𝗣𝗟𝗢𝗧 𝗧𝗪𝗜𝗦𝗧 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗠𝗦𝗨𝗟 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥




Seminggu-dua ini kecoh pasal Datuk Seri Shamsul Iskandar, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri. Episod ini bermula dengan tularnya satu surat sokongan mengenai 1 projek di bawah Kementerian kesihatan.


Ada pandangan yang berbeza beza mengenai surat ini. Ramai yang mengkritik kerana ia dilihat menyambung amalan dahulu yang bersubahat dengan rasuah. Ada pula penyokong kerajaan yang mempertahankannya kerana surat itu kata mereka hanya memanjangkan permohonan dan surat surat yang dihantar kepada Perdana Menteri atau Setiausaha Politik beliau tanpa memberikan arahan. 


Itu jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri.


Di sinilah adanya satu plot twist. Saya mendapat satu mesej dari wakil salah 1 syarikat yang disenaraikan dalam surat sokongan itu. Mereka menyatakan Kamal Engineering tidak pernah terlibat dengan "pre-qualification" projek tersebut. Mereka pun tidak pernah melibatkan diri dengan projek tersebut. Kamal Engineering telah membuat laporan polis dan MCMC mengenai salah guna nama mereka di dalam surat tersebut.


Maka plot twistnya adalah begini: jika Kamal Engineering tidak terlibat pun dalam projek itu, bagaimana dan siapa yang pandai pandai guna nama syarikat hingga sampai ke Pejabat Perdana Menteri? 


Ia adalah satu kesalahan jenayah menyalahgunakan nama orang atau syarikat tanpa kebenaran mereka. Satu lagi kemungkinan ialah syarikat Kamal Engineering jadi kambing hitam yang namanya hanya diselitkan sebagai "dummy" di dalam surat sokongan itu tanpa pengetahuan mereka.


Apa pun saya sudah sampaikan maklumat ini dari Kamal Engineering kepada orang ramai yang memohon saya membantu mereka menjelaskan keadaan ini bagi pihak mereka. Saya harap pihak polis ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab.




No comments: