Jambatan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan Stesen East Coast Rail Link (ECRL) Gombak ke Stesen LRT Gombak dijangka siap menjelang Mac 2027. Sementara itu, laluan pejalan kaki sementara akan disediakan bagi pelancaran perkhidmatan berkenaan pada Disember ini, menurut kenyataan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) hari ini.
Dalam kenyataan pagi ini, MRL memaklumkan bahawa jambatan pemutus kekal tersebut juga akan dihubungkan ke Terminal Bersepadu Gombak (TBG). Laluan pejalan kaki sementara pula akan merentasi kawasan perhubungan sedia ada serta kemudahan milik Prasarana.
Pihaknya menjelaskan bahawa laluan sementara itu direka dengan mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan, dan kemudahan pergerakan penumpang, termasuk mereka yang membawa bagasi.
Tambah MRL, pihaknya turut mengadakan perbincangan bersama Prasarana mengenai cadangan perkhidmatan bas pengantara (shuttle) di antara kedua-dua stesen sebagai pilihan tambahan, terutamanya bagi penumpang yang membawa beg pakaian atau bagasi berat.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjawab kebimbangan orang ramai berhubung kelancaran pergerakan penumpang di antara Stesen ECRL Gombak, Stesen LRT Gombak, dan TBG.
MRL menegaskan bahawa akses pejalan kaki serta integrasi pengangkutan awam di stesen berkenaan sememangnya telah diambil kira dalam pelan pembangunan projek ECRL sejak awal lagi.
Syarikat itu turut menyatakan bahawa penyediaan akses pejalan kaki merupakan sebahagian daripada usahanya bagi memastikan Stesen ECRL Gombak berfungsi sebagai hub pengangkutan awam yang terintegrasi dengan rangkaian rel dan pengangkutan sedia ada.
MRL memberi jaminan bahawa laluan sementara yang diatur adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna sebaik sahaja perkhidmatan beroperasi, sementara menunggu jambatan kekal tersebut siap sepenuhnya secara berperingkat.
Cuba lukis jambatan tu jadi macam mana.

No comments:
Post a Comment