Mudah sahaja nak faham. Ini sebenarnya melibatkan dua kes berbeza, SRC dan 1MDB.
1. Kes SRC: Najib mendapat pengampunan bersyarat. Selepas membayar denda RM50 juta, baki hukuman penjaranya diperintahkan dijalani melalui tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
2. Pada 6 November 2026, selepas denda dibayar, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah pelepasan Najib dan pada masa sama menyatakan beliau perlu menjalani baki hukuman SRC melalui tahanan rumah.
3. Di sinilah timbul persoalan. Adakah perkataan “dilepaskan” bermaksud hukuman SRC sudah tamat, atau Najib cuma dilepaskan daripada penjara untuk menjalani tahanan rumah?
4. Kenapa penting? Sebab Najib ada satu lagi hukuman penjara dalam kes 1MDB. Mahkamah menetapkan hukuman 1MDB bermula selepas hukuman SRC selesai. Peguam Najib juga dapat
5. Pada 14 Oktober 2026, Mahkamah Tinggi menolak permohonan menangguhkan hukuman kes 1MDB.
6. Jika hukuman SRC dianggap sudah tamat, timbul persoalan sama ada Najib perlu mula menjalani hukuman penjara kes 1MDB sekarang.
7. Tetapi jika hukuman SRC masih berjalan melalui tahanan rumah sehingga 2028, tarikh bermulanya hukuman 1MDB mungkin berbeza.
8. Jadi apa AGC buat? AGC mahu Mahkamah menjelaskan maksud dan kesan perintah pelepasan itu supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan kedua-dua hukuman.
9. AGC tidak mempertikaikan kuasa pengampunan Agong. AGC menegaskan titah Agong mesti dihormati, tetapi pelaksanaan hukuman juga mesti mengikut undang-undang.
KESIMPULAN:
AGC bukan mahu melawan Agong atau membebaskan Najib daripada hukuman 1MDB.
AGC mahu Mahkamah menentukan bila hukuman SRC benar-benar selesai dan bila hukuman 1MDB patut bermula.
Jangan kelirukan rakyat antara pengampunan kes SRC dengan hukuman kes 1MDB!
Mudah nak label AGC Derhaka, sedangkan penderhakaan sebenar terang dan jelas berlaku di N9 oleh parti Biru!
Kami bersama Raja Berperlembagaan dan AGC.
Hormati titah Agong. Hormati keputusan Mahkamah. Tegakkan kedaulatan undang-undang.
Jalan terus!
Syam Ghaz





No comments:
Post a Comment