Titah Sultan pun sekarang dicabar di Mahkamah....

 








Terkini 10 ADUN Negeri Sembilan fail saman, mahu pembatalan Exco diisytihar tidak sah

10 ADUN Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi hari ini terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri Sembilan bagi mencabar pembatalan pelantikan mereka sebagai anggota Exco kerajaan negeri.

Kesemua mereka ialah ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli; ADUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; ADUN Palong, Datuk Mustapha Nagoor; ADUN Chennah, Siow Kong Choon; ADUN Labu, Siti Nur Umaira Hasim; ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin; ADUN Sungai Lui, Datuk Mohd Razi Mohd Ali; ADUN Gemencheh, Suhaimizan Bizar; ADUN Serting, Mohd Fairuz Mohd Isa dan ADUN Sikamat, Datuk Razali Abu Samah selaku plaintif.

Berdasarkan dokumen, mereka antara lain mahu mahkamah menentukan kesahan pembatalan pelantikan yang berkuat kuasa pada 24 September lalu.

Mereka mempersoalkan sama ada pelantikan sebagai Exco boleh dibatalkan melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar.

Kesemua mereka turut meminta mahkamah mengisytiharkan pembatalan tersebut sebagai batal dan tidak sah, selain tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang terhadap kedudukan mereka.

“Kami memohon deklarasi bahawa pembatalan pelantikan yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan NS PU 18 bertarikh 24 September lalu sebagai terbatal,” menurut dokumen itu.

Plaintif juga menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk, selain faedah serta kos.

Selain kesahan pembatalan pelantikan, mereka mahu mahkamah memutuskan persoalan perlembagaan berkaitan bidang kuasa untuk menamatkan pelantikan anggota Exco kerajaan negeri.

Persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada seseorang Exco boleh dipecat hanya melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar tanpa nasihat Menteri Besar berdasarkan tafsiran sebenar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Mereka turut mempersoalkan sama ada peruntukan yang menyatakan seseorang Exco memegang jawatan selama diperkenankan Raja memberikan kuasa tidak terbatas kepada Yang di-Pertuan Besar untuk membatalkan pelantikan secara bersendirian





No comments: