiada di Malaysia ini? (ShahbudinHusin 28/10/201


HJ HADI MAKIN TAK TENTU ARAH, WAJAR BERSARA

KADIR JASIN MAHU RAKAN NAJIB BELI SEMULA SAHAM DARI FELDA

Menjawab fitnah PAS terhadap DAP


Kenyataan media Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menfitnah DAP dan menyatakan DAP patut diharamkan.
Saya sudah pernah menjelaskan isu “kingdom of God” sebelum ini, iaitu ucapan saya dibuat di dalam Gereja untuk orang Kristian menjadi warganegara yang baik, tanpa menyentuh agama lain. Ini merupakan hak kebebasan agama Rakyat Malaysia. Adakah PAS ingin menghapuskan kebebasan agama orang bukan Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Berkaitan isu Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE) Sri Lanka, pertama, tiada pemimpin mahupun ahli DAP yang disabit bersalah terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan termasuk melalui LTTE.
Keduanya, berdasarkan prinsip yang sama dengan tuduhan tidak berasas terhadap DAP dalam isu LTTE, adakah Tuan Ibrahim Tuan Man juga akan melabelkan Najib Razak sebagai penyokong LTTE dan turut mengharamkan parti UMNO serta MIC? Pada tahun 2012, Najib Razak melalui MIC pernah menghulurkan sumbangan berjuta-juta ringgit kepada warga Tamil di Sri Lanka yang menjadi mangsa perang saudara di sana.
Berkaitan isu komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” didakwa sebagai mempromosikan komunisme, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man melihat kepada rakan kongsinya UMNO yang kerap kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan Parti Komunis China (CPC) malah wakil UMNO pernah berucap sempena Kongres CPC pada tahun 2017. Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor mewakili parti tersebut berkata:
“Malaysia strongly agrees with the new governance concepts, thoughts and strategies of the CPC Central Committee with General Secretary Xi Jinping at the core, and believes that Xi will certainly lead China to greater achievements and more contributions to world development.” (Sumner: http://www.xinhuanet.com/english/2017-10/24/c_136702868.htm)
(Terjemahan: Malaysia sangat bersetuju dengan konsep urus tadbir baru, pemikiran dan strategi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dengan Setiausaha Agung Xi Jinping di pusatnya, dan percaya bahawa Xi akan memimpin China ke arah pencapaian yang lebih hebat dan sumbangan yang lebih banyak kepada pembangunan dunia)
Adakah ini bermakna kerajaan Malaysia pada tahun 2017 dan UMNO secara khususnya, bersetuju dan telah mempromosikan komunisme?
Berbalik kepada prinsip yang diguna oleh Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menfitnah DAP; ada ahli-ahli malah pemimpin PAS yang pernah ditahan kerana penglibatan dalam kumpulan keganasan seperti Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), Al-Mau’nah, dan Al-Qaeda. Adakah DAP menggunakan kaedah seperti Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyeru kepada pengharaman PAS? Sudah tentu DAP berfikiran lebih rasional dan tidak akan menggunapakai politik hasutan dan kebencian seperti itu.
Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sendiri pernah menyatakan bahawa DAP satu-satunya parti politik yang mempertahankan PAS ketika kerajaan Barisan Nasional ingin merampas kuasa PAS dalam kerajaan Negeri Kelantan melalui pengisytiharan darurat pada tahun 1977. Pada masa itu, DAP bukan parti yang bekerjasama dengan PAS, namun atas prinsip demokrasi, DAP menyatakan tentangan keras terhadap tindakan tidak demokratik UMNO-Barisan Nasional.
Bukan setakat itu, DAP baru-baru ini pernah mempertahankan UMNO supaya tidak dikenakan tindakan pengharaman walaupun pemimpin-pemimpin UMNO terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.
Di satu pihak Tuan Ibrahim Tuan Man dan PAS sanggup bersengkokol dengan perasuah dan kleptokrat, di satu pihak lagi mereka membuat fitnah terhadap DAP. Pandangan Tuan Ibrahim Tuan Man yang sempit, serong dan bersifat menghasut amat dikhuatiri. Jika belum menjadi kerajaan PAS sudah tunjuk taring menindas pihak yang tidak bersetuju dengan mereka, apalah agaknya akan terjadi jika PAS diberi kuasa? .

DITUDUH FITNAH, AKHIRNYA PAS PELUK UMNO

ELOKLAH KALAU DIPERCEPATKAN DAN DIBERIKAN TARIKH SESUAI



Ada muka Annuar Musa Ka atau Takiyuddin atau Ismail Sabri...emmmm

Setelah sekian lama isu peralihan kuasa ini berlarutan tanpa ketentuan, Tun Mahathir Mohamad akhirnya setuju agar perkara itu dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.
“Kalau nak bincang, boleh bincang dalam Majlis Presiden,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata, beliau setuju ia dibincangkan kerana dalam Majlis Presiden PH itulah cadangan untuk melantik para pemimpin PH dibuat dahulu.
“….dan juga kedudukan Anwar Ibrahim dan cadangan saya jadi pengerusi serta bakal Perdana Menteri,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Baku, Azerbaijan sebelum berangkat ke Turkmenistan untuk lawatan rasmi dua hari.
Alhamdulillah, dengan perkembangan ini semoga kekalutan yang sedikit sebanyak telah memecah-belahkan PH akan segera berakhir.
Yang penting, mesyuarat itu mesti diadakan dalam seberapa segera yang boleh dan Majlis Presiden tidak harus bertangguh lagi dalam menetapkan tarikh penyerahan jawatan daripada Tun Mahathir kepada Anwar.
Ada tarikh peralihan, selesailah semua masalah. (ShahbudinHusin 27/10/2019)


PH DIJANGKA BINCANG PERALIHAN KUASA DALAM MAJLIS PRESIDEN.


PERALIHAN KUASA: RAKYAT SUDAH BUAT KEPUTUSAN PRU 14

5 JUTA PENERIMA SUBSIDI PETROL BAHARU DIKENALPASTI

JANGAN TERLAJAK JAUH SANGAT, MAKAN DIRI.



Siapa yang ikuti perjalanan Politik Nasaruddin Mat Isa di dalam PAS, akan faham Politik Azmin Ali, Keduanya hampir mempunyai ciri yang sama...orangnya ada kebijaksanaan dalam Politik, tapi bercita cita tinggi dalam Politik.. 

Nasaruddin asalnya jadi orang kuat Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor.. akhirnya mengenepikan orang yg Ikhlas dalam Perjuangan seperti Hassan Syukri untuk jawatan No 2 dalam Parti... Azmin pun asalnya orang kuat Ds Anwar Ibrahim, Akhirnya mengenepikan Syed Hussin Ali untuk jawatan No 2 Dalam Parti..

Mereka ini bijak dalam Politik.. Merencana dalam diam, Mungkin juga ada persamaan keduanya, Pernah menjadi Broker bagi Najib Razak bagi kepentingan Politik masing2 bagi mencapai maksud cita cita Politik peribadi, Dan mungkin Nasa berjaya memecahkan PAS dibantu anasir luar PAS, Begitu juga Azmin.. 

cuma bezanya, Wan Azizah orang nya bijak , Sabar dan baik akhlaknya, orang yang merendah diri biarpun diperlakukan dan dikhianati..Boleh meraikan perbezaan..tak seperti Haji Hadi,sangu melihat Parti mereka berpecah demi kedengkian dalam hati dan rasa besar diri..kesabaran Wan Azizah itu yang menyelamatkan PKR dari berpecah..

Dulu Nasaruddin pernah kantoi dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz dalam usahanya mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan mengenepikan Pakatan Rakyat.. Hari ini, Gambaran yang hampir serupa dalam dilihat dalam Politik Azmin Ali.. Mereka ini nampak diam, Tapi diam diam berisi seperti mana Langkah Kajang dulu..

Dulu awalnya nampak seperti Nasaruddin Mat Isa mereka yang mempunyai keupayaan dan masa depan dalam Parti masing masing, dan akhirnya tercampak dari parti dan perjuangan hanya disebabkan tamak mengejar impian dan cita cita peribadi mereka..

Orang yang Bijak, Tapi kalau takda Keikhlasan dalam perjuangan, tak berguna..Akhirnya akan gagal seperti Nasaruddin Mat Isa yang mengejar cara hidup mewah, Apakah Azmin akan mengikut jejak Nasib seperti Nasaruddin Mat Isa.. Masa akan menenetukan.. 

Masih sempat Taubat kalau taknak senasib Nasaruddin Mat Isa.... Jangan Terlajak Jauh sgt.... esok makan diri.. :)

Ipohmali

HANTU GIGI DAKWA DAP BAWA SUWEY...DIA LUPA RUPANYA..



Antu gigi ni mcm la baru semlm kenal politik.  Dia lupa hakikat dan fakta, parti mana yg sebenarnya bawa "suwey".  Kami bersama Dap lama sungguh hingga akhirnya dpt kjaan di putrajaya. Itu fakta dan sejarah dengan Dap.

Jom tengok sejarah Pas.  Pas bersama Parti Semangat 46, parti S46 reput.  Seblm tu tahun 70an, Pas pernah join Bn dlm kerajaan, tapi kena tendang keluar. PR tidakm pernah buang Pas, tetapi Pas yg sombong dan ego keluar dari PR kononnya mahu jadi "King Maker" bersendirian.  Seawal penubuhan PH pun, kita jemput Pas sertai kita atas nasihat Anwar dari penjara, tetapi Pas tetap Pas.  Keras hatinya mcm keras "anu" dlm jubah.  Sombong, letak syarat tidak mahu ada Dap dan Amanah.  Pi mampus la...

Dlm PRU14, sanggup bertanding 3 penjuru asalkan dpt bantu Umno/Bn terus kekal memerintah.  Nawaitu jahat itu tidak berjaya.  Bahkan, bukan saja Pas yg kalah teruk dan banyak hilang Kerusi di Parlimen, dengan Umno/Bn sekali turut tersungkur.  Itulah bahana bila Pas turut bersama kamu, wahai Umno. 

Kesimpulannya,  bersama Dap tidak pernah mencacatkan PR/PH, tetapi bersama Pas amat merugikan kerana 'bisnes'nya hanya 'jual agama".  Bila tak laku, salahkan Dap.

SELAGI BERPELUK DENGAN KLEPTOKRASI, SERATUS KALI SERBAN DILILIT PUN TIDAK BOLEH MARTABATKAN ISLAM

.

Ostat Din Tontowi dlm tulisannya "Sekali Serban Dililit" , dengan penuh semangat menjual agamanya dan berkata, Islam harus bangkit.  Apa cara Islam nak bangkit?  Hapuskan Dap.  

Lihatlah, betapa rendahnya mentaliti ugama yg ada pada Din Tontowi.  Kebangkitan Islam bukan terletak kpd Pas, Umno, MCA, MIC atau Dap, tetapi ianya terletak kpd penganut ugama Islam itu sendiri.  Kalau pemimpin Islam hanya kerjanya mengkapirkan org yg sudah Islam, Islam takkan bangkit.  Kalau pemimpin Islam sendiri rompak duit rakyat, duit Tabung Haji, duit LTAT, duit bela lembu NFC, duit KWAP, dan tidak pandai mentadbir negeri hinggakan terpaksa pinjam duit untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri, usah mimpi mahu lihat Islam bangkit.  

Mengapa salahkan Dap?  Tontowi dulu menang di Temerloh pun kerana pertolongan Dap.  Bersepah lebai jadi Wakil Rakyat hasil dari undi orang Dap. Bila lebai dah jadikan Dap musuh, bersepah lebai yg kalah terkangkang di dalam PRU14 yg lalu.  Di Kelantan, Dap tiada pun pengaruh.  Hebatkah Islam di Kelantan di bawah lebai?  Kekal sebagai salah satu negeri termiskin.  Dari segi kebersihan, jauh P.Pinang di bawah Dap mengatasi Kelantan.  Maksiat?  Jangan kata di Kelantan itu tiada maksiat.  Budak2 pijak Quran berlaku di mana? Terengganu pun sama juga.  Hampir tiada Dap.  Hebatkah Islam di Terengganu?  Sejarah kapir mengkapir, solat dua imam, sembelih orang umno tidak sah, cerai berai, itu semua berlaku di mana?  

Jangan salahkan orang lain kalau Islam itu mundur, kalau kamu sendiri pun peluk puak perompak kleptokrasi dan tidur sekelambu.  Pas tidak ada moral untuk bercakap tentang Islam biarpun "seratus kali serban dililit".

WFAUZDIN NS.

INI PULA DITUJUKAN BUAT PAS DAN 6 JAHANAM UMNO



Semalam Anwar Ibrahim telah mengulas tentang mereka yang bercita-cita mahu memintas kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Mahathir Mohamad.
Jawapan beliau itu boleh diimbas kembali di sini – https://shahbudindotcom.net/2019/10/25/harap-harap-mereka-mudah-faham.html
Hari ini beliau menjawab pula .mengenai pendirian Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang memberi sokongan kepada Tun Mahathir agar terus menggalas tanggungjawab sehingga tamat penggal.
Sambil tidak terkejut dengan pendirian mereka, Anwar berkata, sokongan pemimpin pembangkang itu tidak relevan memandangkan isu membabitkan perubahan pucuk pimpinan seharusnya dibawa dan diselesaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Itu tidak mengapa (sokongan pembangkang termasuk PAS terhadap Tun Mahathir).
“Pembangkang biasalah, hendak timbulkan masalah. Dahulu semasa Barisan Nasional (BN), pembangkang tidak pula disuruh pilih calon Perdana Menteri.
“Ia bukan soal pembangkang. Saya ingat, isu itu juga sudah dijawab Presiden Bersatu? Muhyiddin Yasain, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta juga PKR.
“Parti yang berkuasa sekarang yang menentukan siapakah pimpinan yang akan mengetuai negara,” tegas Anwar yang juga merupakan Presiden PKR.
Makanya, sedarkah Pas dan enam Ahli Parlimen UMNO yang digelar “enam jahanam” itu dengan tindakan mereka yang sebenarnya tidak relevan itu?
Selain bagi Pas yang hanya buat kerja sia-sia, enam Ahli Parlimen UMNO terbabit lebih buruk padah yang mereka terima.
Bukan saja kecaman diterima di sana sini, malah Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin sendiri tidak mengalu-alukan “enam jahaman” itu datang berkempen di Tanjung Piai.
Mana mereka nak letak muka? (ShahbudinHusin 26/10/1019)