UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya beranggapan apa yang berlaku dalam kes titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang serius bertentangan dengan perjuangan parti itu dalam mempertahankan kedaulatan raja-raja.
Para pemimpin UMNO juga perlu menyerahkan kuasa atau jawatan yang disandang mereka di dalam Kerajaan Perpaduan atas alasan yang sama.
Ia bagi memastikan UMNO kembali mempunyai kuasa dan pengaruh dalam politik negara dan tidak lagi bergantung kepada mana-mana parti politik lain.
"UMNO ada undang-undang dan Perlembagaan sendiri yang sepatutnya kita hormati, ikut dan patuh.
"Jika tidak, tidak ada maknanya perjuangan UMNO selama ini sekiranya hanya kerana kerusi empuk (jawatan)." - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.
#malaysiagazette

No comments:
Post a Comment