TAN SRI AYUB KHAN- Tetapi rasuah, katanya, tidak mempunyai alasan sedemikian.






Nengok TV


 Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menggunakan perbandingan cukup mudah ketika menjelaskan betapa seriusnya perbuatan rasuah.

Menurut beliau, umat Islam memang dilarang memakan daging khinzir, namun dalam keadaan darurat yang mengancam nyawa, Islam memberikan kelonggaran tertentu.
Tetapi rasuah, katanya, tidak mempunyai alasan sedemikian.
“Dalam keadaan darurat, daging khinzir ni boleh makan.
“Tapi rasuah ni dalam apa keadaan sekalipun memang tak boleh. Itu beza rasuah dengan daging khinzir,” katanya.
Ayob Khan menggunakan perbandingan itu bagi menolak sikap sesetengah pihak yang cuba menganggap rasuah kecil sebagai perkara biasa atau boleh diterima atas alasan keadaan tertentu.
Menurutnya, masalah bermula apabila rasuah mula dinormalisasikan dengan alasan seperti “sikit saja”, “biasalah” atau sekadar mahu memudahkan sesuatu urusan.
Sedangkan apabila amalan itu diterima sedikit demi sedikit, akhirnya ia berkembang menjadi budaya yang semakin sukar dibendung.
Ayob Khan sebelum ini juga pernah menggunakan perbandingan hampir sama ketika mengetuai Polis Johor pada 2021 dengan menegaskan bahawa rasuah tidak boleh dihalalkan walaupun seseorang berada dalam kesusahan.
Bagi beliau, soal integriti perlu bermula daripada prinsip bahawa sesuatu yang salah tetap salah walaupun sudah menjadi kebiasaan dalam sesuatu organisasi atau urusan perniagaan.
Daging khinzir ada kelonggaran ketika darurat.
Rasuah, tegas Ayob Khan, jangan pula dicari alasan untuk menghalalkannya.





No comments: