PUTRAJAYA, 18 Dis - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menafikan dakwaan bahawa pelantikannya akan meminggirkan komuniti Bumiputera.
Timbalan setiausaha agung DAP itu menolak kenyataan yang dibangkitkan Noh Omar dan menekankan komitmen untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia.
“Bagi saya, seorang pemimpin Malaysia yang baik ialah mereka yang menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama.
“Ini sentiasa menjadi amalan saya, kepercayaan saya, prinsip saya, dan memang prinsip parti saya,” katanya.
Terdahulu, Noh dalam satu kenyataan berkata pelantikan Sim untuk memegang portfolio pembangunan usahawan dan koperasi mengejutkan usahawan Bumiputera.
Menurut Noh, pemindahan portfolio itu kepada seorang menteri DAP menimbulkan kebimbangan berhubung perlindungan masa depan terhadap syarikat mikro, kecil dan sederhana Bumiputera.
#BeritaKS

No comments:
Post a Comment