TU MENUNJUKKAN KO LEMAH DALAM PENTADBIRAN...LAMA DAH KAN KO JADI MB.





 Takkan macam tu pun saya nak kena ajar tuan... mana nak kena repair, repairlah.. tengok tangga pun saya geli... viral video MB Johor terjah Larkin Sentral.




Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegur keras pihak pengurusan Larkin Sentral susulan keadaan fasiliti yang uzur, tandas kotor dan isu penyelenggaraan terabai ketika mengadakan lawatan ke terminal berkenaan, semalam.


Tular di media sosial rakaman video memaparkan beliau bersemuka secara langsung dengan pihak bertanggungjawab sambil meluahkan rasa kecewa melihat tahap kebersihan serta kerosakan kemudahan awam yang teruk di situ.


"Takkan macam tu pun saya nak kena ajar tuan... Mana nak kena repair, repairlah.. Tak nampak ke kotor? Ini maruah kita tahu," antara luahan tegas beliau kepada pihak bertanggungjawab.


Difahamkan, lawatan itu dilakukan susulan peningkatan aduan dan kritikan orang ramai di media sosial berhubung pelbagai kerosakan di terminal berkenaan.


Beliau turut tidak berpuas hati dengan keadaan tandas di situ, sehingga peniaga mendakwa ada anak pokok tumbuh di dalamnya, walaupun pengguna dikenakan bayaran masuk 50 sen.


"Jangan berlakon ya, sebab saya datang baru nak bersihkan," katanya sambil mempersoalkan mengapa kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan hanya dilakukan apabila beliau turun padang.


Dalam pada itu, para penumpang, pengunjung serta pemandu bas turut mengambil peluang mengadu secara terus kepada beliau mengenai masalah lif kerap rosak, eskalator yang belum siap dibaiki dan jalan berlubang, selain meminta agar lawatan seperti itu dilakukan dengan lebih kerap kerana ia dapat membantu mempercepatkan kerja pembaikan yang sudah lama tertangguh.






No comments: