Syam Ghaz
Adendum dan Keluar Kerajaan: Ketua Pemuda UMNO ni robus, ingat saya muda muda dulu.
1. Sebenarnya tak perlu ugut mengugut pun jika saling hormat menghormati.
2. Kita tahu dan hormat kesedihan ahli UMNO terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kes adendum Dato Seri Najib Razak, mantan Presiden UMNO harini.
3. Pasal YB Yeo Bee Yin, saya pun tak suka beliau komen mcm tu. Cuma kita kena faham Yeo Bee Yin bukan pimpinan Dap Pusat pun, tulisan dia tak cerminkan keputusan rasmi parti dia pun.
4. Kes Adendum Dato Seri Najib Razak ni kita juga tahu, bukan salah Kerajaan Perpaduan, ia keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
5. Jika nak salahkan Kerajaan Perpaduan, tak kena juga. UMNO ada 1 Timbalan Perdana Menteri, 7 Menteri dan 5 Timbalan Menteri dalam Kerajaan sekarang. Menteri yang jaga undang Undang juga UMNO. Malah Ketua Hakim Negara pun ada kaitan dengan Umno dulu dulu yang kini Pengerusi JAC. Ini yang PN duk serang.
6. Nak marah Hakim tak boleh juga, Hakim hanya ikut Undang Undang dan Perlembagaan Persekutuan; agenda adendum itu tidak dibawa masuk ke mesyuarat Lembaga Pengampunan. Sebagai warganegara Malaysia kita mahukan hak Keadilan Undang Undang sama rata tidak kira apa jawatan dia.
7. Yang masuk dan diluluskan Lembaga Pengampunan adalah diskaun denda dari RM240 juta kepada RM50 juta dan kurangkan hukuman penjara dari 12 tahun ke 6 tahun. Itu berjaya diluluskan dah. Tiada dalam agenda Isu adendum ni.
8. Kes Dato Seri Najib ditahan zaman Tun Mahathir, didakwa zaman TS Muhyiddin dan dihukum penjara zaman DS Ismail Sabri. Masa tu Umno ada dalam Kerajaan PN kan?
9. Jadi tak boleh nak salahkan Kerajaan sekarang 100%. Malah jika nak claim, dari segi Lembaga Pengampunan, zaman Kerajaan Perpaduan ini lah DS Najib dapat diskaun denda dan jumlah tahun tahanan penjara dikurangkan. Tahun 2024.
10. Zaman ini contoh jelas berlaku pengasingan kuasa legislatif dan kuasa eksekutif. Itu satu kejayaan besar Kerajaan Perpaduan dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Zahid Hamidi.
11. Kita fahamlah UMNO akan ada Perhimpunan Agung Umno 14 Jan 2026 nanti. Tak perlu lah nak tembak semua orang dan kaki Kerajaan sendiri.
12. Kita ni gabungan parti bentuk Kerajaan Perpaduan; gabungan PH, BN, GPS, GRS dll.
13. Jika UMNO/BN nak buat keputusan keluar Kerajaan Perpaduan, saya rasa benda ini dia kena ambil kira:
i. Jika Umno bawa 29 kerusi Parlimen BN keluar, Kerajaan Perpaduan masih kekal memerintah Kerajaan Kerajaan sekarang majoriti besar.
ii. Sediakah UMNO untuk jadi Pembangkang dan tinggalkan semua 1 Timbalan Perdana Menteri, 7 Menteri, 5 Timbalan Menteri dan semua Pengerusi GLC semata mata nak jadi Pembangkang?
Iii. UMNO tidak boleh bentuk Kerajaan PN selagi Muhyiddin BERSATU jadi Pengerusi PN. Malah usaha Hamzah untuk singkir Muhyiddin juga telah gagal. Usaha ini jalan buntu.
iv. Syarat UMNO nak masuk bargabung dengan PAS, BERSATU kena out kan. Mustahil berlaku. Kena ingat satu je; jika PAS ‘kick’ BERSATU, adakah BERSATU akan berdiam diri dan tak hulur kepada ke parti Kerajaan memerintah?
v. GRS dan GPS pula takkan bentuk Kerajaan dengan BN jika ada PAS. Terutamanya GPS, mereka nak hadap PRN Sarawak, lihat sahaja trend PRN Sabah.
vi. Terkini parti WARISAN pula sedia bersama bentuk Kerajaan Pusat bersama di Parlimen untuk Pilihanraya Umum nanti.
v. Saat kita tengah “cool war” antara BN dan DAP, MB Perlis akan letak jawatan dalam masa terdekat. Itu membuktikan PN juga tidak stabil dan lemah, retak menanti belah.
14. Semua tu kena ambik kira semua. Kita ni parti Kerajaan Perpaduan, rakyat semua sangat pandai menilai, parti dah jadi no 2.
15. Gelombang, calon local dan isu tempatan (periuk nasi pengundi) dah jadi no 1 jika ikut keputusan PRN Sabah.
16. Daripada kita berperang sama sendiri, PN bersorak mendoakan kita tumbang. Lebih baik kita tala serangan pada PN yang retak menanti belah.
Sekian.
Syam Ghaz


No comments:
Post a Comment