Jawapannya ialah TIDAK MUNGKIN kita akan jumpa Su-30MKM terbang sekali 18 buah, kerana semua sudah ada tugas timeline masing-masing, jadual bertugas, air patrol, eksesais dan yang masuk service selenggara.
Jadi kalau Malaysia mempunyai 42 buah Sukhoi pun kita tidak akan jumpa kesemua 42 buah terbang bersama. Maksud semua Airforce didunia pun akan begini juga...
Ini benda yang ramai tak faham, dia ingat ada 18 buah = 18 buah boleh terbang serentak.
Realitinya - rotation dan aircraft availability.
Untuk TUDM 👉
1. Memang ada 18 buah Su-30MKM sahaja. Itu fleet No.11 Skuadron di Gong Kedak. Masuk servis 2007-2009.
2. Kenapa tak pernah terbang 18 sekali ?Sebab konsep "Rate of Availability". Dalam mana-mana Air Force di dunia, dalam satu-satu masa nisbah pesawat yang serviceable untuk flight operation tu biasanya 60-70% je. Bukan Malaysia je, US Air Force pun sama.
Pecahannya macam ni 👉
* Ada yang tengah 10-Year SLEP / Major Service di ATSC Gong Kedak. Satu pesawat masuk hangar berbulan-bulan.
* Ada yang tengah scheduled maintenance - lepas terbang berapa jam, kena check.
* Ada yang tengah standby QRA / Air Patrol di Labuan, Butterworth, Gong Kedak. Tak boleh gerak semua.
* Ada yang deploy eksesais - macam Eksesais Ababil 2021 tu di Labuan & Kota Belud, Udara Shakti dengan India, Pitch Black di Australia (CONTOH)
* Ada yang tunggu spare di ground.
Kalau ada 42 buah pun, kita takkan nampak 42 terbang serentak. Lagi besar fleet, lagi berselerak.
3. Pasal formation paling besar ?
Setakat yang direkodkan, paling banyak formation Su-30MKM sekali terbang masa Hari Kemerdekaan / LIMA dalam 11-12 buah. Itu pun dah kira elephant walk paling besar dah. Lepas flight tu baki akan sambung tugas balik.
Jadi kesimpulannya semua jet ada timeline tugas masing-masing - Hornet, Sukhoi, Hawk semua sama.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
Photo credit to owner
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment