BUKAN MUDAH MENJADI PMX
Ramai yg sindir kenapa tak lakukan reform 100% seperti dijanjikan. Saya beritahu Anwar seperti insan yg lain bukan sempurna tetapi dia telah melakukan yg terbaik.
Sebenarnya tidak ada pemimpin di dunia, malah PM Malaysia sebelum ini mampu melakukan manifesto yg dijanjikan sebelum PRU.
Mahathir juga tertekan dgn soalan dan desakan laksanakan manifesto lantas beliau menjawab ‘manifesto bukan kitab suci’.
Kdg2 yg kritik Anwar itu dtg dari ahli partinya sendiri. Tapi ada yg berjanji nak turunkan harga kereta sehingga 30% tetapi tidak dilakukan…???
Isunya skg kenapa reformasi yg dilakukan boleh la kita anggap hanya mencapai 50% selepas 3 tahun?
Anda mesti ingat janji beliau itu ada yg bermula ketika era 1998, ada yg 2008, 2013…. di mana ketika itu apa yg dikatakan masih relevan berdasarkan ekonomi dan politik semasa.
Jadi apa kesukaran Anwar ketika ini?
Jawapan saya mudah ini bukan kerajaan PH atau PKR. Jika PKR menguasai 120 kerusi Parlimen berbeza pendekatannya. Atau seperti saya ulas dahulu, jika Anwar menjadi PM 1999 ketika UMNO dominan di dlm kerajaan pasti situasinya berbeza.
Ini adalah kerajaan perpaduan yg idea dtg daripada Agong. Anwar mengetuai kerajaan campuran pelbagai parti dengan ideologi parti yg berbeza beza.
Banyak reformasi perlu kompromi supaya kerajaan tidak runtuh. Jika terlalu drastik, sokongan parti rakan boleh ditarik balik sb parti masing2 ada kepentingan kaum dan ideologi tersendiri.
Anda mesti ingat reform itu bermula dgn tata kelola, janji kerajaan tidak ganggu kuasa badan kehakiman, agensi penguatkusaan dan lain2. Ia telah dilaksanakan, jika tidak pastinya kes Muhyiddin disegerakan.
Reformasi bukan hanya keputusan PM tapi ia melibatkan perkhidmatan awam, badan kehakiman, agensi penguatkuasaan. Semua ini mempunyai budaya dan kepentingan lama yg sukar diubah dgn cepat.
Banyak reformasi juga memerlukan pindaan perlembagaan dgn memerlukan majoriti 2/3 di Parlimen. Ini sangat sukar dicapai dlm situasi politik skg.
Dlm kerajaan Perpaduan Anwar terpaksa bergantung kpd parti2 komponen. Nak lantik Menteri pun kena minta pandangan Presiden parti masing2.
Parti2 yg bersama kerajaan Perpaduan juga sering mengambil kesempatan. Tekanan politik dan persepsi kaum/agama dimainkan sendiri oleh parti2 kerajaan.
Bila kita ingin laksanakan sesuatu polisi yg baru serta tegas dgn undang2 ia akn dimanipulasi atas nama hak asasi, kebebasan bersuara dan isu kaum serta agama.
Mulalah ia dianggap ancaman, lalu menimbulkan penentangan awam. Maka penuhlah pentaksub pentaksub di Padang Merdeka.
Tanpa disedari media sebenarnya telah mengalami reform walaupun bukan 100%. Apatah di era media sosial mana2 kerajaan mudah tergugat dgn persepsi.
Di era PMX kebebasan media dan ruang awam sgt jelas. Kini media lebih bebas mengkritik kerajaan, kurang tindakan keras terhadap pengkritik seperti zaman Mahathir.
Sebenarnya menjadi Perdana Menteri di era 2015 lagi (apabila media sosial kuasai minda masyarakat ) mana2 Perdana Menteri sukar bertahan lama.
Sdgkan Israel pun akui ‘serangan siber’ rakyat Malaysia sgt menakutkan. Era ini 20 juta rakyat Malaysia mampu menulis dgn maki hamun dgn pemimpin2 negara.
Sb itu Najib, Mahathir 2.0, Muhyiddin dan Ismail Sabri tak mampu bertahan atau kekal lama di kerusi Perdana Menteri kerana ‘serangan siber’
Anwar membawa slogan “Reformasi” sejak 1998 dan ia ayat keramat utk ahli partinya. Tapi ramai yg tidak faham reformasi sebenar biasanya mengambil masa bertahun tahun, bukan beberapa bulan atau satu penggal.
Moralnya di sini…Anwar mungkin mahu reformasi yg lebih tinggi datanya, tetapi terikat oleh realiti kuasa, sistem, dan kompromi politik dgn parti2 yg menyertai kerajaan perpaduan ini.
Reformasi dibuat secara berperingkat, ia bukan revolusi. Reformasi bermaksud ia dilakukan secara berperingkat utk memperbaiki sistem sedia.
Reformasi berlaku secara aman dan sah dgn menggunakan undang2 dan institusi. Akn mengambil masa panjang dan kurang risiko kekacauan.
Revolusi pula perubahan mendadak, menyeluruh dgn menjatuhkan sistem lama. Ia cepat & drastik tetapi selalunya ia melibatkan konflik dan keganasan.
Sebagai contoh berlaku revolusi Perancis, revolusi Rusia dan Arab Spring (beberapa negara). Ia bawa pembebasan tetapi juga boleh bawa huru hara.
Kerana kepentingan pihak tertentu Anwar bukan sahaja diserang 24/7 oleh parti lawan tetapi dari parti dlm kerajaan yg ambil kesempatan dan malah dari partinya sendiri. Anda mampu bertahan dari segi mental?
Jika anda duduk 7 hari di kerusi Anwar, belum tentu anda tersenyum di dlm kenderaan rasmi, barangkali tersenyum di Hospital Bahagia.


No comments:
Post a Comment