INILAH SEBABNYA KENAPA MEREKA BERIA MAHUKAN PMX DITURUNKAN?






Golongan yang paling kuat menjerit mahu PMX dijatuhkan bukanlah mereka yang memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya kelompok yang pernah mengaut kekayaan negara tanpa rasa bersalah. Mereka inilah yang digelar pencuri, penyangak, perompak dan penipu serta merompak hasil negara ketika berkuasa. Hakikatnya, perjuangan itu hanyalah sekadar topeng untuk melindungi kepentingan sendiri dan mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas perbuatan lampau.


Apabila kerajaan hari ini mula menutup ruang ketirisan, memperketat tadbir urus dan membongkar salah guna kuasa, golongan ini menjadi individu paling gelisah. Sebab itu mereka sangat berharap PMX dijatuhkan kerana perjuangan mereka bukan demi rakyat, tetapi demi menyelamatkan diri, kroni dan kekayaan yang diperoleh secara tidak sah. Rakyat perlu celik dan menilai, siapa sebenarnya yang takut kepada perubahan, dan siapa yang benar-benar mahu negara dibersihkan daripada perompak bersongkokkan perjuangan.


#fyp #KekalPMX  #LawanRasuah #RakyatMenilai



No comments: