ASSABIYAH - Berpuluh tahun PAS mendidik rakyat tentang perkara ini. Jauhi Assabiyah

 


GEMPAK! MAT SABU BONGKAR BAHAYA ASABIYYAH: JANGAN BIAR AGAMA JADI TUNGGANGAN PERASUAH?!







Dulu kalau kita dengar ceramah PAS, antara perkara yang paling kerap disebut ialah bahaya assabiyyah. Jangan taksub kepada bangsa, jangan pertahankan kelompok sendiri apabila melakukan kezaliman.

Berpuluh tahun PAS mendidik rakyat tentang perkara ini. Hadis-hadis Nabi SAW mengenai bahaya assabiyyah sering dibacakan dalam ceramah dan ucapan pemimpin mereka.
Tetapi ironinya, hari ini PAS sendiri dilihat semakin cenderung kepada pemikiran assabiyyah yang pernah mereka tentang habis-habisan.
Lihat sahaja tulisan terbaru Abdul Hadi Awang mengenai wala', bara' dan rasuah. Beliau berhujah bahawa mudarat memberikan kesetiaan kepada pihak bukan Islam yang dianggap musuh lebih besar daripada rasuah.
Walaupun Hadi tetap mengakui rasuah sebagai dosa besar, cara beliau menyusun keutamaan itu menimbulkan persoalan besar.
Malah, sebelum ini ada pemimpin PAS yang menganggap sumbangan untuk membantu membayar denda Najib dalam kes rasuah sebagai perbuatan yang mendapat pahala.
Apakah usaha membanteras rasuah dan penyelewengan patut diletakkan di tempat kedua apabila melibatkan kesetiaan agama dan kelompok sendiri?
Bukankah inilah yang dahulu PAS sendiri ajar kita supaya berhati-hati?
Assabiyyah tercela berlaku apabila seseorang mempertahankan kelompok sendiri walaupun melakukan kezaliman. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, rasuah tetap rasuah.
Rasulullah SAW mengajar kita membantu saudara yang zalim dengan menghalangnya daripada terus melakukan kezaliman. Bukannya mencari alasan untuk mempertahankannya.
Menariknya, Presiden AMANAH dalam ucapan dasar konvensyen mengisytiharkan tekad parti itu untuk menggempur pemikiran assabiyyah habis-habisan.
Satu perjuangan yang cukup menarik kerana inilah antara prinsip yang pernah begitu kuat diperjuangkan oleh PAS sendiri selama berpuluh tahun.
Ketika PAS dilihat semakin meninggalkan perjuangan menentang assabiyyah, AMANAH pula tampil menyambung perjuangan tersebut.
Akhirnya, ukuran sebenar perjuangan Islam bukanlah sekuat mana kita mempertahankan orang sendiri.
Tetapi sejauh mana kita berani menentang kezaliman walaupun dilakukan oleh orang yang seakidah, sebangsa dan separti dengan kita.

No comments: