𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐋𝐔𝐋𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐕𝐀𝐑𝐃



 SHAHIR







𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐋𝐔𝐋𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐕𝐀𝐑𝐃

Itu hari ada "orang minyak" daripada Whatsapp yang merapu-rapu dengan fakta dan data tunggang terbalik kononnya kita import minyak dari Brunei, Indonesia dan Nigeria dan kita import hanya 30% daripada negara-negara teluk yang minyaknya melalui Selat Hormuz.
Semalam ada hamba Allah hantar video orang minyak lulusan Harvard yang bercakap berkenaan eksport dan import minyak Malaysia secara merapu-rapu tidak berlandaskan data dan fakta yang betul daripada sumber rasmi.
Orang minyak tersebut adalah Isham Jalil (dah kena blocked).
Dalam sesi live dia cakap Malaysia ni pengeksport bersih minyak mentah.
Dia punya merapu memang tahap sembang kedai kopi tepi jalan.
Dengan penuh yakin dia cakap Malaysia adalah pengeksport minyak mentah dalam 600 ribu ke 700 ribu tong sehari kemudian dia kata kita pakai dalam 400 ribu ke 500 ribu sehari.
Aku tak tahulah penganalisis PhD mana yang bagi dia maklumat sesat ni tapi memang jelas fakta tak betul dan data pun kelaut.
Tak payah susah-susah suruh Petronas dedahkan, setiap 3 bulan DOSM keluarkan Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli yang menyenaraikan data pengeluaran, eksport dan import minyak mentah negara.
Sebagai contoh tahun lepas (2025) Malaysia mengeksport minyak mentah dengan nilai RM23.76 bilion dan Malaysia mengimport RM54.11 bilion menjadikan Malaysia pengimport minyak bersih dengan defisit perdagangan minyak mentah RM30.36 bilion.
Dari segi kuantiti atau volum pula, Malaysia mengeksport 9.558 juta tan minyak mentah dan mengimport 22.895 juta tan menjadikan defisit minyak mentah 13.337 juta tan.
Kalau nak guna setiap tong atau per barrel Malaysia mengeksport hanya 192 ribu tong sehari berbanding Malaysia mengimport 459 ribu tong sehari dengan defisit 267 ribu tong sehari.
Jadi celah mana Malaysia pengeksport bersih minyak mentah?
Malah sejak 2018 hingga 2025, dalam tempoh 8 tahun kebelakang defisit minyak mentah Malaysia semakin meningkat dan Malaysia mula menjadi pengimport bersih minyak sejak 2014 di mana ada dalam beberapa tahun kembali sebagai pengeksport bersih kecil.
Jika dicampur dengan produk petroleum yang telah ditapis (refined products) barulah defisit itu berkurang tetapi Malaysia kekal sebagai pengimport bersih minyak mentah dan produk petroleum.
Jadi dekat mana Malaysia pengeksport bersih minyak mentah?
Isham Jalil nak menipu ahli-ahli parti baru dia senang sebab yang dekat sana bukan jenis semak fakta dan data.
Screenshot Whatsapp pun boleh jadi modal.
Ada beberapa lagi fakta-fakta tak betul yang Isham Jalil jaja dalam live dia.
Nanti aku tulis yang lain.
Fakta paling asas eksport dan import pun dia dah salah.
Boleh kata semua benda lain apa yang dia merapu tak betul.



No comments: