
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Keduataan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 6 September 2026.
KUALA LUMPUR, 6 Sep – Amerika Syarikat (AS) hari ini menafikan dakwaan bahawa negara itu pernah cuba menentukan kepimpinan politik Malaysia.
Perkara itu ditegaskan oleh Chargé d’Affaires (Ketua Misi) Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David H. Gamble Jr., menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kedutaan AS di Kuala Lumpur hari ini.
“Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.
“Sebarang dakwaan sebaliknya adalah tidak benar,” katanya.
Kenyataan ringkas itu dipercayai sebagai penegasan pendirian Washington berhubung dakwaan campur tangan AS dalam urusan politik dan kepimpinan Malaysia.
Ketika itu, Duta Besar AS ke Malaysia ialah Joseph Y. Yun yang berkhidmat dari tahun 2013 hingga 2016.
Polemik berkenaan timbul apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendakwa menerima tawaran untuk menjatuhkan kerajaan dalam pertemuan di Kedutaan AS pada 26 April 2014, ketika lawatan tiga hari Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia.

Beliau mendakwa pihak AS ‘bersedia membantu menumbangkan kerajaan’ dikatakan dihadiri Takiyuddin Hassan dan Ahmad Samsuri Mokhtar, namun dua pemimpin Pas tersebut dikatakan tidak terpengaruh.
No comments:
Post a Comment