Guitizia Spada
Baru baru ini Yahoo Finance meletakkan nama Mahathir dalam senarai pemimpin terkaya dunia dengan anggaran USD 40 bilion. Ya betul USD 40 bilion bukan angka kecil dan bukan angka yang boleh disorok dalam poket baju Melayu. Nama beliau diletakkan sebaris dengan diktator dan tokoh kontroversi dunia. Ironinya Mahathir selama ini menjual imej sederhana tetapi tiba tiba muncul sebagai jutawan mega dalam senarai antarabangsa.
Rakyat terkejut tetapi dalam masa sama sudah lama berlegar tentang kekayaan luar biasa keluarga beliau. Anak anak Mahathir bukan sekadar kaya mereka hidup dalam dunia lain dengan empayar perniagaan dan aset mewah yang sukar dibayangkan oleh rakyat biasa. Ketika rakyat bergelut dengan harga barang mereka bergelut memilih kereta sport mana yang mahu dibawa.
MACC pula dilaporkan sedang menyiasat aset Mahathir di United Kingdom. Siasatan ini menambah lagi persoalan. Kalau benar angka USD 40 bilion itu fitnah kenapa tiada tindakan undang undang. Kenapa Mahathir tidak berani menyaman Yahoo Finance. Senyapnya beliau lebih kuat daripada seribu kenyataan. Diam itu sendiri menjadi sindiran pedas kerana seorang tokoh yang lantang bersuara tiba tiba membisu bila kekayaan peribadi dipersoalkan.
Angka USD 40 bilion ini bukan sekadar angka ia adalah simbol jurang antara pemimpin dan rakyat. Ia adalah cermin yang memantulkan wajah sebenar politik Malaysia. Anak anak menikmati kemewahan rakyat terus dihimpit. Mahathir boleh terus menafikan tetapi selagi tiada penjelasan selagi tiada tindakan undang undang selagi itu bayang 40 bilion akan terus menghantui imej beliau.
Santai atau tidak isu ini tetap panas. Ia bukan sekadar gosip ia adalah persoalan integriti. Dan rakyat berhak bertanya berhak menyindir berhak menuntut jawapan.
Tiba-tiba Admin teringat kisah penyelewengan ratusan juta dollar mendiang Robert Mugabe ex Presiden Zimbabwe yang didedah dan diheret ke mahkamah. Yang juga berkait juga kisah penyeludupan besar-besaran kayu balak dari Malaysia yang didalangi kawan baik beliau, Mahathir untuk bina Istana Peribadi. Kecoh Zimbabwe waktu itu...#SpadaFacts
Fakta atau Auta?
Anda sendiri nilaikan....
#Mahathir #40billion #kekayaan #Yahoo #YahooFinance #rich #Zimbabwe #RobertMugabe #courts #controversy #Kontroversi #politikmalaysia #politics #hilights #follower #politik #semuaorang #sorotan #jangkauanluas

No comments:
Post a Comment