LGBT DAN SEKS SONGSANG : APA SIKAP KITA?








1. Golongan LGBT dan pelakuan seks songsang adalah 2 subjek yang berbeza walaupun mereka dilihat saling berkait pada tanggapan umum masyarakat.


2. Seks songsang atas apa situasi sekalipun adalah haram mengikut Islam. Wpun ada qaul yang mengatakan seks songsang antara suami isteri adalah dibolehkan, namun ianya satu pendapat yang nadir dan amat lemah, jumhur tetap berpandangan ianya haram, cuma tidak boleh dikenakan hudud kerana ada syubhat perkahwinan. 


3. Setakat ini kesalahan seks songsang telah dimuktamadkan sebagai satu perbuatan jenayah di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil, bukan Mahkamah Syariah. 


Anggapan/cadangan supaya kesalahan seks songsang wajar diletak di bawah bidang kuasa mahkamah syariah adalah tidak berasas dan tidak relevan kerana banyak lagi perkara yang Haram di sisi Islam tidak diletak sebagai kuasa negeri, apa istimewanya seks songsang sehingga perlu dijadikan kuasa negeri?? 


4. Kewujudan dan gerakan golongan LGBT dalam masyarakat perlu dilihat sebagai satu tabiat semulajadi manusia yang telah wujud sekian lama. Ianya satu cabaran kepada dakwah dan tatakelola kemanusiaan. 


5. Persepsi yang mengaitkan aktiviti seks songsang dan kewujudan golongan LGBT boleh mengundang laknat dan kemurkaan Allah adalah satu anggapan salah dan  bukan dari ajaran Islam. Laknat dan kemurkaan Allah boleh berlaku ke atas semua kemungkaran dan dosa, bukan terhad setakat kemungkaran tertentu sahaja. 


6. Hentikan kebencian kepada perkara mungkar yang hanya ada nilai politik sahaja, tetapi berdiam diri ke atas kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita. Kemungkaran hendaklah dibenci dan diperangi dalam semua bentuk, bukan setakat seks songsang dan golongan LGBT sahaja.

No comments: