Peluang berniaga tanpa dibebani kos sewa tapak memberi rezeki besar kepada 40 usahawan tempatan a

 








Peluang berniaga tanpa dibebani kos sewa tapak memberi rezeki besar kepada 40 usahawan tempatan apabila mereka mencatat jualan keseluruhan RM555,350 sepanjang tiga hari penganjuran acara F1 di Sepang.

Menerusi inisiatif KUSKOP, usahawan diberikan tapak secara percuma sekali gus membuka peluang kepada peniaga kecil membawa produk mereka ke acara bertaraf antarabangsa.
Lebih menarik, beberapa usahawan yang terlibat turut tampil menyampaikan penghargaan kepada pihak kementerian atas peluang tersebut.
Laksasa.my misalnya mengucapkan “ribuan terima kasih” kepada KUSKOP kerana memilih mereka memperkenalkan produk tempatan kepada pengunjung F1.
Terbelohaa pula berterima kasih kepada kementerian dan Amanah Ikhtiar Malaysia kerana memberikan peluang menyertai acara besar bertaraf dunia sambil menyediakan tapak secara percuma kepada usahawan.
Petikfruit turut menyampaikan penghargaan kepada KUSKOP atas sokongan dan peluang yang diberikan.
Kejayaan ini memperlihatkan bagaimana pendekatan Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim membawa acara besar lebih dekat kepada peniaga kecil, supaya limpahan ekonomi tidak hanya berlegar dalam kalangan pemain besar.
Bukan sekadar diberi ruang berniaga, 40 usahawan itu akhirnya berjaya mengumpul jualan lebih setengah juta ringgit dalam tempoh hanya tiga hari








No comments: