KEPALA BAPAK HANG AIHHHHH...

 





Dusuki Rani kata tiga tahun negara hilang berkat. Maksudnya sejak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri lah tu.


Yang kelakar, dia ceramah depan penyokong BN. Siap ada yang pakai topi BN lagi.


Dusuki lupa ke UMNO dan BN pun sebahagian daripada Kerajaan MADANI? Zahid itu Timbalan Perdana Menteri. Menteri UMNO pun berlambak dalam Kabinet.


Jadi, berkat yang hilang itu salah Anwar sahaja ke? Zahid dan menteri BN masih ada berkat? Atau berkat itu hilang ikut keahlian parti?


Inilah jadinya apabila agama dijadikan modal politik. Tak suka kerajaan, terus hukum negara hilang berkat. Macamlah kunci keberkatan negara itu disimpan dalam pejabat PAS.


Kalau PAS masuk kerajaan esok, berkat terus turun balik dari langit ke?


Agama sepatutnya mendidik manusia berfikir, bukan dijadikan lesen untuk menghukum sesuka hati.


#AhmadMursi #PolitikMalaysia #DusukiRani




No comments: