KERAJAAN LUNASKAN.

 

TERKINI 


Keperluan kewangan isu tanah Felda Terengganu telah di lunaskan


Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa keperluan dan komitmen kewangan berkaitan isu tanah Felda di Terengganu telah pun dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Anwar yang juga Menteri Kewangan telah memberikan penjelasan mengenai perkara itu sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.


“Perdana Menteri telah menyatakan bahawa semua keperluan kewangan berkaitan tanah telah dilunaskan, telah dibayar sebelum ini dan tapi ada beberapa perkara yang tidak disusuli oleh pihak kerajaan negeri.


“Petang ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Datuk Johan Mahmood Merican) ada perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu untuk memastikan apa yang telah kerajaan Persekutuan lunaskan, kini perlu disusuli oleh pihak kerajaan negeri. Itu sangat penting,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Putrajaya hari ini.





No comments: