Saya tidak mahu sekolah sibuk membuat persiapan menyambut Menteri. Saya mahu sekolah bersedia untuk anak-anak yang menduduki SPM.
Pagi ini saya singgah secara mengejut ke SMK Taman Jasmin 2, Kajang bersempena hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2026.
Saya sengaja tidak memaklumkan lawatan ini lebih awal. Nak lihat sendiri keadaan sebenar di sekolah dan memastikan segala persiapan berjalan baik. Paling saya nantikan, dapat bertemu anak-anak sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru dan petugas peperiksaan yang telah membuat persiapan dengan baik.
Buat anak-anak, saya tahu bermacam-macam perasaan bermain di fikiran pagi ini. Saya cuma nak pesan, jangan terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri. Percayalah pada segala usaha yang telah kalian lakukan selama ini.
Selamat maju jaya, anak-anak! Hari ini giliran kalian berusaha, kami di luar ini tidak putus-putus mendoakan.

No comments:
Post a Comment