DIMANA KEMENTERIAN BERKAITAN ?





Gerakan Rakyat Malaysia Anti Pendatang Tanpa Izin(GERAM@PATI)


 Satu rakaman video yang tular di media sosial menimbulkan persoalan mengenai kewujudan sebuah kawasan yang dikatakan menjadi tempat berkumpul sekumpulan warga asing di atas bukit berhampiran kawasan perindustrian Kajang.

Apa yang menarik perhatian, kawasan yang dahulunya dikatakan dipenuhi semak samun dan terbiar itu kini telah berubah wajah.
Bukan sekadar dibersihkan, malah turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan gelanggang sepak takraw.
Menurut video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Harmony Community Malaysia, kawasan tersebut didakwa dibersihkan dan diusahakan oleh sekumpulan warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal.
Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan bahawa sebahagian individu yang berada di situ mengaku tidak mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah.
Malah, kawasan berkenaan dikatakan turut dikunjungi warga asing dari daerah lain yang datang untuk berkumpul dan melakukan aktiviti bersama.
Persoalannya, bagaimana sebuah kawasan yang begitu luas boleh dibangunkan dan digunakan sedemikian rupa tanpa menimbulkan perhatian pihak berkuasa?
Siapa pemilik tanah tersebut?
Adakah kawasan itu tanah kerajaan, tanah persendirian atau tanah yang telah diceroboh?
Jika benar terdapat individu tanpa dokumen sah yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat berkumpul, apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil?
Apa lagi perbuatan warga asing tersebut yang begitu mudah meneroka tanah milik kerajaan begini, jika rakyat tempatan yang lakukan begini tak tunggu lama rasanya...
PIHAK BERKUASA PERLU TURUN PADANG DAN MEMBERIKAN PENJELASAN.
Adakah perkara seperti ini benar-benar berlaku tanpa pengetahuan pihak berkuasa?
Apa pandangan anda?
Video diruangan komen








No comments: