Saya tidak mahu SIPartners+ dan SISC+ datang ke sekolah hanya untuk mencari apa yang salah.
Saya mahu guru dan pentadbir sekolah mengenali mereka sebagai rakan yang boleh membantu menyelesaikan masalah dan memberikan bimbingan apabila diperlukan.
Perkara ini saya tekankan ketika bersama lebih 300 pegawai SIPartners+ dan SISC+ dalam sesi libat urus peringkat kebangsaan di Institut Aminuddin Baki hari ini.
Saya turut mengingatkan bahawa ukuran kejayaan bimbingan bukan pada banyaknya laporan atau jumlah intervensi yang dilaksanakan. Yang lebih penting ialah perubahan sebenar yang berlaku di sekolah.
Begitu juga dengan reformasi sekolah. Kalau kita hanya memasang penghawa dingin atau mencantikkan lobi sekolah, itu belum cukup untuk dianggap sebagai reformasi.
Reformasi mesti mengubah budaya sekolah dan meningkatkan mutu pengajaran. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang mempersiapkan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dan RPM 2026–2035. Guru-guru kita memerlukan sokongan yang lebih kukuh untuk memahami dan melaksanakan perubahan ini.
Justeru, semangat “Cikgu Bantu Cikgu” mesti terus diperkukuh. Kepakaran yang ada pada pegawai pembimbing harus sampai kepada guru-guru yang memerlukannya.
#MADANIBekerja

No comments:
Post a Comment