PAYAH BAGI JA LA DUDUK UMAH. KEMUDIAN MASUK SEMULA.

 


Akmal Saleh persoalkan kenapa selepas UMNO bayar RM50 juta, baru Jabatan Peguam Negara (AGC) nak bersuara.





Sebenarnya, kena tengok dulu susunan ceritanya.


UMNO buat pembayaran RM50 juta. Selepas bayaran dibuat, mahkamah keluarkan perintah pelepasan Najib yang turut menyentuh pelaksanaan tahanan rumah.


Daripada perintah itulah timbul persoalan undang-undang yang perlu diperjelaskan.


Kalau perintah mahkamah menyebut Najib perlu discharge selepas denda dibayar, adakah itu bermakna hukuman penjara kes SRC sudah selesai? Kalau begitu, bagaimana pula dengan hukuman kes 1MDB? Adakah hukuman itu perlu mula berjalan terus?


Ini persoalan yang valid. Sebab kita bercakap tentang dua kes berbeza dengan hukuman yang berbeza. Tafsiran terhadap perintah mahkamah boleh membawa implikasi besar kepada pelaksanaan hukuman.


Sebab itulah AGC meminta penangguhan sementara untuk mendapatkan kepastian undang-undang.


Jadi, bukan semata-mata AGC tunggu UMNO bayar RM50 juta baru nak bertindak. Perintah mahkamah yang menimbulkan persoalan baharu itu sendiri pun keluar selepas bayaran dibuat.


Akmal boleh persoalkan tindakan AGC. Tapi kena faham juga, persoalan tentang pelaksanaan hukuman ini bukan perkara kecil. Ia perlu diperjelaskan supaya tidak timbul percanggahan dalam pelaksanaan keputusan mahkamah.


#AhmadMursi #AGC #NajibRazak #AkmalSaleh






No comments: