Adakah Azmin agen Madani?



Azmin bukan agen madani. Ini adalah propaganda pasukan Hamzah yang mahu menjatuhkan azmin. Sebab apa? Azmin lah punca kenapa wanita dan pemuda bersatu Tetap sokong Muhyidin sedangkan 120 ketua bahagian yang lain mahu dia ditukar.


Masalahnya ditukar kepada siapa?


Pertembungan Muhyidin dan Hamzah bukanlah perkara baru. Harapan ialah Muhyidin berundur secara terhormat maka pimpinan bawahan (atas perancangan atasan) desak Muhyidin letak jawatan.


Isu dia ada sang penghadang dan penghalang bernama Azmin. Azmin mahu Muhyiddin kekal. Dia tahu kalau hamza naik, maka sukar laluan dia dan pasukan nya menguasai bersatu. Dia berharap dengan "kesetiaan" ini dia mendapat tempat tertinggi di sebelah Muhyiddin dan bakal menjadi pengganti Muhyidin. Masakan tidak! Hanya presiden yang boleh menjadi perdana menteri. Kalau Hamzah naik maka lerai dan berkecai la cita cita nya menjadi presiden dan sekaligus perdana menteri.


Bagi team Hamzah mudah. Team azmin perlu dibuang dan dibendung. Sebab itu team Hamzah memainkan naratif dia agen madani. Kalau tidak dilakukan demikian, maka mana mungkin mereka akan dapat merasa hamzah menjadi presiden dan perdana menteri. Ini di tambah bahawa PRU16 ini Bersatu yakin Perikatan Nasional boleh menang besar, walaupun mungkin bukan majoriti 112.


Perubahan perlu berlaku sekarang. Di peringkat bawahan mereka yakin Madani tidak akan dapat kekal dalam pilihanraya akan datang...peluang menjadi PM buat azmin dan Hamzah semakin dekat dan dapat di rasa... 


Iswardy




No comments: