DAJEI CERITA BAB DAJEI..TAPI SALAH PULAK...HADIA NABI ..BUKAN LAM AL QURAN..TAK KA DAJEI

 




Ketika kontroversi kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai pendekatan Dajjal masih hangat diperkatakan, Ahli Parlimen Jerlun, Abdul Ghani Ahmad pula tampil mempertahankan penggunaan istilah tersebut.






Lebih menarik, Abdul Ghani mendakwa istilah Dajjal memang termaktub dalam al-Quran dan tidak sepatutnya dipertikaikan.


Menurut laporan Malaysiakini, beliau menyifatkan penggunaan istilah tersebut sebagai simbolik bagi menggambarkan sifat rakus dan usaha menguasai manusia.


Abdul Ghani turut berhujah bahawa mempertikaikan penggunaan istilah berkenaan seolah-olah mempertikaikan ayat al-Quran.


Namun, kenyataan itu menimbulkan persoalan penting kerana perkataan Dajjal tidak disebut secara langsung dalam teks al-Quran, sebaliknya perihal Dajjal dijelaskan dalam hadis Nabi Muhammad SAW.


Ini bukan sekadar perbezaan pendapat politik, tetapi melibatkan ketepatan fakta agama yang sepatutnya diberikan perhatian serius. Apatah lagi apabila hujah tersebut digunakan untuk mempertahankan kenyataan politik seorang presiden parti.


Kalau mahu mengkritik perjanjian antara kerajaan dengan ahli Parlimen pembangkang, kritiklah berdasarkan kandungan dan syarat perjanjian tersebut. Mengapa perlu menggunakan istilah agama yang begitu berat sehingga menimbulkan kekeliruan?


Lebih menghairankan, Abdul Ghani sendiri mengakui penggunaan Dajjal itu bersifat simbolik. Kalau sekadar simbolik, mengapa pula mereka yang mempertikaikannya dikaitkan dengan tindakan mempertikaikan al-Quran?


PAS sering menampilkan diri sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan mempertahankan kedudukan ulama. Sebab itu, ketepatan fakta agama sepatutnya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi apabila seseorang wakil rakyat membuat kenyataan terbuka.


Persoalannya sekarang, adakah Abdul Ghani akan memperbetulkan kenyataan tersebut atau terus mempertahankannya?


Jangan sampai terlalu ghairah mempertahankan kenyataan pemimpin sendiri, fakta agama pula menjadi mangsa.




No comments: