Anthony Loke Letak Jawatan Menteri Pengangkutan Serta-Merta

 


IMG_0801

Anthony Loke turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan mandat diberikan kepadanya untuk menganggotai Jemaah Menteri sejak Disember 2022. Foto Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani tahanan rumah.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan berkenaan selaras dengan pendirian yang diumumkannya Jumaat lalu.

“Keputusan ini berpegang pada prinsip dan pendirian yang telah saya jelaskan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada rakaman video perasmian Minggu Maritim Malaysia 2026 di Kuala Lumpur pada 29 September 2026. Foto MOT

Loke turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan dan mandat diberikan kepadanya untuk menganggotai Jemaah Menteri sejak Disember 2022.

Beliau juga berterima kasih kepada barisan pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pengangkutan atas komitmen serta kerjasama sepanjang menerajui kementerian itu.

Loke memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh bagi memastikan proses peralihan tugas berjalan lancar.

Siapa yang sepatutnya letak jawatan? Anthony Loke atau Zahid?

“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan urusan peralihan tugas berjalan lancar dan segala tanggungjawab dan inisiatif kementerian terus dilaksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya.

Loke pada September lalu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pengangkutan, namun memaklumkan ia hanya berkuat kuasa selepas Najib mula menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Loke mengemukakan peletakan jawatan itu selepas Najib menerima pengampunan bersyarat, namun Anwar memintanya meneruskan tugas sehingga Najib dibebaskan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak pernah mempertikaikan, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib Razak. Foto Ahmad Mursi

Najib dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.


No comments: