Audit Segera Dari Mana Datangnya Wang Bayar Denda Najib – Tony Pua

 

IMG_0358

Tony Pua antara pemimpin yang berjaya membongkar skandal SRC dan 1MDB hingga menyebabkan Najib Razak meringkuk dalam Penjara Kajang sejak 2025.

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pihak berkuasa digesa mengaudit setiap sen sumbangan yang dikutip bagi membantu membayar denda RM50 juta, bagi membolehkan bekas Presiden UMNO, Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya atas kesalahan rasuah di bawah tahanan rumah.

Pua berkata, audit oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu penting bagi memastikan dana yang dikumpulkan itu diperoleh secara sah dan bukan hasil daripada sebarang aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau mengulas tindakan Umno yang telah membayar denda RM50 juta selepas mengumpulkan dana mencukupi menerusi kempen kutipan derma yang dilancarkannya pada September.

Hukuman berkaitan skandal 1MDB menyebabkan apa sahaja tindakan untuk mengeluarkan Najib Razak dari Penjara Kajang menjadi sia-sia kerana tetap dipenjara bermula 23 Ogos 2028!

Pua mempersoalkan keputusan Umno untuk melunaskan denda itu dengan berkata lebih baik wang berkenaan digunakan untuk membantu rakyat biasa.

“Dengan memilih untuk membolehkan Najib menjalani tahanan rumah, ‘warna sebenar Umno terserlah dengan begitu jelas,” tambahnya dalam satu hantaran di Facebook.



No comments: