Melaka Rumah Kita: Pengundi Muda Melaka Dinasihat Jangan Pertaruhkan Masa Depan, Tolak Parti Perasuah

 


IMG_0736

Anak muda di Melaka diseru agar menolak parti yang tidak mempunyai hala tuju dan masa depan buat mereka.

MELAKA, 9 Nov – Anak muda diseru tidak memperjudikan masa depan dengan memilih parti yang hanya memainkan sentimen kaum atau agama tanpa pelan jelas untuk meningkatkan ekonomi negeri.

Mereka juga dinasihatkan agar tidak memilih parti yang mengamalkan rasuah dan membela perasuah kerana jika dibiarkan, negara akan hancur seumpama keadaan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sentimen cuma mudah menggerakkan emosi, tetapi ia tidak membayar sewa, menyediakan pekerjaan atau membeli rumah.

Parti yang hanya menjual retorik kaum dan agama seperti BN dan PN sepatutnya ditolak pengundi muda yang berfikir secara kritis dan boleh memberi nilai tambah daripada hanya membuang masa di jalan raya.

Bagi golongan muda yang baru bekerja atau mencari kerja, soalan sebenar ialah: apakah rancangan parti-parti politik untuk gaji, perumahan dan peluang perniagaan, dan di sinilah titik perbezaan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada PRN kali ini, dua blok utama sudah mengemukakan manifesto masing-masing dengan sasaran tersendiri. Manifesto bersama BN-PN walaupun nampak menarik, tetapi apabila pemimpin mereka sibuk meniupkan api perkauman tanpa menyelesaikan masalah tertunggak, ia tidak membawa sebarang makna.

PH pula dalam pada itu menawarkan pakej menyeluruh termasuk sektor pelancongan dengan sasaran 25 juta ketibaan pelancong menjelang 2032, serta menjanjikan 30 peratus kontrak PBT kepada belia dan usahawan muda menerusi agenda ‘Melaka Rumah Kita’.

Anak muda juga diminta memberi pertimbangan tentang peluang pekerjaan, langkah meningkatkan prospek gaji lebih menarik serta memperluas akses bidang ekonomi baharu selain mengutamakan kebajikan, bantuan perlu serta menambah kemahiran sedia ada.

Justeru, parti yang hanya bercakap tentang ancaman kepada kaum atau agama, tanpa menjawab soalan ini, tidak layak mendapat kepercayaan anak muda yang dilihat lebih kritikal dalam bentuk pemikiran realistik memandangkan Malaysia termasuk Melaka kini menuju status negara maju.

Kita mahu anak muda berfikir secara rasional dalam menentukan hala tuju pentadbiran Melaka yang lebih fokus kepada mesejahterakan rakyat, menolak politik perkauman yang hanya merosakkan pemikiran dan membawa Melaka lebih progresif setanding negeri-negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang.






No comments: