Dia duduk di Parlimen, mata bengkak, suara serak, wajah cuba tenang tapi seluruh negara tahu jiwanya tengah retak. Setiap kali berdiri menjawab soalan, bukan sekadar mikrofon yang menilai, tapi 30 juta mata rakyat yang dah penat.
Dia cuba menyemai, tapi yang tumbuh kini bukan benih ilmu, tapi rumpai kebencian, hilang arah dan penuh najis sistem yang busuk dari akar. Semua nampak jelas, dasar pendidikan kita bukan sekadar sakit, ia sedang nazak.
Hakikatnya, inilah masa untuk YBM berundur dengan bermaruah. Bukan sebab kalah, tapi sebab negara perlukan nafas baru. PMX jangan biar kementerian ini terus hanyut dalam drama dan simbolik semata. Gabungkan kembali Dr Mazlee Malik, otak struktur, dan Dr Ashraf Wajdi, jiwa sistem. Dua-dua pernah rasa panasnya medan, tahu nadi pelajar, guru, dan ibubapa.
Kembalikan pendidikan kepada dasar yang hidup, bukan ucapan yang layu.
Bukan mi segera yang diumum waktu rakyat marah, tapi satu kerangka menyeluruh yang semua faham, dari kabinet, kementerian, guru, ibu bapa hingga ke pelajar.
Buat sesi libat urus sebenar. Biar semua suara didengar, bukan sekadar diwakilkan.
Kerana hari ini, kita tak perlukan lagi ucapan tentang pembentukan karakter, sebab karakter itu sendiri sudah dibunuh oleh sistem yang gagal mendidik manusia menjadi manusia.
Cukuplah dengan lakonan menenangkan rakyat.
Ini bukan masa politik.
Ini masa menyelamatkan masa depan. Noktah.
Salam Jumaat
Dr Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis

No comments:
Post a Comment