Mohd Hasni Izuwan
YB TIKTOK
Melihat perkongsian daripada akaun Facebook Norhayati Berahim dari rakan beliau mengenai tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang didakwa melibatkan YB Helmy (ADUN Duyong) dengan seseorang. Melihat kepada kandungan mesej tersebut, timbul persoalan besar sama ada benar ini respons dan bahasa yang keluar daripada seorang wakil rakyat yang diberikan amanah oleh warga Duyong. Keaslian perbualan ini sememangnya wajar dipersoalkan untuk mendapatkan kebenaran, namun sekiranya dialog tersebut sahih, ia amat mendukacitakan kerana memaparkan perdebatan politik kepartian berbanding fokus kepada penyelesaian masalah rakyat.
Persoalan utama yang timbul adalah mengenai sejauh mana peranan dan kecekapan beliau sepanjang menjadi YB di Duyong, terutamanya dalam aspek agihan kebajikan secara mandiri. Ketika isu kebakaran rumah warga emas di Duyong Tengah sebelum ini, timbul tanda tanya apabila beliau dilihat meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kota Melaka dari DAP, YB Khoo Poay Tiong, manakala sumbangan dari poket peruntukan rasmi beliau sendiri tidak dinyatakan secara jelas jumlahnya. Malah dalam isu naik taraf Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah pula, semakan laporan menunjukkan YB DAP tersebut yang jelas menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000, sedangkan YB Helmy sendiri tidak menyatakan secara terperinci berapa ratus ringgit sumbangan peruntukan ADUN beliau untuk mendirikan masjid itu. Rakyat berhak mempersoalkan mengapa seorang wakil rakyat perlu bergantung kepada dana pihak lain, manakala pada masa yang sama penyokong tegar parti sendiri dilihat mampu menggerakkan tabung sumbangan mencecah jutaan ringgit demi urusan politik lain. Adakah permohonan dana RM700 ribu daripada Perdana Menteri (PMX) itu juga bukti pengurusan kawasan yang kurang berkesan.
Kelemahan pengurusan di lapangan ini amat kontras jika dibandingkan dengan kos pelaburan pilihan raya negeri Melaka bagi Dun Duyung yang memperlihatkan kempen beliau begitu canggih, gah, dan meriah di media sosial. Visual, video-video, dan gambar-gambar hebat yang ditayangkan sepanjang tempoh berkempen jelas memakan modal pelaburan yang bukan kepalang demi memastikan sekali lagi kemenangan di kerusi Duyong. Amat malang bagi pengundi sekiranya kemeriahan dan kemegahan modal waktu pilihan raya kini hanya disusuli dengan prestasi harian yang lebih kelihatan menyerupai 'TikToker' berbanding penyelesaian isu kebajikan yang tuntas secara tersendiri.
#HARAPAN
#MelakaRumahKita
#TolakKakiSakau
#TolakGelombangHaruBiru



No comments:
Post a Comment