PM Anwar Belum Fikir Perihal Rombakan Kabinet 7 hours ago

 


IMG_0775

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 10 November 2026.

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Masih terlalu awal untuk meneliti atau membuat keputusan sama ada rombakan kabinet akan dibuat dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana kata Perdana Menteri, walaupun tempoh perkhidmatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai senator akan berakhir pada 11 Disember ini, beliau belum membuat sebarang keputusan.

“Awal lagi saya tak tahu mengenai rombakan (Kabinet),” katanya ketika ditemui pemberita ketika Majlis Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Difahamkan, rombakan mungkin berlaku susulan kedudukan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan yang meletak jawatan setelah keputusan DAP menolak pengampunan bersyarat bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.





No comments: