Jamzuri Ardani
Ada kemungkinan PAS akan meninggalkan Bersatu dan cuba membentuk kolisi baharu dengan BN. Itu pun kalau BN sanggup.
Saya fikir BN lebih selesa untuk bertanding bersendiri dan hanya membentuk kolisi selepas PRU untuk membentuk kerajaan dengan blok yang mereka pilih.
BN yakin mereka akan dapat mengambil semula beberapa kerusi dari PAS dan Bersatu dan menjadi blok yang kuat untuk memimpin kerajaan selepas PRU.
Sejujurnya, saya ada kebimbangan yang besar tentang nasib PH dalam PRU akan datang. Saya tidak pasti samada pimpinan atasan PH sedar atau tidak akan suasana sebenar di peringkat akar umbi.
Tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi kerajaan madani memang meningkat, tetapi ramai penganalisa politik tidak yakin ianya bakal diterjemahkan dalam bentuk undi kepada PH.
No comments:
Post a Comment