DAH JADI KERAJAAN, ANGKAT LAH SASTERAWAN INI DI MANA MANA BAHAGIAN YANG SEPATUTNYA. MUNGKIN BELIAU TIDAK MAHU KEDUDUKAN, NAMUN SEPATUTNYA LAH BELIAU DIANUGERAHKAN SESUATU YANG SESUAI DENGAN BELIAU

 

Anwar, Wan Azizah doakan kesembuhan buat Sasterawan Negara A. Samad Said

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, diberikan kesembuhan segera selepas menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatannya yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Anwar menerusi kenyataannya turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan dan mengangkat segala kesakitan yang dialami tokoh sastera berkenaan.

Beliau turut berharap agar keluarga Pak Samad diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian itu.

“Saya, Azizah dan keluarga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan, mengangkat segala kesakitan dan memberikan kesembuhan segera buat Pak Samad, sosok budayawan yang amat berjasa dalam dunia kesusasteraan tanah air.

“Semoga seluruh keluarga besar terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook pagi ini.




No comments: