MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN MEMBISU BANYAK HAL. KINI KERIAU PULAK BENDA YANG TAK BOLEH DISELESAIKAN.

 Azam Baki, Victor Chin, Bloomberg dan Fadhli Shaari; Masa PN Jadi Kerajaan PAS Buat Apa? Jenayah Victor Chin Ni Berlaku Sebelum 2018 Lagi. Standard Prosedur Siasatan Kerajaan 21 Hari.









Ada 2 pokok pembangkang mainkan.


A. Azam Baki ada saham lebih RM100,000 


1. Ini kena jelas, bukan kesalahan RASUAH atau salahguna kuasa untuk seorang Ketua Pengarah bagi miliki saham RM100,000 ke atas, dengan syarat majikan benarkan. 


2. Saya rujuk; Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


3. Berikut adalah butiran berkaitan peraturan tersebut:

Peraturan Terlibat: Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, yang mengehadkan pemilikan ekuiti atau saham oleh penjawat awam.


4. Pekeliling Berkaitan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 (dan kemas kini/garis panduan berkaitan pemilikan saham/akaun dagangan).


5. Isu Utama: Penjawat awam (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) dihadkan pemilikan saham kepada maksimum RM100,000 (jumlah nilai nominal) dan perlu mengisytiharkan perolehan saham kepada Ketua Jabatan.


6. Konteks Kontroversi: Azam Baki didakwa memiliki jumlah saham yang tinggi dalam syarikat Velocity Capital Bhd (dulu Excel Force MSC Bhd) pada 2015-2016, yang dikatakan melanggar had atau peraturan tersebut. 


7. Tindakan Kerajaan: Sebab ia isu dalaman kakitangan awam, Kerajaan telah wujudkan satu Jawatankuasa Khas Siasatan yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar (Peguam Negara).


8. Laporan Bloomberg kononnya PMX Anwar Ibrahim minta Jawatankuasa Khas menangguh keputusan adalah satu tindakan tidak tepat. 


9. Kerana selepas TS Azam Baki terima surat dari Jawatankuasa Khas Siasatan, dia ada tempoh 21 hari bukan peruntukan dalam PU(A) 395/1993 untuk jawab balik.


10. Ini adalah amalan pentadbiran rasmi yang digunapakai dalam prosedur tatatertib sektor awam bagi memberi peluang munasabah kepada pegawai mengemukakan representasi


11. Tuduhan Bloomberg dan Fadhli Shaari PMX melenggahkan keputusan JK Siasatan Khas satu tindakan tidak tepat, dan amat jelas tak buat ‘homework’ dulu sebelum tulis.


12. Jawatankuasa itu jugalah untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa atau "manipulasi korporat" yang mungkin berlaku.


B. Kes Mafia Korporat Viktor Chin.


1. Kes Victor Chin wujud sejak sebelum 2018 untuk mengumpulkan jumlah aset, RM475 juta 


2. Zaman Mahathir, Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah kenapa PN dan Pas bisu? Hanya zaman Madani berani buka balik kes ini dan tahan Victor Chin dan 10 yang lain disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.


3. Victor Chin umum dia bayar seorang tokoh politik RM9.3 juta untuk selesaikan kes dia, mulanya bagi ‘hint’ kata Ahli Parlimen PKR, terbaru bukan dah.


4. Berita ini jadi persepsi tidak baik pada Kerajaan, sebab tiada sebarang maklumat didedahkan cuma kenyataan politik. 


5. Zaman Kerajaan Perpaduan PN kalut desak Kerajaan supaya siasat Mafia Keparat, zaman PN berkuasa 33 bulan bisu makan gaji buta. Bila jadi Pembangkang balik salahkan Kerajaan yang tangkap Victor Chin yang terlibat pengubahan wang haram?


Syam Ghaz


Nota: Sebelum komen, saya salah seorang yang suka jika Tan Sri Azam Baki tidak disambung kontrak bulan 5 ni, kerana terlalu lama di situ. Jika Pegawai yang jaga sempadan pun 2 tahun sekali kena tukar, inikan pula KP SPRM. Jika nak lantik, lantik dia jadi Pengerusi NAFAS jaga padi, lembu, kambing, kebun saya sokong 100%.




No comments: