SILAP KALAU PEMBANGKANG INGAT ANWAR TAKUT HILANG KUASA.. DIA ADALAH PEJUANG. DAN SIKAPNYA MELAWAN..

 Alif Jamil


Kadangkala saya kesian melihat pembangkang harini.




Kegigihan dan keghairahan mereka untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim tu membuatkan mereka lupa siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim bukan jenis pemimpin yg takut hilang kuasa, apatah lagi takut berdepan dgn pihak lawan.. 


Pembangkang harini lupa, Anwar Ibrahim itu cuma baru 3 saja tahun sebagai Perdana Menteri, tapi beliau lebih 20 tahun hidupnya sebagai Ketua Pembangkang.


Maknanya, sudah lebih dua dekad lamanya beliau menjadi panglima perang melawan regim lama yg disokong oleh pelbagai jentera, media, institusi dan sistem yg tempang. 


Orang lain kalau ditekan bertahun² sebegitu rupa, dah lama menyerah kalah.. 


Tapi Anwar Ibrahim ?? 

Beliau bukan sekadar bertahan, bahkan beliau  bangkit balik berulang berkali.


Makin ditekan makin kuat melawan. 


Itulah beza antara pemimpin yg lahir dari kuasa dgn  pemimpin yg lahir dari perjuangan.


Jadi kalau harini pembangkang tubuhkan Ikatan Perihatin Rakyat yg membawa agenda utama untuk menumbangkan Anwar Ibrahim..


Pada saya, itu cuma ibarat sekawan kambing yg cuba menanduk Harimau. 


Yang satu lahir dari jerit perih perjuangan, yang satu lagi lahir dari sisa dendam dan kehilangan kuasa.


Sejarah selalunya berpihak kpd pejuang yg sebenar, bukannya pada badut² yg pelahapkan kuasa.. 


Dan oleh kerana itu , waema kalah ataupun menang , Harimau tidak sesekali tunduk pada sekawan kambing.




No comments: