Syam Ghaz
1. Ketua Pemuda PAS Kelantan nak salahkan Dato Seri Tengku Zafrul seorang Menteri Kewangan zaman PN 33 bulan? 9 pemimpin Pas yang jadi Duta, Menteri dan Timbalan Menteri tu buat apa?
2. Masa tu JUDI NOMBOR EKOR dinaikan dari 8 ke 22 balik, selepas diturunkan oleh Kerajaan PH 1.0.
3. Masa 33 bulan tu kenapa 9 orang Pimpinan PAS jadi tunggul kayu dan judi diluluskan juga?
i. TS Abdul Hadi Awang, Presiden PAS jadi Duta Timur Tengah
Ii. Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man — Timbalan Presiden PAS
Iii. Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) - Senator Idris Ahmad — Naib Presiden PAS
Iv. Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin Hassan — Setiausaha Agung PAS
V. Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) — Datuk Ahmad Marzuk Shaary - AJK PAS Pusat
Vi. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh — AJK PAS Pusat / Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS
Vii. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff — AJK PAS Pusat
Viii. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi — Datuk Ahmad Amzad Hashim - AJK PAS Pusat
Ix. Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Awang Hashim - AJK PAS Pusat
4. Kenapa waktu PAS jadi Kerajaan Pusat, Sanusi Md Nor tak minta Kabinet PN 33 bulan yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob dan Hadi Awang tak BATALKAN AKTA LESEN JUDI ni?
i. Akta Pertaruhan 1953 [Akta 495] - berkaitan pertaruhan dan rumah pertaruhan.
ii. Akta Rumah Judi Terbuka 1953 [Akta 289] - berkaitan rumah/tempat perjudian dan aktiviti perjudian tertentu.
iii. Akta Loteri 1952 [Akta 288] - berkaitan loteri.
iv. Akta Pool Betting 1967 [Akta 384] - berkaitan pool betting.
v. Akta Eksais 1976 [Akta 176] — penting dari sudut pelesenan oleh Menteri Kewangan bagi aktiviti tertentu seperti mesin perjudian, melalui peruntukan dan peraturan berkaitan.
5. Yang jelas PAS pengecut! Masa berkuasa tak haramkan judi, Akta Judi tak dimansuhkan, tapi bila tak berkuasa nak longgok semua salah Kerajaan Malaysia sekarang?
6. Yang terbukti anti judi adalah Kerajaan PH 1.0 yang turunkan Judi Nombor Ekor dari 22 ke 8 waktu berkuasa 2018-2020 dan era PN di naikan balik, kemudian Kerajaan Madani pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim yang turunkan sekali lagi jadi 8, dari 22 yang dinaikan oleh PN!



No comments:
Post a Comment