SESETENGAH PUAK NI BUKAN DIA KENANG PUN. RUMAH DIBAIK PULIH KA ..BANTUAN APA KAH UNTUK MEREKA, NAK JUGA UNDI PUAK YANG TAK PEDULIKAN MEREKA.

 





Melaka Rumah Kita: PM Anwar Mohon Anggota ATM, PDRM Undi Calon PH Esok



Untitled design

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon anggota ATM dan PDRM memilih calon-calon HARAPAN pada 9 November 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 esok memberi kepercayaan kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, selaku Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar berkata, amanah yang diberikan akan digalas dengan iltizam dan tekad untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Melaka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

“Esok, rakan-rakan serta keluarga dari ATM dan PDRM akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Melaka… dengan rendah hati, saya memohon kepercayaan saudara dan saudari untuk mengundi calon Harapan.

“Undi saudara dan saudari akan menentukan sama ada Melaka dipimpin oleh mereka yang teguh mempertahankan amanah rakyat atau mereka yang sanggup menutup mata apabila amanah itu dikhianati… kepada Allah SWT kita berserah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

Antara calon-calon PH menjadi sandaran termasuk Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari di DUN Bukit Katil, Datuk Azman Abidin di DUN Paya Rumput serta Kerk Chee Yee di DUN Ayer Keroh.

Seramai 12,531 pengundi awal terdiri daripada 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis yang layak mengundi pada PRN Melaka kali ini akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 31 pusat mengundi yang diwartakan di seluruh negeri esok.

Secara keseluruhan, seramai 687,697 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada PRN Melaka kali ini, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 14 November ini.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan meninjau projek penambahbaikan lapang sasar serta tapak projek pembinaan Hospital Angkatan Tentera di Kem Terendak, yang dijangka siap mengikut perancangan.

Hospital ini kelak akan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan di samping memastikan akses kepada rawatan yang lebih cepat, selesa serta berkualiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Semarak Kenegaraan Bersama ATM di Kem Terendak, Sungai Udang pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

”Penambahbaikan lapang sasar pula akan menyediakan kemudahan latihan yang lebih moden, selamat dan kondusif bagi mempertingkat tahap kesiapsiagaan anggota,” katanya.





No comments: