Mukhlis Addie
Bila sebut soal rasuah, salah guna kuasa dan sakau duit rakyat, janganlah kita cepat nak tutup mata hanya kerana watak itu bekas PM atau ada gelaran panjang berjela. Hakikatnya, kalau duit rakyat beratus juta boleh disorok dalam “safe house”, itu dah cukup jadi bukti betapa parahnya penyakit kerakusan dalam politik negara kita.
Hari ni rakyat disuruh berjimat, disuruh ikat perut, subsidi dipotong sana sini. Tapi dalam masa yang sama, ada pulak segelintir pemimpin politik boleh kumpul duit tunai sampai ratusan juta. Mana datang duit setinggi itu kalau bukan daripada sakau hasil titik peluh rakyat?
Kalau orang kampung curi ayam, esok kena gari. Kalau budak muda rembat motor, terus kena penjara. Tapi bila golongan elit politik sakau duit rakyat, boleh pula “tak cabar” pelucuthakan, seolah-olah itu perkara biasa.
Inilah realiti pahit. Mael pun tak terkecuali, masuk kategori penyamun berjenama jugak. Yang berbeza cuma, mereka pakai kot, pakai gelaran “Datuk Seri”, duduk dalam pejabat berhawa dingin. Tapi perangai tetap sama... menyamun hak rakyat.
Selagi sistem ni tak dibersihkan, selagi rakyat terus beri muka pada penyamun berwajah politik, selagi itulah negara akan terus dibaham kerakusan golongan yang sepatutnya menjaga kita.

No comments:
Post a Comment