JANGAN DI CUBA LAGI ZAMAN 32 BULAN. MAU MELINGKUP MALAYSIA DIBUATNYA.






 Katakan kita buat rumah. Bila rumah tu siap dibina, ada la yang tak betul sini sana. Sikit je. Dan memang ada warranty pun. Maknanya bila kita complain, nanti tukang akan datang dan betulkan.


Cuba fikir, adakah logik kalau disebabkan benda tak tepat ikut selera kita serba sedikit tu, kita terus nak robohkan rumah tu? Lepas tu nak ambil tukang lain untuk bina semula. Gila tak?


Bahkan menjadikannya lebih bodoh lagi, tukang yang nak dilantik tu pulak yang dah 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 dalam projek pembinaan sebelum ini. Hanya orang tak waras je yang akan buat begitu 


Begitulah ceritanya dengan pemerintahan Malaysia hari ini. Kerajaan 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 ni jauh daripada sempurna. Ada banyak perkara yang boleh diperbaiki. Lagipun negara ni dah lama dirosakkan. Dari zaman 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 hingga ke zaman 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶. Dengan kerosakan paling teruk berlaku ketika 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 memerintah.


Tapi tetap negara kita buat progress yang baik. Bukan kenyataan perasan je ni. Banyak pihak termasuklah media antarabangsa yang memuji Malaysia. Tambah lagi di zaman krisis tenaga ni, cara kerajaan tangani mendapat perhatian dunia.


Manakala keupayaan PN menangani krisis memang 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻. Krisis bekalan ayam dan telur. Harga melambung tinggi. PN sekadar boleh buat jawatan kuasa jihad je. Tapi harga kekal tinggi.


Krisis bekalan minyak masak lebih teruk. Malaysia ni antara pengeluar utama minyak sawit. Tapi bekalan dalam negara sendiri tak cukup. Rupa-rupanya 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 sendiri yang sorokkan minyak masak.


𝗞𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 pula, bila Mahiaddin tak mampu untuk buktikan keabsahan, apa dia buat? Dia isytiharkan pulak 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁. Tak pasal-pasal. YDPA pun dia langgar semacam demi nak kekalkan kuasa.


Masa pandemik Covid dulu, berapa ramai rakyat yang terpaksa kibar bendera putih? Jumlah bunuh diri pun meningkat. Mahiaddin cuma mampu gadaikan masa depan rakyat, guna simpanan hari tua sendiri lepas tu claim konon dia bantu rakyat.


Tak cerita lagi tentang beli mesin ventilator yang lebih banyak rosak daripada boleh digunakan. Tak cerita tentang vaksin tamat tarikh luput. Hancur negara ni di tangan pemimpin dungu.


Itu Mahiaddin. Pengerusi PN sekarang, 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 pun boleh tahan 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗯𝗮𝗶 uruskan isu. Ingat masa negeri dilanda banjir. Dia dekat mana masa tu? Mujur ada agensi Kerajaan Pusat datang membantu.


Isu jalan runtuh. Apa penyelesaiannya? Malah bonus penjawat awam pun harapkan dana kerajaan pusat. Dah kau sebagai MB buat apa? Macam tu pun berani nak berangan mentadbir Malaysia.


Sekarang ni, di tengah-tengah krisis tenaga, di ketika seluruh negara cuba jimatkan bahan bakar, boleh pula MB PAS berpakat anjurkan konvoi. Nak percepatkan lagi bekalan petrol negara kering. Tak faham situasi ke? Macamana nak uruskan krisis kalau begitu cara otak mereka berfungsi?


PN 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗼𝗹𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳𝗻𝘆𝗮 adalah sebuah kegagalan. PN nak namakan calon PM pun tak berani. Bukan setakat calon PM, nak lantik pengerusi pun tak termampu. Itu jawatan terpenting dalam koalisi tu.


Kalau baca posting ni, pertengahan Mac baru PN ada mesyuarat Majlis Tertinggi 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮! Dah nak masuk suku kedua tahun 2026 baru nak mesyuarat? Dah selama ni chat dalam wasap je ke?


Jadi PN memang tak pernah bincang isu semasa ke selama tu? Dalam media sosial bukan main lagi dia 𝗽𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗻𝗴 buat kenyataan. Rupanya tak pernah bincang sebagai satu koalisi.


Dan dalam posting tu juga kata akan namakan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 sebelum akhir bulan Mac. Dah masuk April dah. Senyap je. Memang PN jenis pandai cakap je. Perlaksanaan sentiasa ke laut dalam.


Kalau nak namakan Ketua Pembangkang pun PN tak mampu, entah macamana PN nak atasi krisis sebesar krisis tenaga seperti sekarang ini. Rasanya lebai akan suruh kita berdoa je la macam sebelum ni.


Madani memang tak sempurna. Tapi jauh lebih elok daripada 𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁-𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁 dalam dalam PN. Nak turunkan Madani dan gantikan dengan parti yang dah terbukti tak pernah berjaya tangani apa-apa krisis, itu sangat luar biasa bodohnya. 


Syukur hari ini dalam krisis tenaga, ketika rakyat di negara lain menanggung beban yang teruk, kita di Malaysia masih diberikan subsidi bahan api. Cuma tak semua manusia itu tahu bersyukur. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




No comments: