Jamzuri Ardani
Berbulan-bulan geng rasis hentam PH dan Hannah Yeoh pasal isu premium RM1,000 Dewan Perniagaan Cina. Fitnah bertebaran. Kebencian dipupuk. Api perkauman ditiup. Tapi fakta sebenar disorok.
Ajaran agama mereka fikir mereka boleh dapat pahala dengan menyebar pembohongan dan kebencian.
Semalam isu ini ditanya dan dijawab secara tuntas di Dewan Parlimen. Hannah Yeoh jelas dia langsung tidak terlibat dalam keputusan tersebut. Semua yang membuat keputusan adalah birokrat penjawat awam yang berbangsa Melayu dan tidak ada wakil parti politik dalam jawatankuasa tersebut. Pengerusinya ialah KSN sendiri.
Permohonan dibuat selaras dengan undang-undang dan precedence sebelumnya. Kelulusan dibuat berdasarkan peraturan dan pematuhan syarat. Tidak ada agenda perkauman. Tidak ada agenda politik. Semuanya berjalan di atas prinsip merit dan good governance.
Akhirnya, wakil rakyat pembangkang akui perkara tersebut. Mereka kata , "Ok selesai".
Tapi apakah mereka akan membetulkan semula pembohongan dan fitnah yang mereka sebarkan sebelum ini? Jawabnya tidak. Mereka akan diam, malah membiarkan sahaja pembohongan itu tersebar kerana mereka dapat laba politik.
Seorang rakan forward satu mesej pada saya. Dia kata walaun buat fitmah, dapat 12 ribu share. Lepas tu dia kena saman dan minta maaf, hanya dapat 12 share.
Begitu fitnah dan kejahatan tersebar dan melata.
Alkisahnya ...

No comments:
Post a Comment