UMNO hari ini dilihat hanya berani memberi isyarat kononnya akan keluar kerajaan, namun belum menunjukkan ketegasan sebenar terhadap DAP melalui kesatuan suara dan pendirian yang jelas.
Sampai bila UMNO mahu terus terikat dengan kompromi yang melemahkan kuasa tawar-menawar Melayu dan Islam sedangkan alternatif penyatuan masih wujud depan mata?
Kerajaan yang lebih selaras dengan maqasid syarak ialah kerajaan yang berani mempertahankan Islam, tanah rizab Melayu dan hak keistimewaan Melayu, tanpa menafikan hak asas kaum lain dan ini menuntut keberanian politik, bukan sekadar retorik.
Ini pandangan saya.
#BersamaPimpinNegara

No comments:
Post a Comment