LAHIR DARI SISA KEGAGALAN TEBUK ATAP

 Alif Jamil


Gabungan yang dinamakan Ikatan Prihatin Rakyat ini sebenarnya bukanlah satu kekuatan baru. 






Ia hanya sekadar pakatan sisa yg menggabungkan parti² kecewa, parti² gagal dan parti² tanpa hala tuju yg kini bernaung dibawah bayangan Perikatan Nasional.


Muhyiddin cuba menggambarkan seolah² wujud gelombang baharu rakyat terhadap kerajaan tetapi realitinya gabungan ini lebih mirip kpd percubaan terakhir untuk kekal relevan selepas siri kekalahan pilihan raya kecil dan penurunan sokongan rakyat terhadap politik ekstrem.


PEJUANG dan GTA pula yg dulu kononnya mahu menyelamatkan bangsa akhirnya harini menjadi alas kaki sebagai komponen kecil dalam orbit PN.


Dan ini satu pengakuan secara senyap bahawa perjuangan mereka sudah pun gagal. 


Sementara parti² kecil lain sekadar menjadi pelengkap kpd naratif yg cuba dihidupkan semula oleh Muhyiddin dan konco² nya kononnya negara ini sedang berada dalam krisis.


Namun sebagai anak watan yg hidup dibawah arus reformasi Madani hari ini, kita boleh lihat dgn jelas struktur ekonomi sedang dipulihkan, defisit fiskal menurun, pelaburan asing meningkat dan dasar subsidi disusun semula supaya bantuan sampai kpd rakyat yg benar² memerlukan.


Dan sejujurnya, jika digabungkan kesemua otak pemimpin pembangkang hari ini, belum tentu dapat menandingi daya fikir dan wawasan strategik seorang Anwar Ibrahim.


Kerana beza antara mereka ialah Anwar Ibrahim memimpin dgn ilmu dan idea, sedang mereka hanya bergantung pada retorik, hipokrit dan benci.


Itulah hakikat sebenar Ikatan Prihatin Rakyat.

Ia bukan untuk rakyat, tapi untuk selamatkan tengkolok masing².. 


Nak lawan Anwar Ibrahim ? Silakan. 


Cuma suka untuk saya ingatkan.. 

Pembangkang sudah pun kalah sebelum berperang.



No comments: